Saturday 11 January 2014

10 Petanda Dia Jodoh Kita.


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Semoga tahun baru ini akan membawa 1001 kebahagiaan , kejayaan dan rezeki yang melimpah-luah pada kita semua di dunia dan di akhirat.


Tyra harap tahun ni Tyra akan dapat kecapi impian-impian yang Tyra inginkan dalam hidup ni. Kejayaan dan kebahagiaan disamping orang-orang yang paling Tyra sayang. 

Apa yang terjadi pada tahun 2013, akan Tyra jadikan pengajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih matang dan dewasa dalam menempuhi hidup ini.

Tyra harap Tyra dapat kuatkan semangat , kesabaran dan keberanian untuk menempuhi segala ujian dan dugaan yang mendatang. In shaa Allah ^_^


In Coming Year. Enjoy every single moment.
The good, bad, beautiful, ugly, inspiring and the not-so-glamorous moment. 

Forget the past, look forward to the future for the best things are yet to come.

To accomplish great things. We must not only act.But also dream. Not only plan but also believe.Happy New Year 2014. 




Monday 30 December 2013

Yeay !!! Confirm dapat kerja


Letter Of Confirmation.

Terkejut surat Confirmation kerja keluar hari ini , awal 1 bulan dari tarikh sepatutnya, 21 January 2014.

Baru 2 bulan kerja. Masih dalam tempoh training. Tak cukup 3 bulan lagi..huhuhu...

Thanks to my boss sebab keluarkan surat confirm awal 1 bulan..


Kawan office pun terkejut bila Tyra dapat surat confirmation awal 1 bulan. Selalunya 3 – 6 bulan ke atas baru dapat. Bertambah semangat nak kerja ni.

Apa-apapun I'm proud with myself ^_^


Monday 16 December 2013

Mana Brek????!!!!!


Agak menakutkan tengah hari tadi bila kawan suruh bawa kereta manual.

Tyra jarang sekali nak pandu kereta manual. Last Tyra pernah bawa kereta manual, masa Tyra semester 6. Dah 1 tahun tak bawa kereta manual. Bawa kereta auto je.

Masa mula-mula nak pandu kereta, rasa excited sangat. Macam mana tak excited nya. Naik kereta kawan, enjin dia bunyi best. Bila bawa kereta rasa selesa. Bawa kereta laju pun rasa best.. 
Pedal Gear Kereta Manual
Pedal Gear Kereta Auto
Bila tekan clutch, masuk gear 1 sampai 4 ok lagi. Bila nak masuk gear 5, dah tak reti. 3 kali cuba, masih tak pandai. Lastly kawan tolong masukkan gear 5.. huhuhu..

Tyra , bila dapat bawa kereta manual, bawa laju dah tak kisah. Rasa selesa. Bila bawa auto, terasa bila la nak sampai ke destinasi.

Yang paling menakutkannya bila dah nak sampai di traffic light, Tyra boleh pula tanya soalan maut “Mana Brek??!!”

Kawan Tyra dah terkejut gila plus takut. Dia cakap “kalau tanya macam mana nak tekan clutch, tekan minyak, ok lagi la. Ni tanya mana brek!” huhuhu..

Mana tak nya jadi macam tu. Kereta Auto ada dua pedal. Kereta manual ada tiga pedal. Masa mula-mula bawa nampak tiga pedal. Bila nak brek, nampak dua pedal je. Tyra pun takut. Blur kepala ni mencari brek.


Tu la padahnya kalau selalu bawa kereta auto. Lepas ni Tyra rasa Tyra kena juga bawa kereta manual supaya perkara yang jadi tengah hari tadi tak berulang lagi.


Saturday 7 December 2013

Majlis Pertunangan Sahabat Baik

7 December 2013. Tahniah Kepada Sahabat Baik ku Anita Muslim kerana telah selamat bertunang dengan pilih hatinya Khairil Anuar. Semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu. 

Photographer : by me






















Sunday 10 November 2013

Dosa Seseorang


Dalam dunia ini tak ada seorang manusia pun yang tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ni.

Ramai orang suka mensisihkan seseorang itu atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Meskipun seseorang itu telah berubah menjadi seorang hamba Allah yang sangat baik.

Tidakkah kita terfikir , disaat kita menghina sesorang itu diatas dosa-dosa yang dilakukannya. Kita pun sebenarnya telah melakukan dosa, iaitu dosa sesama manusia.

Ramai orang selalu bertanya “Kenapa berkawan dengan dia? Dia tu teruk , jahat , perangai macam perempuan tak guna. Jangan kawan dengan dia.”

Dan saya kata “Siapalah saya untuk mempertikaikan siapa dia. Itu dosa dia dengan Allah. Bukan dengan saya. Lainlah kalau dia buat jahat dan buat perkara tidak baik pada saya. Mungkin saya tak akan berkawan dengan dia lagi. Saya akan cuba berhati-hati dengan dia agar apa yang dikatakan orang tidak terjadi pada saya. Mana la tahu suatu hari nanti , dia akan berubah jauh lebih baik dari kita semua. Sekurang-kurangnya dia akan rasa , dia ada peluang untuk berubah menjadi baik.

Kita selalu mempertikaikan dosa-dosa seseorang. Tapi bagaimana dosa-dosa kita dengan Allah S.W.T dan dosa kita sesama manusia?

Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain.



Jika kita ada niat untuk berubah , biarkan apa yang mereka mahu katakan. Jangan dipedulikan. Sudah menjadi kelaziman bagi sesorang manusia itu untuk jadi begitu.