Friday 28 June 2013

Accident. Elak-mengelak


Diri ini telah di timpa kemalangan. Dugaan Dari Allah S.W.T. 27 Jun 2013. Pukul 6.40 petang. Accident.Nak mengelak kereta Honda City. Lastly diri sendiri yang kena. Elak pun kena. Tak elak 2 kali ganda Tyra kena lagi teruk. Lebih baik elak. Brek emergancy, terbalik motor ku.

Nasib baik tak teruk. Luka kat kaki, lutut dan siku kiri je. Nak marah kat tuan empunya kereta Honda City pun tak boleh walaupun dia muncul mengejut. Nasib baik tak bersepai kereta dia. Huhuhuhu..

Masa ada di hospital Ipoh. Tyra ada la juga berbual-bual dengan 3 mangsa accident. Kes yang sama dengan Tyra. Elak-mengelak

Kes pertama : kakak kerja di Pizza Hut. Dia accident sebab nak elak dilanggar kereta. Brek emergancy. Tapi nasib baik tuan yang hampir menlanggar dia tu baik hati hantar pergi hospital. Tapi tangan dia belah kiri patah.

Kes kedua : kakak yang berusia 22 tahun. Baru habis study kat Politeknik Ungku Omar. Dia accident sebab nak elak kereta. Brek emergancy. Tapi dia cuma luka di lutut dan susah nak jalan.

Kes ketiga : Seorang pak cik yang berusia dalam lingkungan 50-an , mungkin 60-an. Dia accident sebab nak elak dari menlanggar seekor anjing. Mengalami luka di lengan dan kaki.

Masa jumpa doktor, doktor dengan jururawat semua tertanya-tanya banyak pula kes accident sebab nak mengelak dari di langgar dan menlanggar. Semuanya elak-mengelak.

Abah cakap “Steady la along race motor”.
BFF cakap “Biker Kental”.
Sepupu cakap “Tengok la sepupu siapa, adik sepupu mat rempit”

Macam mana la tak accident “like father , like daughter”

Geng superbike abah

Lepas ni kena hati-hati ketika menunggang motor. Kadang-kadang bukan salah kita. Tapi kita yang kena padahnya.


Tuesday 25 June 2013

Adam Hawa


Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam
Bukan di kepala untuk dijadikan atasan
Bukan di kaki untuk dijadikan alasan
Melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindungi
Dan dekat dihati untuk dicintai


Monday 24 June 2013

Teguran Itu Penting


Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya




 # Copy and Paste

Sunday 16 June 2013

Tentang Abah


Abah Tyra seorang yang pendiam , selalu sibuk dan kurang meluangkan masa bersama keluarga. Hari sabtu dan ahad belum tentu abah ada dirumah kerana sibuk bertugas.

Bila ada masa ibu selalu ajak kami adik beradik dengan abah keluar jalan-jalan pergi tesco , mydin atau shopping complex supaya abah ada masa untuk diluangkan bersama. Sepanjang Tyra hidup , agak susah la juga nak dengar abah cakap abah sayang anak-anak dia.

Kasih seorang ayah selalunya sukar ditunjuk dan diluahkan. Tapi kita sebagai anak akan tahu dengan sendirinya. Contohnya , abah Tyra. Ada suatu hari tu , Tyra marah-marah sebab baju dan kasut Tyra hilang. Tiba-tiba abah datang ,  cakap “Pergi siap , kita pergi kedai beli kasut dengan baju”. Tengok tu. Seorang ayah sukar menunjukkan kasih sayang tapi dia akan tunjuk melalui perbuatan dia.

Ucapan : Abah.. terima kasih untuk sebuah keluarga yang bahagian ini. Ia bukan sahaja kasih antara abah bersama anak tapi lebih erat di katakan sebagai abah adalah sahabatku sewaktu aku suka mahupun duka. I Love You Dad !


SELAMAT HARI BAPA

Friday 14 June 2013

Steel or Thief


Ada apa dengan Steel and Thief? Mesti hairankan kena ada gambar logo Superman. Al-kisahnya, masa tengah tengok tv , tiba-tiba iklan Superman ditayangkan kat TV3. Masa tengah tonton iklan. Tiba-tiba adik tanya.

Adik : Along , Steel tu pencuri kan?
Tyra : Woii (terkejut) tu Thief la. Steel tu maksudnya besi. Theif pencuri.
Adik : Ye ke? Confius la sebutan dia.
Tyra : Kalau confius pun agak-agak la.. Jauh sangat bunyi S dan T. Sebab tu orang suruh belajar english. Even tak tahu speaking , sekurang-kurangnya tahu baca dan faham.

Pelik dah adik Tyra seorang ni. Lemah betul english dia. Tahun depan dah la nak SPM. Kalau bagitahu kak ngah dia pasal ni. Confirm 100% mengamuk. Kak ngah dia dah power dalam english. Huhuhu.

Sekarang ni , Tyra tengah fikir macam mana nak bagi dia tahu english. Dia bukan tak pandai. Cuma keliru dengan sebutan. Kadang-kadang english ni mudah bagi orang yang cepat belajar. Susah bagi orang yang lambat faham.

Tyra pun bukan pandai dalam english. Tahu membaca dan menulis je. Nak speaking ni lambat sikit. Kalau ayat mudah. Power la juga. Kalau orang cakap , Tyra faham , nak balas K.O.. huhuhu

Untuk buat Tyra belajar lagi mendalam. Tyra selalu tengok movie-movie english , lagu-lagu english dan novel-novel english. Kadang-kadang SMS dan Call dengan kawan-kawan , Tyra cuba dalam english. Mungkin nampak teruk tapi sekurang-kurangnya cuba.


