Sunday 21 April 2013

Final Exam Semester 6



22 April 2013 (Monday) – Introduction To Logistic
24 April 2013 (Wednesday)  – International Marketing
30 April 2013 (Tuesday) – International Finance
2 May 2013 (Thursday) – Organizational Behaviour

Debaran kian terasa. Perasaan hati bercampur baur, rasa takut dan gelisah tak tentu hala memikirkan peperiksaan akhir. Dan sebaik saja selesai peperiksaan , akan tamatlah pembelajaranku di peringkat Diploma. Lepas tamat belajar , mungkin kerja atau sambung belajar ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah. Tetapi masih belum menentukan hala tuju selepas tamat belajar. Harap-harap Tyra dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 6 ni. Amin...

         Wishing me Good Luck...




Saturday 13 April 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar


12 April 2013 :
Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi detik-detik indah dalam hidup Tyra iaitu kejayaan dalam bidang akademik. Setelah hampir 5 semester bertukus-lumus untuk mendapat dekan , akhirnya tercapai jua hasrat untuk mendapat Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk semester 5. Tyra harap semester 6 ni juga akan membawa 1001 makna dalam hidup Tyra. Amin...


Tyra ingin berkongsi detik-detik indah dalam hidup Tyra. Gambar sebelum , semasa dan selepas. Sorry ye kalau gambar tak cantik.



Nama penuh saya di No.45
Tema : Smart Kasual (Merah Hitam)

Simple je kan... tak bergaya langsung


Sara and Pathme
With Asmanisah
Cover Cantik Sikit .. hehehe ..  :p
With Budak Kelas Sebelah. Lupa nama pula
Sudah kelaparan ni.. makan dulu ye
Sedap makan, sampai tak larat nak bagi habis


Kebanggaan Tyra

Yeay !!


I'm proud with my self


 Thanks to my family , my friends and Him for support me


Saturday 6 April 2013

Terharunya Hati Part 2




Terharunya. Room mate hari ni keluar dengan Tyra , dia pakai tudung. Ingatkan dia tak nak pakai. Dia nampak sungguh comel bila bertudung.

Seperti yang dikatakan semalam “Esok , kalau kita jadi keluar , boleh tak ko pakai tudung”
Dan dia jawap “Ye , esok kita keluar , aku pakai tudung”.

Tyra dengan room mate keluar lepak-lepak kat McDonald Cheng , Melaka je. Malas nak jalan jauh-jauh. Sekurang-kurangnya dia pakai tudung walaupun dekat je dengan asrama. Alhamdulillah. Tyra harap untuk hari-hari yang akan datang dan selamanya dia akan pakai tudung. Walaupun Tyra dengan dia mungkin tak berjumpa lagi setelah tamat belajar bulan Mei ni. In Shaa Allah suatu hari nanti dia akan bertudung juga. Amin.

Gambar room mate tak letak ye. Takut mengaibkan dia pula.




Friday 5 April 2013

Terharunya Hati



Ketika melihat Room mate bersiap memakai tudung untuk kelas petang. Terdetik hati untuk berkata : "Esok kalau kita jadi keluar , boleh tak ko pakai tudung?"

Lepas cakap kat dia , terus Tyra cabut lari, takut-takut kena maki hamun pula.

Dia terkejut ,Lalu berkata " ko ni dah kenapa?". Tyra jawap "saja je , ko comel bila pakai tudung" .. Dia jawap balik "Ye , esok kita keluar, aku pakai tudung".

Terharunya ^_^ .. Tyra bukanlah orang yang baik sangat untuk menasihati seseorang untuk melakukan kebaikkan tetapi sekurung-kurangnya Tyra cuba untuk memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang dikelilingi untuk melakukan kebaikkan walaupun perkara itu nampak kecil.

Semua orang pernah buat silap. Semua orang mesti ada kisah silam. Sekurang-kurangnya kita cuba untuk berubah untuk jadi yang terbaik di mata Allah S.W.T.

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"


Thursday 4 April 2013

Gastrik :( :(



Sakit Perut !!! Gastrik kembali. Bertambah lagi stock ubat Tyra. Pedih perut. Masih ingat lagi masa semester 3 , pertama kali kena gastrik , 4 hari kena tahan kat Wad Hospital Melaka. Sengsara sekejap hidup ni tahan sakit. Lepas tu sembuh juga akhirnya.

Sekarang sakit balik. Pada ahad malam hari tu perut rasa tak selesa, rasa tegang dan asyik sendawa je. Pagi hari ni baru nak pergi jumpa doktor selepas 4 hari rasa tak selesa. Doktor cakap jangan makan pedas , makan ikut waktu , makan 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit dan macam-macam lagi. Lepas je makan ubat doktor bagi terus sakit perut mendidih-didih. Dah berguling-guling atas katil.

Lepas balik dari Klinik , bagitahu ibu tentang gastrik kembali. Dah mula dah ceramah pemakanan dan kesihatan sampai letih nak dengar..huhu.. Memang betul , kasih seorang ibu dibawa sampai syurga. Risau betul apabila anak-anak dia tak sihat. Love ibu.

Harap-harap cepat sembuh ye Cik Nur Athirah ^_^


Monday 1 April 2013

Luangkan Masa Bersama




Hampir sebulan lebih tak jumpa , rindu kian bertandang. Makin gemuk dan montel pula si dia yang di sayangi. Shopping bersama-sama.

So Sweet



Peringatan Kapal Pelabuhan Cheng Ho (608 Tahun)

Shopping Time

Banyak handbag murah-murah

Minuman buah. Kesukaan saya




Lunch Time keesokkan harinya.

Movie : G.I Joe