Thursday 30 May 2013

Happy 1 year


Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana telah mempertemukan Tyra dengan Si Dia. Walaupun Si Dia datang tanpa diduga dan penuh dramatik tapi perkenalan yang tak diduga tu membawa seribu 1 makna. Kata-kata semangat, nasihat , kutukan dan kritikkan yang diberi membuatkan Tyra lebih kuat, berani dan tabah mengharungi dugaan hidup dan membuatkan Tyra makin terus ingin berjaya dalam pelajaran dan hidup Tyra. Berani melawan tindasan. Tabah dan kuat semangat melawan anasir-anasir yang boleh membuatkan Tyra lemah dengan dugaan hidup dan pelajaran.Tyra bukan seorang pelajar yang pandai tetapi bila diberi dorongan yang betul dan berkesan, keputusan exam makin meningkat tinggi dan akhirnya dapat juga Anugerah Senarai Ketua Jabatan (Dean Award).



30 May 2012 (1year)

Terima kasih sayang...

Tuesday 28 May 2013

Tamat Sudah Diploma


Akhirnya tamat juga sesi pembelajaran peringkat Diploma dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Alhamdulillah. Syukur. Keputusan Exam keluar hari ni.

Setelah bertungkus-lumus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Akhirnya usaha Tyra berbaloi juga. Kali pertama kerjayaan Tyra untuk mendapatkan pointer yang terbaik adalah semester 5. Tyra ingatkan Tyra hanya dapat sekali saja Anugerah Ketua Jabatan (Politeknik) atau lebih dikenali dia IPT lain sebagai “Dekan”. Tapi Tyra dapat juga untuk semester akhir.

Masih ingat lagi pahit, perit dan jatuh untuk dapat keputusan cemerlang. Macam-macam halangan. Kesukaran belajar, memahami, masalah sosial...hahaha... Masalah sosial masalah diri sendiri. Malas belajar, asyik nak relax dan main je. Asyik keluar tengok wayang. Akhirnya berkat usaha dan doa, berjaya juga akhirnya.


Results Exam Sepanjang Diploma
Semester 1 : 2.74
Semester 2 : 2.94
Semester 3 : 3.31
Semester 4 : Latihan Industri / Practical
Semester 5 : 3.51 (Dekan)
Semester 6 : 3.87 (Dekan)

Results Semester 1 dan 2 tu teruk sikit sebab pertama kali dapat belajar, tak tahu macam mana nak bawa diri. Banyak sangat main-main, asyik nak bercinta je..huhuhu.. Semester 3 terpaksa cover balik semua, masa ni baru ingat masa depan. Baru nak fikir belajar. Lagi pun Tyra bukannya pandai sangat. Kena study smart dan study hard. Kalau esok nak exam , malam ni baru nak study , alamatnya memang cari bala la tu.


Walaupun dah dua kali Tyra dapat Dekan, tapi Tyra masih tak dapat tandingi adik perempuan Tyra. Beza umur kami cuma 1 tahun je. Sejak dari kecil dia lagi pandai dan cerdik dari Tyra. Selepas habis SPM , Tyra masuk ke Politeknik. Dia masuk Asasi UiTM dalam jurusan Undang-undang dan terus sambung Ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa. Sekarang dia semester 2 dan dia berdekan. Tyra pula tengah tunggu sambung Ijazah pula. Last kali Tyra fikir, kalau Tyra cuba tandingi dia sekali pun memang tak dapat. Biarlah Tyra usaha sendiri. Kalau cuba lawan pun confirm kalah. Biar berjaya untuk diri sendiri. Anggap itu semua cabaran.


Planning selepas tamat belajar Tyra, kerja part-time dulu, kumpul duit banyak-banyak sambil tunggu panggilan dari Universiti untuk sambung Ijazah pula. Kalau tak dapat sambung, kerja dulu sementara waktu. Resume Tyra dah terbang merata tempat. Harap dapat 1 pun jadi la. In Shaa Allah. Yang penting tak payah bayar PTPTN..hahaha.. Nasib baik tak pinjam..

Usaha Tangga Kejayaan

Friday 24 May 2013

Antara Fesyen , Make-Up dan Senaman


Tyra ada ramai kawan yang sukakan fesyen dan make-up, termasuk jugalah dengan adik-adik perempuan Tyra. Semua jenis fesyen dan product kecantikkan, mereka tahu.  Tapi bila bab bersenam dan bersukan , semuanya tak tahu. Down betul !

Bila time ajak shopping , laju je nak follow. Bila time ajak pergi jogging, laju je alasan. MALAS. Someone pernah cakap kat Tyra “Tak guna kamu pandai bergaya tapi tak pandai jaga kesihatan”

Kalau nak ikutkan. Tyra pun sebenarnya kurang berminat dengan fesyen dan make-up ni. Kalau nak berfesyen dan make-up , selalunya Tyra akan pakai waktu ada event je. Jenis Tyra simple je. Pakai je apa yang nampak sopan dan sesuai mengikut keadaan.