English ni penting. Kalau tak tahu english memang susah. Sebab sekarang , semua pelajaran dalam bahasa english. Dokumen-dokumen pembelian rumah , kereta dan sebagainya dalam english. Bagi Tyra , walaupun tak tahu bercakap lancar dalam english. Sekurang-kurangnya tahu membaca dan faham sepenuhnya.

My Favourite Novels

Wednesday 12 June 2013

Maaf lebih baik dari Dendam


Manusia ni kalau dia buat salah dengan orang lain , dia tak pernah ingat. Tapi bila orang lain buat salah kat dia. Dia ingat sampai berdendam.

Dia buat orang sakit hati tak apa , tapi bila orang buat dia sakit hati. Dia marah seperti orang gila. Mengamuk tak tentu pasal.

Ada seorang Hamba Allah ni , Tyra kenal dia dah lama. Tapi tak la berapa rapat sangat dengan dia. Nama je 1 kelas masa study dulu. Tapi tak pernah nak bertegur sapa. Jenis sikap Tyra tak masuk campur hal orang. Buat hal sendiri lagi bagus. “Hal saya , masalah saya. Hal awak , masalah awak”.

Sepanjang Tyra kenal dengan dia. Dia ni jenis yang peramah la juga , happy-go-lucky , ramai juga kawan. Tapi perangai buruk dia , mulut macam puaka. Maki-hamun orang ikut sedap mulut dia. Apa dia cakap , semua nak betul. Orang lain je yang salah. Yang peliknya , tak tahu la berapa ramai pengaruh dia. Setiap dia cerita sesuatu , semua orang percaya. Siapa yang kena dengan dia , confirm 100% kena pulau gila-gila dengan semua orang yang kenal orang tu. 1 kelas boleh pulau orang yang dia cerita. Siap cerita masuk facebook , twitter dan blog. Bila housemate dia mula berjauhan dengan dia, dia mula terasa dan marah-marah bagaikan orang gila. Dia cakap dia tak pernah pun lupakan kawan , abaikan kawan-kawan dia. Tak ke dia fikir , dia pun pernah buat kat orang lain macam tu juga.

Pasal budak yang dia pulau tu , Tyra tak berapa tahu sangat pasal dia. Mungkin ada sesuatu yang Tyra tak tahu. Setiap manusia tak terlepas dari membuat kesilapan. Kadang-kadang cara hidup seseorang tu berbeza dengan kita. Ada yang jenis bersosial tapi baik dan tak cari pasal dengan orang. Ada juga yang bersosial tapi suka buat masalah dengan orang. Ada juga yang kategori baik la juga, pendiam tapi suka buat masalah dengan orang lain secara diam-diam.

Kalau nak pertikaikan dosa-dosa seseorang tu , susah nak cakap sebab dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang itu antara dia dan Allah. Dosa kita sesama manusia macam mana pula? Pernah tak kita minta maaf pada semua orang yang pernah kita buat salah? Pernah tak kita sedar kesilapan kita pada orang lain?

Pada yang sedar-sedar tu , cepat-cepat la minta maaf. Sebab kita ni hidup tak lama kat dunia ni. Lagipun sampai bila nak bergaduh-gaduh , berdendam. Tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni. Semua orang pernah buat silap. Jadi , bermaaf-maafan la sesama kita.



# Setiap perbuatan , ada pembalasannya. HUKUM KARMA.


Thursday 6 June 2013

Nak Baby boleh tak?


Along , ila nak baby. Apa???

Apabila adik perempuan minta nak baby dari Tyra. Terkejut juga, apa kena dengan adik ni. Tertiba je minta baby. Tyra muda lagi. Tak kahwin lagi. Umur baru 21 tahun, masih terlalu awal nak kahwin.

Al-kisahnya, sesuatu malam tu , Tyra tidur sebilik dengan adik. Tiba-tiba dia cerita pasal anak-anak sepupu Tyra. Sepupu Tyra ramai yang dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak yang ramai. 2 hari lepas , family Tyra balik kampung kerana ada kenduri arwah. Tyra tak ikut balik sebab ada hal. Masa kat kampung, dia lah yang kena jaga anak-anak sepupu. Sebab dia je yang paling muda. Orang tua-tua sibuk kerja kat dapur. Sepanjang dia kat kampung , dia lah yang bagi mandi , makan dan main sama-sama. 

Kebetulan kawan-kawan sekolah dia ada kakak dan abang yang dah kahwin. Kawan-kawan dia selalu cerita pasal anak-anak buah. So, dia pun teringin anak ada anak buah juga.

Tyra cakap kat adik “Along muda lagi la nak kahwin. Ingat kahwin ni senang ke? Banyak tanggungjawab. Nak lahirkan baby pun susah. Kalau along ada anak, tak nak bagi adik jaga. Nanti apa la jadi kat anak along”. Lepas tu dia cakap “tak kira , nak juga jaga. Nanti ila ambil juga anak along. Cepat-cepat kahwin.”

Umur dia 16 tahun tapi keinginan macam budak tadika la pula. Pening layan kerenah dia. Bila cerita kat ibu, ibu gelak je. Lastly ibu cakap, bagi along habis belajar dulu , lepas tu kerja. Baru kahwin sekarang tengah muda lagi..

Suatu hari nanti. In Shaa Allah