Saturday 23 February 2013

Gotong-Royong Di Asrama


Pada hari ini telah diadakan aktiviti gotong-royong di asrama Tyra. Gotong-royong ini diadakan bagi menjaga kebersihan di dalam rumah , kawasan asrama dan juga pertandingan rumah tercantik. Selain itu juga, aktiviti ini juga dijalankan bagi membasmi tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes.

Rasanya dah lama Tyra tak join aktiviti gotong-royong ni.  Akhirnya persekitaran di asrama dan dalam rumah kelihatan bersih , selesa dan kemas. Harap-harap rumah Tyra boleh menang pertandingan rumah tercantik.

Kumpulan diagihkan tugas

Urus setia mengedarkan peralatan

Bersihkan longkang

Banyaknya sampah

Cuci tangga dari tingkat 4 sampai bawah

Sedang mencuci

Rajinnya saya ^_^



Friday 22 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M



21 Feb 2013 , jam 7.30 petang , bertempat di Asrama Politeknik Melaka telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul bersama  Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Pencermah jemputan Ustaz Hairol Amin Bin Haji Madan.
Program berlangsung dengan jayanya walaupun Ketua Menteri Melaka tidak dapat menghadiri program ni kerana ada urusan yang lebih penting tetapi mesej dan amanat yang disampaikan oleh wakil beliau amat memberi makna dan kata-kata yang sangat berguna untuk masa hadapan.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hairol juga boleh dijadikan iktibar , pengajaran dan pedoman pada remaja-remaja zaman sekarang. Gegala sosial , tingak laku dan akhlak yang kurang sopan boleh merosakkan institusi kekeluargaan , agama dan negara. Ustaz juga ada menyampaikan tentang Hati dan Mata sempena tema Sambutan maulidur Rasul.

Ada hati tapi tak nak guna 
Contoh : Bila orang beli kereta, kita pun nak juga.
Maksud : Bersederhanalah dalam kehidupan ini. Tingkatkan amal bukannya harta.

      Ada Mata tapi tak nak melihat
Contoh : Tidak mahu melihat perkara kebaikan.
Maksud : Orang zaman sekarang hanya mahu melihat perkara yang melalaikan, zina, sosial dan sebagainya. Tetapi tidak mahu melihat kebesaran Allah, ciptaan Allah.
Walaupun ceramah yang disampaikan sekejap sahaja tetapi banyak manfaat yang dapat Tyra dan kawan-kawan perolehi. Semoga ceramah ini dapat dijadikan pedoman dan pengajaran buat kita semua.



ramai juga yang hadir

Suci nye muka saya ni.. haha

Selepas program dapat makan

Wednesday 20 February 2013

My favourite quotes : Strong Woman



A strong woman works out every day to keep her body in shape …
but a woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape…

A strong woman isn’t afraid of anything …
but a woman of strength shows courage in the midst of her fear…

A strong woman won’t let anyone get the best of her …
but a woman of strength gives the best of her to everyone…

A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future…
a woman of strength realizes life’s mistakes can also be God’s blessings and capitalizes on them…

A strong woman walks sure footedly …
but a woman of strength knows God will catch her when she falls…

A strong woman wears the look of confidence on her face …
but a woman of strength wears grace…

A strong woman has faith that she is strong enough for the journey …
but a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong…

A strong woman is one who gets her heart broken time and time again and still has the strength to gather the pieces to create a new life for herself.

Remember that no matter what pain you’ve been through, tears will dry, broken hearts will heal, and somewhere out there the person who truly cares is waiting. You’re a woman and you are strong.

Saturday 16 February 2013

Penderaan Bayi


16/02/2013 , Sesiapa yang tengok Buletin Utama TV3 tadi , mesti dah tengok pasal kes penderaan bayi berusia 4 bulan. Kesian baby tu. Kena lambung macam bantal je. Baru mula kerja 1 hari dah mula buat perangai gila. Rasanya orang gaji warga Indonesia tu sakit jiwa.

Macam-macam hal sekarang ni. Kes dera bayi makin teruk. Bila Tyra tengok video yang TV3 siarkan , memang seram. Takut sangat jadi apa-apa kat bayi tu. Kalau Tyra kat tempat ibu bayi tu memang rasa sedih sangat-sangat kenapa anak boleh alami kejadiaan yang tidak diingini.

Kalau nak hantar anak dekat pengasuh pun takut perkara yang sama jadi. Tapi nak buat macam mana semua ketentuan Allah S.W.T. Tapi Tyra Hope sangat-sangat kes dera baby ini boleh berkurang atau pun hilang , tak ada langsung dalam dunia ni. Kesian kat baby yang tak bersalah.




Monday 11 February 2013

Belanja Girlfriend Shopping



Kelmarin Tyra keluar jalan-jalan , shopping-shopping dengan yang tersayang, My Gemuk. Balik je rumah , terus ibu tanya pasal shopping.

Ibu : Barang-barang yang along beli ni , siapa bayar?
Tyra : Bayar sendiri.
Ibu : Boyfriend tak bayarkan ke?
Tyra : Tak. Dia cakap selagi tak nikah , jangan harap nak bayarkan.
Ibu : Baguslah lelaki macam tu. Tahu nak uruskan kewangan dia. Tak membazir pada orang tak sepatutnya. Pandai dia fikir. Ibu suka.

Masa Tyra dengar ibu cakap macam tu, Tyra pun pening. Apa yang ibu cakapkan ni. Lama-lama Tyra fikir, kalau Tyra kat tempat Gemuk, mesti Tyra pun tak nak belanja shopping sebab bukan kahwin lagi. Lebih baik simpan duit untuk kahwin , beli kereta atau rumah.

