Wednesday, 8 May 2013

Pemintaan untuk Anniversary Relationship



OMA (Oh My Allah) , apabila sudah hamipr cukup 1 tahun bersama , si dia buat permintaan untuk Anniversary Relationship yang pertama. Permintaan si dia adalah , Masakkan sesuatu yang special untuk dia

Terkejut juga apabila si dia minta masakkan makanan yang special untuk dia. Dulu Tyra masak kari ayam dengan sambal telur , susah sangat nak makan. Alasannya sibuk kerja , tak ada selera. Makan pun tak habis. Bila dah tak nak masak untuk dia. Tiba-tiba je suruh Tyra masak. Dah 1 kerja nak kena fikir nak masak apa yang special untuk si dia.

Tyra sekarang tengah pening nak masak apa untuk si dia. Dah banyak buku resipi masakkan Tyra baca. Tapi tak ada 1 pun yang Tyra suka. Dalam kepala Tyra ada juga terfikir beberapa menu.

Menu Makanan:
1.    Spageti
2.    Sambal tempoyak udang
3.    Asam pedas ikan keli berlada hitam
4.    Rendang sotong
5.    Ikan rendang cuka
6.    Cencaru belah belakang

Menu Minuman :
1.    Jus nanas dan strawberi
2.    Jus nanas dan ais krim
3.    Jus lemon freez

Kalau nak buat Jus , mungkin boleh lagi la. Nak masak tu yang menjadi masalah. Tyra bukannya tahu masak semua. Kalau minta masak kari ayam , sambal telur , sambal udang , ayam masak kicap , sayur kubis goreng , laksa ke. Tyra boleh la lagi nak masak sebab tu je yang Tyra tahu pun. Nak masak yang special ni yang tak tahu.

Nampaknya , Tyra suka atau tak kena usaha masak juga yang special untuk dia. Si dia cakap “kalau banyak benda awak tak tahu masak , macam mana nak kahwin? Turun hantaran la kalau macam tu. Rugilah kalau bayar hantaran mahal kalau tak tahu masak. Kita dah bersama 1 tahun bukan 1 bulan. Saya tak kira , awak kena masak juga untuk saya”

Bila Tyra cerita kat ibu , ibu gelak. Ibu cakap “elok dia buat macam tu , biar along belajar masak sikit”. Tapi tak apa , jadikan ini sebagai 1 cabaran untuk menjadi pilihan hati yang terbaik untuk si dia. Kalau ada jodoh , tak ke mana kan... Apa yang si dia buat pun untuk kebaikan Tyra juga.





5 comments:

  1. All the best ye... ena un nanti nak kena belajar memasak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... hope sedap la nanti Tyra masak.

      Delete
  2. Masak ayam msk merah msti sedap .,.hehe... buat ikan msk msm mnis ok juga... takpa....dlm internet ada banyak resepi menarik...akk cubalh tgk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.. punya la nak masak special , beli banyak buku resipi. hahaha.. Dah terasa macam nak masuk pertandingan Master Chef je..

      Delete
  3. zyra pon tak bpe nak pndai memasak..dlm menu tu zyra cuma pndai masak spagetti je haha...paling mudah kan..

    ReplyDelete