Dulu , masa Tyra dengan EX-BF yang dulu tu. Selalu sangat berfesyen dan make-up. Sebab dia suka girl-girl yang berfesyen. Macam Korean Girls. Tapi lama-kelamaan , Tyra baru sedar, fesyen dan make-up bukan jiwa Tyra. Tyra lebih suka bebas. Pakai apa yang Tyra suka. Buat apa yang Tyra suka. Tyra suka bersenam dan bersukan. Setiap hari Tyra akan spent time kan masa Tyra selama 1 jam untuk bersenam. Kalau tak sempat, setiap kali nak masuk kelas, kena naik tangga. Kelas kat tingkat 1 dan library kat tingkat 2, masa tu la Tyra akan berlari-lari naik tangga..huhu.. Tyra pernah main sukan hoki , bola baling , bola tampar dan taekwando. Selalu juga berlatih sparring.


Opsssss... macam lari topik je. Sebenarnyakan kita sebagai orang perempuan selain tahu berfesyen dan make-up, kena la tahu bersenam. Bersenam ni baik untuk kesihatan. Selain untuk jaga kesihatan. Ia juga dapat jaga bentuk bentuk badan kita, kurangkan lemak berlebihan, naikkan seri muka, wajah nampak sihat dan ceria. Bersenam juga dapat membuatkan kita lebih focus, tidur yang lena, menjadikan kita lebih kreatif ketika berfikir dan menajamkan pendengaran kita.

Kalau search kat Google , banyak jenis senaman yang dapat kita cari. Kalau rasa malas nak keluar rumah atau malu bersenam depan orang ramai. Ada banyak jenis senaman di rumah. Contohnya Pilates , push-up , sit up , Squat , Lunges , rowing dan macam-macam lagi. Tekan klik je. Dunia di hujung jari tau.



Peringatan : Kena pandai masak juga tau !!


Monday 20 May 2013

Anak Perantau




Penat 1 malam dalam bas semata-mata nak balik Ipoh.

Pukul 10.45 malam bertolak nak balik Ipoh.
Pukul 5.20 pagi tiba di Terminal Aman Jaya,Perak.
Pukul 6.00 pagi naik bas dari Terminal untuk ke Medan Kidd.
Pukul 7.00 pagi naik bas dari Medan Kidd untuk ke Simpang Pulai (rumah)
Pukul 8.00 pagi baru sampai kat rumah.

Macam ni la hidup seorang perantau.

Bila difikirkan balik, memang experience sangat-sangat sebab dapat rasa hidup susah untuk balik ke kampung halaman. Selain itu, dapat memberanikan diri naik bas seorang diri dan terpaksa bawa banyak barang. Huhuhu...

Masih ingat lagi kali terakhir ibu abah hantar ke asrama masa semester 1. Masa tu study kat Politeknik Melaka. Itu kali terakhir ibu abah hantar dan ambil. Naik je semester 2 hingga la semester 6, semuanya urus diri sendiri. Mula semester pergi sendiri. Akhir semester balik sendiri. Memang penat apabila terpaksa bawa dan angkut banyak barang berat-berat. Seksa.

Hidup ini ibarat perjalanan. Semakin banyak kita mengembara , semakin banyak ilmu dan jati diri yang kita dapat.




Wednesday 8 May 2013

Pemintaan untuk Anniversary Relationship



OMA (Oh My Allah) , apabila sudah hamipr cukup 1 tahun bersama , si dia buat permintaan untuk Anniversary Relationship yang pertama. Permintaan si dia adalah , Masakkan sesuatu yang special untuk dia

Terkejut juga apabila si dia minta masakkan makanan yang special untuk dia. Dulu Tyra masak kari ayam dengan sambal telur , susah sangat nak makan. Alasannya sibuk kerja , tak ada selera. Makan pun tak habis. Bila dah tak nak masak untuk dia. Tiba-tiba je suruh Tyra masak. Dah 1 kerja nak kena fikir nak masak apa yang special untuk si dia.

Tyra sekarang tengah pening nak masak apa untuk si dia. Dah banyak buku resipi masakkan Tyra baca. Tapi tak ada 1 pun yang Tyra suka. Dalam kepala Tyra ada juga terfikir beberapa menu.

Menu Makanan:
1.    Spageti
2.    Sambal tempoyak udang
3.    Asam pedas ikan keli berlada hitam
4.    Rendang sotong
5.    Ikan rendang cuka
6.    Cencaru belah belakang

Menu Minuman :
1.    Jus nanas dan strawberi
2.    Jus nanas dan ais krim
3.    Jus lemon freez

Kalau nak buat Jus , mungkin boleh lagi la. Nak masak tu yang menjadi masalah. Tyra bukannya tahu masak semua. Kalau minta masak kari ayam , sambal telur , sambal udang , ayam masak kicap , sayur kubis goreng , laksa ke. Tyra boleh la lagi nak masak sebab tu je yang Tyra tahu pun. Nak masak yang special ni yang tak tahu.

Nampaknya , Tyra suka atau tak kena usaha masak juga yang special untuk dia. Si dia cakap “kalau banyak benda awak tak tahu masak , macam mana nak kahwin? Turun hantaran la kalau macam tu. Rugilah kalau bayar hantaran mahal kalau tak tahu masak. Kita dah bersama 1 tahun bukan 1 bulan. Saya tak kira , awak kena masak juga untuk saya”

Bila Tyra cerita kat ibu , ibu gelak. Ibu cakap “elok dia buat macam tu , biar along belajar masak sikit”. Tapi tak apa , jadikan ini sebagai 1 cabaran untuk menjadi pilihan hati yang terbaik untuk si dia. Kalau ada jodoh , tak ke mana kan... Apa yang si dia buat pun untuk kebaikan Tyra juga.