Sunday 9 September 2012

Tores Tangan Kerana Cinta



Bila kamu semua baca tajuk ni “Tores Tangan Kerana Cinta” mesti kamu semua rasa sesuatu yang negatif dan satu tindakan paling bodohkan. Tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang individu. Bila hangat dilamun cinta , tangan akan ditores ukir nama kekasih. Bila putus cinta , tores tangan nak bunuh diri.

Kalau tak silap , masa Tyra form 2 , tahun 2006 , Isu-isu remaja tores tangan kerana cinta memang sangat famous , hot dan meletup-letup masa tu. Tores tangan ukir nama boyfriend / girlfriend  seperti “Farid Forever” , “Ina sayang” dan “Ina love Farid”. Fuyoo... Romantikkan.. So sweet.. (tapi dalam hati orang yang lihat mesti akan cakap “asal bodohnya”)

Tak sangka pula masih ada segelintir individu yang masih mengamalkan hidup setia tak berpenghujung akhirnya jatuh tersungkur kerana cinta yang terlalu di agungkan dan masuk ke dalam sangkar perangkap maut sendiri. Zaman yang kian membangun dan semakin maju untuk mencapai masa depan yang cemerlang dalam semua bidang termasuklah pendidikan, masih ada lagi manusia yang ketinggalan zaman , berfikiran cetek dan kurang pandai.

Kerana cinta , sanggup tores tangan dengan pisau dan jarum semata-mata nak membuktikan rasa sayang dan cinta pada sang kekasih yang belum pasti menjadi teman hidup kita di dunia dan di akhirat.
Individu yang tores tangan kerana cinta dan kecewa adalah seseorang yang kurang siuman atau lebih bagus kalau kita kata GILA. Individu yang tak mampu berfikiran panjang , cetek , tak berfikirkan kesan dan sanggup mencederakan diri sendiri tanpa sebab yang munasabah. Individu yang hanya memikirkan keseronokkan , emosi dan hanya mengAgungkan cintanya pada seorang manusia bukannya pada Allah S.W.T.


Sebenarnya apa faedah dan kelebihan yang akan kita dapat kalau kita buat macam tu? Adakah dapat duit , rumah , hantaran , kereta dan apa-apa sahaja? Tak dapat semua tu kan. Hanya dapat sakit  dan terbukti kata setia dan cinta sementara waktu. Bila putus cinta , kesan tores tu masih kekal dan menjadi parutkan? Bila menjadi parut , macam mana nak hilangkannya? Bila dah putus cinta , kemudian berkenalan dengan orang lain , parut tu masih ada. Cara nak hilangkan parut tu kena tores semula tangan tu untuk padam nama yang terukir abadi. Bila sudah sembuh luka tu , tores semula nama kekasih baru. Agaknya , kalau kedua-dua belah tangan sudah habis ditores dan sudah tak ada tempat untuk ditores lagi. Dimana agaknya nak tores lagi? Di peha , di kaki , di leher , di dada ataupun di perut? Agaknya kalau bercinta dengan 10 orang , berapa agaknya darah yang mengalir keluar dan di sia-siakan begitu saja. Kan lebih baik darah yang mengalir keluar tu didermakan pada orang-orang yang memerlukan. Dapat juga pahala daripada dapat dosa.

Yang membuatkan Tyra hairan , bila diminta tores tangan ukir nama ALLAH S.W.T tak nak pula. Tapi bila suruh ukir nama kekasih , cepat je dia tores. Apa nak jadi ni? Paling ramai peminat setia tores-menores tangan ni adalah dari kalangan budak-budak sekolah rendah dan menengah (perempuan). Budak sekolah? Kepada adik-adik, belajar dulu , cinta kemudian. Umur baru sebatang jagung , cinta masa zaman sekolah tak boleh bawa kemana. Setialah macam mana sekali pun , kalau sudah ditakdirkan dan tertulis jodoh kita bukan dengan dia. Terimalah hakikat. Zaman sekolah dah mula berbual-bual pasal kahwin , cinta sejati , rindu-rindu , Tolonglah berhenti. Kalau bercinta bagai nak sehidup semati tapi pelajaran tak ada. Bila kahwin nanti , nak makan apa? Makan pasir ke? Pakaian berjenama atau koyak rabak? Rumah bungalow atau rumah gelandangan? Memang rezeki itu datang dari Allah , tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan terjamin.


Tak salah nak bercinta , tapi jangan abaikan pelajaran. Jangan terlalu mengikut nafsu cinta sampai sanggup tores tangan , janji kata setia. Bercintalah dengan orang yang mampu meningkatkan prestasi pelajaran dan semangat untuk berjaya. Jangan bercinta dengan orang yang akan membuatkan kita leka , lupa dan lalai dalam mengingati Allah SWT dan pelajaran , merosakkan diri kita dan maruah kita sebagai seorang wanita.



Kata-kata nasihat :
Jangan lakukankan suatu perkara bodoh dan akan mensia-siakan hidup anda. Hanya penyesalan yang akan dirasai akibat kesilapan yang pernah dilakukan oleh kita pada masa lalu. Cinta yang lebih baik dan setia adalah cinta pada Allah SWT , keluarga dan cinta suami isteri.

Saturday 1 September 2012

Jangan HINA permulaan seseorang




Hari ini dia mungkin tidak bertudung ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut ,
 esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah
melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.
Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Tetapi
mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan.

Jangan HINA permulaan seseorang.
kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya..