Sunday 10 November 2013

Dosa Seseorang


Dalam dunia ini tak ada seorang manusia pun yang tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ni.

Ramai orang suka mensisihkan seseorang itu atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Meskipun seseorang itu telah berubah menjadi seorang hamba Allah yang sangat baik.

Tidakkah kita terfikir , disaat kita menghina sesorang itu diatas dosa-dosa yang dilakukannya. Kita pun sebenarnya telah melakukan dosa, iaitu dosa sesama manusia.

Ramai orang selalu bertanya “Kenapa berkawan dengan dia? Dia tu teruk , jahat , perangai macam perempuan tak guna. Jangan kawan dengan dia.”

Dan saya kata “Siapalah saya untuk mempertikaikan siapa dia. Itu dosa dia dengan Allah. Bukan dengan saya. Lainlah kalau dia buat jahat dan buat perkara tidak baik pada saya. Mungkin saya tak akan berkawan dengan dia lagi. Saya akan cuba berhati-hati dengan dia agar apa yang dikatakan orang tidak terjadi pada saya. Mana la tahu suatu hari nanti , dia akan berubah jauh lebih baik dari kita semua. Sekurang-kurangnya dia akan rasa , dia ada peluang untuk berubah menjadi baik.

Kita selalu mempertikaikan dosa-dosa seseorang. Tapi bagaimana dosa-dosa kita dengan Allah S.W.T dan dosa kita sesama manusia?

Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain.



Jika kita ada niat untuk berubah , biarkan apa yang mereka mahu katakan. Jangan dipedulikan. Sudah menjadi kelaziman bagi sesorang manusia itu untuk jadi begitu.



Tuesday 5 November 2013

Pengalaman Bekerja


Assalamualaikum.. Agak lama Tyra tak update blog ni. Macam mana nak updatenya. Asyik sibuk dengan kerja. Tyra baru je start kerja 21 October 2013 , hari Isnin. Baru 2 minggu kerja dah terasa penatnya.

Tyra sekarang kerja di Unisem Advanced Technologies Sdn Bhd atau pun nama syarikat tu Unisem (M) Berhad. Jawatan Tyra sebagai Assistant Supervisor je. Masa first time Tyra dapat jawatan ni. Sepupu Tyra ada tanya, macam mana nak kerja kalau tak tahu pasal Machine? Lastly Tyra jawapan, boleh belajar, perlahan-lahan, Pisau yang tumpul , kalau selalu diasah, tajam juga akhirnya.

1. Office & 2. Production Line
Tyra bukan Engineer ye. Masa first masuk kerja, ramai Technician dan Operator ingat Tyra seorang Engineer. Huhuhu... Bangganya ada orang ingat Tyra Engineer.

Baru 2 minggu kerja, kawan-kawan Tyra cakap muka Tyra tak nampak macam student dah. Nampak muka macam orang yang dah kerja. Mana tak nampaknya, stress dengan kerja. Kejap duduk dalam office , kejap duduk dalam Production Line , kena tengok Operator dan Machine. Kena pastikan operator jalankan Lot. Bila ada operator yang malas-malas nak kerja, masa tu la stress datang, ada la yang nak kena marah. Dalam Office, Tyra la yang paling muda, baru 21 tahun. Bila masuk Production Line, nasib baik ada mamat Technician yang sebaya dengan Tyra. Boleh kawan-kawan juga.

Inilah yang selalu terjadi

Masa belajar dulu ambil jurusan International Business. Bila dah kerja terpaksa belajar dan faham tentang Machine. Walaupun susah dan kadang-kadang rasa mengalah. Tapi bila fikirkan balik, Rezeki ALLAH akan bagi kat mana-mana je walaupun bekerja bukan dalam bidang yang kita belajar.

# Pengalaman yang amat berharga. Dapat dua ilmu pengetahuan. Business dan Machine. Kalau ada rezeki sambung Ijazah, boleh belajar bidang Kejuruteraan. Insya Allah...