Monday 30 December 2013

Yeay !!! Confirm dapat kerja


Letter Of Confirmation.

Terkejut surat Confirmation kerja keluar hari ini , awal 1 bulan dari tarikh sepatutnya, 21 January 2014.

Baru 2 bulan kerja. Masih dalam tempoh training. Tak cukup 3 bulan lagi..huhuhu...

Thanks to my boss sebab keluarkan surat confirm awal 1 bulan..


Kawan office pun terkejut bila Tyra dapat surat confirmation awal 1 bulan. Selalunya 3 – 6 bulan ke atas baru dapat. Bertambah semangat nak kerja ni.

Apa-apapun I'm proud with myself ^_^


Monday 16 December 2013

Mana Brek????!!!!!


Agak menakutkan tengah hari tadi bila kawan suruh bawa kereta manual.

Tyra jarang sekali nak pandu kereta manual. Last Tyra pernah bawa kereta manual, masa Tyra semester 6. Dah 1 tahun tak bawa kereta manual. Bawa kereta auto je.

Masa mula-mula nak pandu kereta, rasa excited sangat. Macam mana tak excited nya. Naik kereta kawan, enjin dia bunyi best. Bila bawa kereta rasa selesa. Bawa kereta laju pun rasa best.. 
Pedal Gear Kereta Manual
Pedal Gear Kereta Auto
Bila tekan clutch, masuk gear 1 sampai 4 ok lagi. Bila nak masuk gear 5, dah tak reti. 3 kali cuba, masih tak pandai. Lastly kawan tolong masukkan gear 5.. huhuhu..

Tyra , bila dapat bawa kereta manual, bawa laju dah tak kisah. Rasa selesa. Bila bawa auto, terasa bila la nak sampai ke destinasi.

Yang paling menakutkannya bila dah nak sampai di traffic light, Tyra boleh pula tanya soalan maut “Mana Brek??!!”

Kawan Tyra dah terkejut gila plus takut. Dia cakap “kalau tanya macam mana nak tekan clutch, tekan minyak, ok lagi la. Ni tanya mana brek!” huhuhu..

Mana tak nya jadi macam tu. Kereta Auto ada dua pedal. Kereta manual ada tiga pedal. Masa mula-mula bawa nampak tiga pedal. Bila nak brek, nampak dua pedal je. Tyra pun takut. Blur kepala ni mencari brek.


Tu la padahnya kalau selalu bawa kereta auto. Lepas ni Tyra rasa Tyra kena juga bawa kereta manual supaya perkara yang jadi tengah hari tadi tak berulang lagi.


Saturday 7 December 2013

Majlis Pertunangan Sahabat Baik

7 December 2013. Tahniah Kepada Sahabat Baik ku Anita Muslim kerana telah selamat bertunang dengan pilih hatinya Khairil Anuar. Semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu. 

Photographer : by me






















Sunday 10 November 2013

Dosa Seseorang


Dalam dunia ini tak ada seorang manusia pun yang tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ni.

Ramai orang suka mensisihkan seseorang itu atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Meskipun seseorang itu telah berubah menjadi seorang hamba Allah yang sangat baik.

Tidakkah kita terfikir , disaat kita menghina sesorang itu diatas dosa-dosa yang dilakukannya. Kita pun sebenarnya telah melakukan dosa, iaitu dosa sesama manusia.

Ramai orang selalu bertanya “Kenapa berkawan dengan dia? Dia tu teruk , jahat , perangai macam perempuan tak guna. Jangan kawan dengan dia.”

Dan saya kata “Siapalah saya untuk mempertikaikan siapa dia. Itu dosa dia dengan Allah. Bukan dengan saya. Lainlah kalau dia buat jahat dan buat perkara tidak baik pada saya. Mungkin saya tak akan berkawan dengan dia lagi. Saya akan cuba berhati-hati dengan dia agar apa yang dikatakan orang tidak terjadi pada saya. Mana la tahu suatu hari nanti , dia akan berubah jauh lebih baik dari kita semua. Sekurang-kurangnya dia akan rasa , dia ada peluang untuk berubah menjadi baik.