Kepada kaum Adam dan Hawa. Apa pendapat korang tentang belanja girlfriend shopping?


Sunday 10 February 2013

Spend time together





Hari ni keluar spend time together with my Gemuk, JJ. Lama tak jumpa. Rindu rasanya. Hampir 2 bulan tak jumpa sebab sibuk kerja dan kereta rosak sebab accident. Pergi tengok wayang cerita Die Hard, shopping-shopping dan jalan-jalan di Eco Park Botani.

Cute tak kami?

Rehat-rehat jap

Dalam Surau..hehe

Rehat sebentar selepas shopping


Tahun Baru Cina 2013



Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan

Pada tahun 2013 ianya merupakan tahun ular yang disambut 10 Februari ini
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul

Tahun-tahun
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Ular," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
  • 4 Februari 1905 - 24 Januari 1906 : Ular Kayu
  • 23 Januari 1917 - 10 Februari 1918 : Ular Api
  • 10 Februari 1929 - 29 Januari 1930 : Ular Tanah
  • 27 Januari 1941 - 14 Februari 1942 : Ular Logam
  • 14 Februari 1953 - 2 Februari 1954 : Ular Air
  • 2 Februari 1965 - 20 Januari 1966 : Ular Kayu
  • 18 Februari 1977 - 6 Februari 1978 : Ular Api
  • 6 Februari 1989 - 26 Januari 1990 : Ular Tanah
  • 24 Januari 2001 - 11 Februari 2002 : Ular Logam
  • 10 Februari 2013 - 30 Januari 2014 : Ular Air
  • 2025 - 2026 : Ular Kayu
  • 2037 - 2038: Ular Api


Friday 8 February 2013

Best Friends Forever




7 Februari 2013, keluar lepak-lepak dengan Best Friends Forever , Ain Nadiya , Anita dan Fitri sempena cuti tahun baru cina ni. Rindunya. Lama tak jumpa.

Anita , Fitri , Ain Nadiya. Fitri kenalan baru 1 tahun

Ain Nadiya , Fitri , Anita dan Saya
True BFF Anita dan Ain Nadiya

Ain , Fitri , Anita dan Saya

Fitri , Ain Nadiya dan Anita

Comel tak kami 3 orang ni. Best Friends Forever
Persahabatan yang masih kekal walaupun berjauhan. Kami terima siapa diri kami seadanya. Terima segala baik , buruk , kekurangan , kelebihan. Sejahat macam mana pun diri dia dan siapa diri dia di masa lampau. Kami tetap SAHABAT. Tak pernah ada apa-apa rahsia pun antara kami , semuanya dikongsikan bersama. Saling percaya dan mempercayai.

Kuncinya : Terima diri seseorang seadanya.

# Persahabatan bukannya hanya terletak pada nama tetapi ia terletak pada hati yang murni.



Monday 4 February 2013

Lunch bersama lecturer


Hari ni makan tengah hari bersama kawan-kawan kelas di KFC Malim Melaka. 2 orang lecturer kesayangan kelas belanja makan semperna Semester Akhir Diploma Perniagaan Antarabangsa.Pejam celik dah nak tamat belajar dah. Cepatnya masa berlalu.


Kawan-kawan kelas
Kawan-kawan kelas
Kawan (Amirah) , Lecturer (Cik Nurena) & BFF (Tuan Muhammad Amin)
Tyra & BFF (Pathme Kumari)
Teruknya muka, tak make up. Siapa pula yang lalu kat belakang ni?
Kawan-kawan kelas yang periang


Friday 1 February 2013

Impian Si Dia



Apabila si dia menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya , mampukah hati ini melepaskan si dia pergi berjauhan buat seketika waktu?

Hari ni Tyra dapat satu berita yang mungkin Tyra rasa gembira dan mungkin Tyra rasa sedih. Berita mengenai Boyfriend Tyra nak menyambung pelajarannya di Universiti. Boyfriend Tyra sudah mempunyai kerjaya tetap di salah sebuah syarikat terbesar Malaysia.

Pada mulanya Tyra rasa sangat sedih , menangis sebab terpaksa berjauhan selama 2 tahun ½ bulan. Rasa sayang dan tak sampai hati nak lepaskan si dia pergi jauh dari Tyra. Sedangkan kami sudah 1 bulan lebih tidak berjumpa kerana si dia sibuk dengan kerjaya , apatah lagi jika si dia sambung belajar, 2 tahun tidak berjumpa. Mampukah bertahan menunggu? Dalam tempoh 2 tahun , macam-macam dugaan boleh melanda. Hilang kasih sayang, hilang kepercayaan dan hilangnya kejujuran.

Tapi bila difikirkan semula, Tyra tak ada hak nak halang impian dia selama ini. Sebab Tyra bukan isteri dia tapi hanya kekasih. Kalau Tyra di tempat dia. Dan si dia menghalang impian Tyra, mesti Tyra akan fikir seperti apa yang dia fikirkan tentang sifat pentingkan diri sendiri.

Tyra pernah dengar kata-kata dari Beto Khusyairy dalam Telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah :

“Kalau dia betul-betul sayangkan awak, dia tak akan minta awak korbankan impian awak untuk dia”

Dan Tyra fikirkan lagi. Apa yang Beto Khusyairy cakap tu betul

“Kalau Tyra betul-betul sayang pada dia, Tyra tak akan minta dia korbankan impian dia untuk Tyra”

Sebab Kebahagiaan , kegembiraan dia adalah kegembiran dan kebahagiaan kita. Sanggup ke kita lihat orang yang kita sayang sedih kerana terpaksa korbankan impian dia untuk kita, sedangkan kita bahagia dan dia sedih. Dan kita  bukan ada apa-apa hubungan suami isteri tapi cuma kekasih.

Mr.J I love you