Maksud “Anak Pungut” ialah anak yang ditemukan terlantar di jalan, tidak
diketahui siapa ayah dan ibunya. Seorang bayi yang dibuang oleh keluarganya kerana miskin atau
untuk menghindari tuduhan telah berbuat aib.
Pandangan segelintir masyarakat
kita hari ini terhadap anak pungut adalah satu perhinaan. Bagi segelintir masyarakat
kita anak pungut ini adalah seorang yang dilahirkan dalam keadaan hina dan
jijik.
Anak pungut sering dihina ,
dikutuk dan dicaci sehinggakan mereka dibuang dari bergaul dengan masyarakat.