Kita selalu mempertikaikan dosa-dosa seseorang. Tapi bagaimana dosa-dosa kita dengan Allah S.W.T dan dosa kita sesama manusia?

Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain.



Jika kita ada niat untuk berubah , biarkan apa yang mereka mahu katakan. Jangan dipedulikan. Sudah menjadi kelaziman bagi sesorang manusia itu untuk jadi begitu.



Tuesday 5 November 2013

Pengalaman Bekerja


Assalamualaikum.. Agak lama Tyra tak update blog ni. Macam mana nak updatenya. Asyik sibuk dengan kerja. Tyra baru je start kerja 21 October 2013 , hari Isnin. Baru 2 minggu kerja dah terasa penatnya.

Tyra sekarang kerja di Unisem Advanced Technologies Sdn Bhd atau pun nama syarikat tu Unisem (M) Berhad. Jawatan Tyra sebagai Assistant Supervisor je. Masa first time Tyra dapat jawatan ni. Sepupu Tyra ada tanya, macam mana nak kerja kalau tak tahu pasal Machine? Lastly Tyra jawapan, boleh belajar, perlahan-lahan, Pisau yang tumpul , kalau selalu diasah, tajam juga akhirnya.

1. Office & 2. Production Line
Tyra bukan Engineer ye. Masa first masuk kerja, ramai Technician dan Operator ingat Tyra seorang Engineer. Huhuhu... Bangganya ada orang ingat Tyra Engineer.

Baru 2 minggu kerja, kawan-kawan Tyra cakap muka Tyra tak nampak macam student dah. Nampak muka macam orang yang dah kerja. Mana tak nampaknya, stress dengan kerja. Kejap duduk dalam office , kejap duduk dalam Production Line , kena tengok Operator dan Machine. Kena pastikan operator jalankan Lot. Bila ada operator yang malas-malas nak kerja, masa tu la stress datang, ada la yang nak kena marah. Dalam Office, Tyra la yang paling muda, baru 21 tahun. Bila masuk Production Line, nasib baik ada mamat Technician yang sebaya dengan Tyra. Boleh kawan-kawan juga.

Inilah yang selalu terjadi

Masa belajar dulu ambil jurusan International Business. Bila dah kerja terpaksa belajar dan faham tentang Machine. Walaupun susah dan kadang-kadang rasa mengalah. Tapi bila fikirkan balik, Rezeki ALLAH akan bagi kat mana-mana je walaupun bekerja bukan dalam bidang yang kita belajar.

# Pengalaman yang amat berharga. Dapat dua ilmu pengetahuan. Business dan Machine. Kalau ada rezeki sambung Ijazah, boleh belajar bidang Kejuruteraan. Insya Allah...


Wednesday 9 October 2013

MAKP Ke-16


Hari ni ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kali Ke-16. Tyra adalah salah seorang penerima Anugerah Dekan semester akhir. Rasa rugi bila tak pergi majlis tu.

Kalau pergi pun rasa rugi juga sebab jauh. Nak kena fikir transportation dan hotel. Majlis berlangsung beberapa jam je tapi cost yang kena keluarkan macam tak berbaloi. Dari Ipoh ke Melaka. Tiket pergi RM 36. Pergi dan balik Rm 72. Teksi dari station bus kat Melaka nak ke Politeknik RM 10. Nak kena beli baju baru ikut tema. Huhuhu...

Tyra ni dah la jenis yang berjimat-cermat sama dengan kategori “Kedekut”. Bab-bab duit ni memang fikir banyak kali sebab tak suka rugi terlalu banyak. Student Business la kata kan.
Tapi apa-apa pun still happy sebab dapat dekan. Tak sabar nak tunggu Convo tahun depan. Kenapalah lambat sangat nak convo. Habis study bulan May 2013. Convo bulan April 2014. Nasib baik dah mohon Transkrip Akademik awal-awal kat Politeknik. Senang sikit nak cari kerja bila dah ada transkrip.


