Friday 15 June 2012

My Favourite Songs

Zaman sekarang tak ramai anak muda yang suka mendengar lagu alunan muzik seperti piano , cello dan Orchestral.

Tyra lebih suka mendengar lagu alunan muzik. Bagi Tyra ia dapat menenangkan fikiran kita apabila kita berada dalam keadaan stress dan penat. Masing-masing orang mempunyai pelbagai cara untuk menenangkan fikiran seperti berjogging , riadah , melayari internet , membaca dan berbagai lagi.

Monday 11 June 2012

Salah Siapa?




Kadang-kadang Allah berikan kita pelbagai masalah seperti masalah keluarga , percintaan , masalah di tempat kerja dan persahabatan. Kita sebagai manusia harus kuat untuk menempuhi segala dugaan yang diberi. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya untuk melihat ketaatan dan keimanan seseorang hambaNya. Semakin hambaNya diuji , semakin meningkat darjat seseorang hamba itu untuk berada disisi Allah.