Sunday, 18 December 2011

Latihan Industri


 Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar
     sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma.

Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang
      berikutnya. Pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 22 minggu di jabatan
      kerajaan atau swasta dan akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar yang
      mana jauh berbeza dari suasana di Pusat Pengajian.

Thursday, 15 December 2011

Tuesday, 13 December 2011

Kejayaan



“Usaha tangga kejayaan “
Inilah pepatah yang selalu digunakan setiap hari dalam kehidupan kita. Tak kira waktu dan tempat. Apa jua yang kita lakukan dalam hidup kita seperti menduduki perperiksaan , kerjaya ,percintaan , persahabatan dan alam berumah tangga. Kita akan sentiasa berusaha untuk mengecapi apa yang kita inginkan. Walaupun susah payah kita berusaha, kadang-kadang usaha kita tidak membuahkan hasil yang setimpal dan ada juga suatu masa kita jatuh dan rebah , itu tidak menjatuhkan semangat kita untuk berjaya dalam apa jua perkara.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Thursday, 8 December 2011

Drama yang baik atau buruk patut kita pilih?





Kadang – kadang  hidup ini penuh dengan drama... Drama yang mana kita sendiri menjadi pelakon utama tanpa kita sedari..

Drama yang mana kita ciptakan sendiri jalan ceritanya... Drama yang penuh dengan sifat plastik manusia...

Monday, 5 December 2011

Persaingan




Kenapa manusia perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian orang lain?
Bukankah kita sepatutnya bersaing secara sihat untuk memperolehi kejayaan?
Perhatian dari manusia kadang-kadang  umpama kita meminta simpati pada mereka untuk diri kita sendiri....kadang-kadang kita tidak perlukn perhatian/simpati dari org lain jika kita percaya dengan kebolehan diri kita sendiri. Kita tidak perlu menjatuhkan orang lain jika kita mempunyai kekuatan mental yang kuat dan mempercayai diri kita sndri...=)