To my friends yang masih lagi study and tengah tunggu exam final year ni, Good Luck ye. Study hard but  Smart. 


Monday 19 August 2013

Bertolak-Ansur Itu Penting


Apabila kata-kata kasar dan kesat keluar sebelum kahwin , apatah lagi selepas kahwin. Agak-agak layak ke menjadi teman hidup?

Kalau sebelum kahwin dah berani maki hamun , dah dapat agak selepas kahwin macam mana. Mesti susah untuk berbincang apabila ditimpa masalah. Ibu selalu pesan , kalau nak cari pasangan , cari pasangan yang boleh bertolak-ansur dan berbincang cara baik. Kalau kita cari pasangan yang susah untuk dibawa berbincang , macam mana masalah rumahtangga nak selesai? Dalam rumahtangga mesti kena ada rasa hormat dan bertoleransi. Baru rumahtangga aman bahagia. Jangan guna kata-kata kasar dan kesat kerana kata-kata tu akan membuatkan keadaan akan menjadi lebih teruk.

p/s : Jadi , Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Berkomunikasi dan berbincang dengan cara yang baik dan berhemah.


Tuesday 30 July 2013

Chocolate cake di bulan Ramadhan.


29 Julai 2013 , Isnin. Pertama kali dalam hidupku ini buat Chocolate cake sendirian tanpa bantuan family. Ni buat pun sebab adik paksa buat. Bahan-bahan buat kek Tyra beli sebelum puasa. Ingat nak buat sebelum puasa tapi sibuk dan malas , tak juga buat. Lepas tu ingat nak buat masa raya. Lastly adik cakap tak payah nak tunggu raya sebab memang tak akan buat pun. Tyra ni bukan rajin sangat nak masak-masak dan buat kek. Ikut hati malas je. Tapi bila masak semua kata sedap. Pelik sungguh. Mungkin bakat terpendam kot..huhuhu


Adik-adik cakap chocolate cake Tyra nama “Kek Gunung Berapi” sebab gelap. Mana tak gelapnya. Nama pun chocolate cake. Topping pun chocolate memang la gelap. Tu pun Tyra tabur milo. Baru meriah sikit warnanya. Lepas ni kalau rajin nak cuba buat kek lain pula la. “Kalau rajin la”. In sha Allah ^_^


Sunday 28 July 2013

Iklan Raya Untuk Adikku

Baju Jersi Merah , My Little Brother Aiman. Purple , My cousin

Iklan raya yang paling best dan kelakar yang dikeluarkan Oleh TM di TV3. Budak Man yang sama character dengan my little brother Aiman.

(1) Ibu nak Aiman puasa penuh.

(2) Aiman pernah terminum air ketika sedang mengambil wuduk. Katanya “terminum”.

(3) Bila berbuka , jelojoh je adik Aiman makan.

(4) Berat badan adik naik. Dapat tahu masa adik jumpa doktor dalam bulan puasa.
“Orang dalam bulan puasa turun berat badan”

(5) Tiba je raya nanti , rasa nak kena paksa adik diet la.. huhuhu


Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013


Thursday 25 July 2013

Kerenah nenek yang semakin uzur – Part 2


Beberapa hari lepas , Tyra ada update pasal Kerenah nenek yang semakin uzur.Sekarang Part 2 pula. Semakin hari  , semakin memeningkan. Antara Tyra 4 beradik.  Tyra jenis yang buat ignore je kalau nenek membebel. Kadang-kadang apa yang nenek tanya , Tyra bagi jawapan yang tak betul kat nenek. Kalau bagi jawapan yang betul dan jujur , nenek bukannya faham. Nak betul kat dia je. Sometimes Tyra pun rasa rimas juga tapi bukan rimas dengan nenek. Rimas dengan adik-adik yang merunggut-runggut pasal nenek. Semua yang nenek buat dan cakap , Tyra la yang tukang layan sebab adik-adik tahu Tyra jenis “IGNORE” pasal orang. Tak berperasaan... huhuhu

Macam hari ni. Memang niat nak bawa dia balik. Tetapi hujan lebat terpaksa tangguh sekejap. Mungkin akan balik selepas berbuka puasa ni. Bila dah nak raya ni bertambah-tambah bising pula. Dia cakap ibu tak faham dia , tak nak dengar cakap dia , dah pandai melawan. Dia nak balik kampung, nak kemas rumah. Lastly Tyra menjawab “selama ni pun ibu dengan kami yang kemas rumah tok”. Nenek jawap “Ya ka?” Nenek cakap kalau dah hantar dia , jangan ambil dia. Tinggalkan je dia kat rumah. Nampak sangat sudah pelupa , macam mana nak biar nenek seorang diri kat kampung?

Bukan niat nak kurang ajar tapi bila kesabaran dah kemuncak , hilang kesabaran tu. Kadang-kadang kerenah yang nenek buat selalunya pada masa orang semua tengah sibuk bekerja. Bila masa tengah free , baik je.

Bila kita semakin meningkat usia , menjadi makin tua. Sikap dan perangai kita semakin menjadi budak-budak.  Apa yang kita cakap dan buat , kita akan lupa. Cakap ikut suka hati je. Kadang-kadang bila Tyra tengok keadaan nenek yang macam tu. Sayu je hati. Kesian pun ada. Terfikir juga , apa la agaknya nanti jadi kat Tyra. Agak-agak anak Tyra nanti sabar tak dengan kerenah Tyra?

Ramai orang cakap senang jaga orang tua ni. Tapi itu pada orang yang tak pernah jaga orang tua. Bagi orang yang cakap macam tu , mereka fikir , bagi makan dan mandi sudah cukup. Tapi mereka tak melalui sikap marah-marah dan leteran orang tua. Senang bercakap , susah untuk lakukan.


Tyra harap , Allah sentiasa memberi kesabaran pada Tyra sekeluarga dalam melakukan amal dan pahala terutama di bulan ramadhan ni. Amin... Dan Tyra rasa suatu hari nanti Tyra akan rasa rindu saat-saat bersama nenek. Dan dari pengalaman dan pengetahuan yang Tyra dapat , Tyra dah bersedia untuk jaga ibu abah bila mereka sudah tua. In sha Allah...


Wednesday 24 July 2013

When I Sad



Sometimes , I don't need someone to fix my problem. All I ever needed is someone to hug me and remind me everything's gonna be okay.


Sunday 21 July 2013

Kerenah nenek yang semakin uzur.


Beberapa hari sebelum puasa , ibu balik kampung untuk ambil nenek yang semakin uzur. Sejak nenek tinggal dengan kami , pening melayan kerenah dia.

Kerenah yang selalu nenek buat :

(1) Asyik sebut nak balik rumah dia.

(2) Selalu keliru dengan “Sliding Door” rumah bila waktu malam. Dia nampak seolah-olah ada kami tengah main kat luar rumah pada waktu malam.

(3) Bila mula puasa , setiap pukul 3 petang , nenek dah mula suruh masak nasi, siapkan makanan untuk berbuka. Selagi tak buat selagi itu la dia panggil. Kalau tengah tidur masa tu memang boleh hilang sabar.. huhu

(4) Kadang-kadang dia lupa siapa kami. Siapa anak dia sendiri.

(5) Dia selalu tanya “mana abah hang lagi seorang”. Sejak bila ada 2 orang abah?

(6) Nenek selalu tanya “hang pa semua ni anak siapa?”

(7) Yang paling tak tahan nak gelak “Adik Aiman tu anak siapa? Mak hang ambil anak siapa?” Kesian adik lelaki Tyra, nenek ingat dia anak angkat.

(8) Bahaya kalau biarkan dia seorang diri tanpa pengawasan. Nanti macam-macam benda pelik nenek buat.

Tyra bukan la jenis orang yang kuat bersabar. Pernah sekali Tyra tertenking nenek Tyra. Sebab masa tu Tyra tengah cari duit Tyra. Hilang sebanyak RM 600.00. Nenek pula membebelkan Tyra. Perkara yang tak ada kaitan. Tak pasal-pasal kena tenking. huhuhu..


Tapi memang betul orang kata, nak jaga orang tua ni memang susah. Kena banyak bersabar. Nanti bila kita dah tua, entah macam mana la kerenah kita.


Monday 8 July 2013

Apakah maksud Best Friend Forever?

Ramai yang tak tahu apa maksudnya Best Friend Forever tapi tak semua dapat mendalami maksud sebenarnya. Sedangkan Tyra pun kurang pasti sama ada diri ini mengerti dan memahami maksud itu

Tyra ada 2 orang BFF yang Tyra kenal rapat masa tingkatan 5. Cik A dan Cik N. Hubungan persahabatan kami sangat baik dan akrab seperti adik beradik. Semua masalah kami kongsi bersama. Kiranya tak ada rahsia antara kami. Baik dan buruk kami. Segalanya kami kongsi. Sampailah ke saat ni. Entah macam mana , tak tahu apa punca masalah. Salah seorang dari kami dengan tiba-tiba menjauhkan diri.

Jenis sikap Tyra , Tyra jenis yang tak suka masuk campur dengan hal hidup orang. Apa dia nak buat persilakan buat. Tak ada siapa nak halang. Apa orang cerita , Tyra jenis dengar je.

Sampai 1 tahap , Tyra terbaca status Cik N di “facebook”. Dia tulis dia minta maaf kalau dia ada buat silap, dia tak tahu kenapa “Korang” jauhkan diri dari dia. Dia tak pernah berubah. Dia tetap diri dia yang dulu. Dia kecil hati.

Tyra pun tanya BFF Tyra lagi seorang, Cik A. Kepada siapa Cik N tuju status tu. Kami tertanya-tanya, akhirnya kami sedar status tu ditujukan untuk kami. Paling sedih BFF Tyra Cik A. Dia yang paling rapat dengan Cik N. Semua masalah diluahkan kat dia kemudian baru sampaikan kat Tyra.

Yang membuatkan Cik A sedih, setiap kali bila Cik A ajak Cik N keluar. Cik N selalu bagi alasan “tak ada duit”. Jadi hanya Tyra dengan Cik A je keluar berdua. Tu pun bukan pergi shopping complex. Kami keluar lepak bersama kat tepi tasik. Duduk bersantai sambil bergossip , bertukar-tukar cerita. Bila waktu malam, kami tengok dia update status dan upload gambar, rupanya dia keluar dengan kawan-kawan dia yang lain dan date dengan BF dia. 

Sejak dia ada BF, dia jadi lain. Makin jauhkan diri. Jadi kami pun mendiamkan diri je sebab itu hak dia untu keluar dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia suka. Yang kami tak suka bila dia menipu. Itu je. Tapi kami tetap tak salahkan dia. Sebab kami sayang dia.

Kami faham sikap dan attitude Cik N macam mana. Dia jenis kadang-kadang cepat salah sangka. Sebab itu kami selalu ada antara satu sama lain untuk menasihati.

Untuk BFF ku :
Salah dan silap macam mana pun awak pun buat. Baik dan buruk awak. Kami terima sebab manusia ni tak sempurna. Sedang mencari matlamat hidup , mencari kepuasan diri. Tak ada siapa pun yang diabaikan dan dipinggirkan. Apa yang awak rasa tu hanya kata hati yang tak menentu bukannya akal fikiran.


