Tuesday 28 May 2013

Tamat Sudah Diploma


Akhirnya tamat juga sesi pembelajaran peringkat Diploma dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Alhamdulillah. Syukur. Keputusan Exam keluar hari ni.

Setelah bertungkus-lumus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Akhirnya usaha Tyra berbaloi juga. Kali pertama kerjayaan Tyra untuk mendapatkan pointer yang terbaik adalah semester 5. Tyra ingatkan Tyra hanya dapat sekali saja Anugerah Ketua Jabatan (Politeknik) atau lebih dikenali dia IPT lain sebagai “Dekan”. Tapi Tyra dapat juga untuk semester akhir.

Masih ingat lagi pahit, perit dan jatuh untuk dapat keputusan cemerlang. Macam-macam halangan. Kesukaran belajar, memahami, masalah sosial...hahaha... Masalah sosial masalah diri sendiri. Malas belajar, asyik nak relax dan main je. Asyik keluar tengok wayang. Akhirnya berkat usaha dan doa, berjaya juga akhirnya.


Results Exam Sepanjang Diploma
Semester 1 : 2.74
Semester 2 : 2.94
Semester 3 : 3.31
Semester 4 : Latihan Industri / Practical
Semester 5 : 3.51 (Dekan)
Semester 6 : 3.87 (Dekan)

Results Semester 1 dan 2 tu teruk sikit sebab pertama kali dapat belajar, tak tahu macam mana nak bawa diri. Banyak sangat main-main, asyik nak bercinta je..huhuhu.. Semester 3 terpaksa cover balik semua, masa ni baru ingat masa depan. Baru nak fikir belajar. Lagi pun Tyra bukannya pandai sangat. Kena study smart dan study hard. Kalau esok nak exam , malam ni baru nak study , alamatnya memang cari bala la tu.


Walaupun dah dua kali Tyra dapat Dekan, tapi Tyra masih tak dapat tandingi adik perempuan Tyra. Beza umur kami cuma 1 tahun je. Sejak dari kecil dia lagi pandai dan cerdik dari Tyra. Selepas habis SPM , Tyra masuk ke Politeknik. Dia masuk Asasi UiTM dalam jurusan Undang-undang dan terus sambung Ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa. Sekarang dia semester 2 dan dia berdekan. Tyra pula tengah tunggu sambung Ijazah pula. Last kali Tyra fikir, kalau Tyra cuba tandingi dia sekali pun memang tak dapat. Biarlah Tyra usaha sendiri. Kalau cuba lawan pun confirm kalah. Biar berjaya untuk diri sendiri. Anggap itu semua cabaran.


Planning selepas tamat belajar Tyra, kerja part-time dulu, kumpul duit banyak-banyak sambil tunggu panggilan dari Universiti untuk sambung Ijazah pula. Kalau tak dapat sambung, kerja dulu sementara waktu. Resume Tyra dah terbang merata tempat. Harap dapat 1 pun jadi la. In Shaa Allah. Yang penting tak payah bayar PTPTN..hahaha.. Nasib baik tak pinjam..

Usaha Tangga Kejayaan

2 comments:

  1. yg pntg smangat n usaha k..gud luk!:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaium, apa beza jurusan business study dengan perniagaan antarabangsa eh? susah tak pernigaan antarabangsa ni? kerjaya nanti apa eh kalau ambik course ni? luas tak? sy lepasan spm and perlukan pencerah hmm harap akak bolleh repky :(((

    ReplyDelete