Semua orang ada impian masing-masing termasuklah Tyra.
Masa kecil-kecil dulu, Tyra selalu impikan ingin travel ke luar negara seperti
Singapura , London , Australia , Eropah , Mesir dan Jepun.
Tyra baru sahaja tamat semester 5 dan akan mula semester
6 tidak lama lagi. Semenjak ni, Tyra selalu impikan nak ke Singapura. Sebab
Singapura adalah salah satu tempat yang
Tyra ingin lawati. Kebetulan Tyra masih belajar dan hanya tinggal 1 semester
saja lagi untuk tamat pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan Antarabangsa di
IPTA Melaka. So, insyaAllah jika diizinkan Allah S.W.T, Tyra akan jejakkan kaki
buat pertama kali di negara asing.
Kenapa Tyra memilih Singapore sebagai tempat pertama?
Sebab, Singapura adalah negara bersebelahan dengan
Malaysia. Singapura merupakan sebuah bandaraya Global Metropolitan yang
memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa.
Singapura juga mempunyai pelbagai pusat pelancongan yang menarik seperti
Sentosa, Marina South. Sebelum Tyra travel ke negara yang lebih jauh seperti
London, Australia, lebih baik Tyra travel Singapura dahulu untuk cari
pengalaman dan pengetahuan tentang sesebuah negara seperti perbezaan iklim,
culture , perbezaan bahasa dan mata wang dan lain-lain.
Tyra selalu baca mengenai Singapura di internet , surat
khabar dan melalui TV. Bagi Tyra, sekadar membaca mengenai sesuatu buah negara
tidak memadai jika kita tak jejakkan kaki kita di negara tersebut. Merasai
pengalaman dan percutian yang menarik di tempat asing. Awesome....
Harap, dalam jangka masa yang terdekat atau suatu hari
nanti, Tyra akan jejakkan kaki di luar negara. Amin....