# BFF tak akan pernah tinggalkan BFF.



Friday 28 June 2013

Accident. Elak-mengelak


Diri ini telah di timpa kemalangan. Dugaan Dari Allah S.W.T. 27 Jun 2013. Pukul 6.40 petang. Accident.Nak mengelak kereta Honda City. Lastly diri sendiri yang kena. Elak pun kena. Tak elak 2 kali ganda Tyra kena lagi teruk. Lebih baik elak. Brek emergancy, terbalik motor ku.

Nasib baik tak teruk. Luka kat kaki, lutut dan siku kiri je. Nak marah kat tuan empunya kereta Honda City pun tak boleh walaupun dia muncul mengejut. Nasib baik tak bersepai kereta dia. Huhuhuhu..

Masa ada di hospital Ipoh. Tyra ada la juga berbual-bual dengan 3 mangsa accident. Kes yang sama dengan Tyra. Elak-mengelak

Kes pertama : kakak kerja di Pizza Hut. Dia accident sebab nak elak dilanggar kereta. Brek emergancy. Tapi nasib baik tuan yang hampir menlanggar dia tu baik hati hantar pergi hospital. Tapi tangan dia belah kiri patah.

Kes kedua : kakak yang berusia 22 tahun. Baru habis study kat Politeknik Ungku Omar. Dia accident sebab nak elak kereta. Brek emergancy. Tapi dia cuma luka di lutut dan susah nak jalan.

Kes ketiga : Seorang pak cik yang berusia dalam lingkungan 50-an , mungkin 60-an. Dia accident sebab nak elak dari menlanggar seekor anjing. Mengalami luka di lengan dan kaki.

Masa jumpa doktor, doktor dengan jururawat semua tertanya-tanya banyak pula kes accident sebab nak mengelak dari di langgar dan menlanggar. Semuanya elak-mengelak.

Abah cakap “Steady la along race motor”.
BFF cakap “Biker Kental”.
Sepupu cakap “Tengok la sepupu siapa, adik sepupu mat rempit”

Macam mana la tak accident “like father , like daughter”

Geng superbike abah

Lepas ni kena hati-hati ketika menunggang motor. Kadang-kadang bukan salah kita. Tapi kita yang kena padahnya.


Tuesday 25 June 2013

Adam Hawa


Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam
Bukan di kepala untuk dijadikan atasan
Bukan di kaki untuk dijadikan alasan
Melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindungi
Dan dekat dihati untuk dicintai


Monday 24 June 2013

Teguran Itu Penting


Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya




 # Copy and Paste

Sunday 16 June 2013

Tentang Abah


Abah Tyra seorang yang pendiam , selalu sibuk dan kurang meluangkan masa bersama keluarga. Hari sabtu dan ahad belum tentu abah ada dirumah kerana sibuk bertugas.

Bila ada masa ibu selalu ajak kami adik beradik dengan abah keluar jalan-jalan pergi tesco , mydin atau shopping complex supaya abah ada masa untuk diluangkan bersama. Sepanjang Tyra hidup , agak susah la juga nak dengar abah cakap abah sayang anak-anak dia.

Kasih seorang ayah selalunya sukar ditunjuk dan diluahkan. Tapi kita sebagai anak akan tahu dengan sendirinya. Contohnya , abah Tyra. Ada suatu hari tu , Tyra marah-marah sebab baju dan kasut Tyra hilang. Tiba-tiba abah datang ,  cakap “Pergi siap , kita pergi kedai beli kasut dengan baju”. Tengok tu. Seorang ayah sukar menunjukkan kasih sayang tapi dia akan tunjuk melalui perbuatan dia.

Ucapan : Abah.. terima kasih untuk sebuah keluarga yang bahagian ini. Ia bukan sahaja kasih antara abah bersama anak tapi lebih erat di katakan sebagai abah adalah sahabatku sewaktu aku suka mahupun duka. I Love You Dad !


SELAMAT HARI BAPA