Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



21 Julai 2012
Selamat menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua kenalan Tyra, ibu abah dan ahli keluarga tercinta. Sempena kedatangan bulan Mulia ini, ambil lah peluang untuk melakukan amal ibadah sebaik mungkin, seperti bersedekah, bertadarus, menunaikan solat tarawih dan sebagainya supaya kita dapat mencari keredhaan-Nya dengan penuh syukur dan tawadu.

 



Saturday 14 July 2012

Pendaftaran semester baru – Semester 5


10 Julai 2012 (Selasa) - Lapor diri pelajar praktikal
13 Julai 2012 (Jumaat) - Pendaftaran modul semester 5
18 Julai 2012 (Rabu) - Presentation Final Report


Pada sesi akademik Julai ini Tyra telah masuk semester 5 dan sudah bergelar pelajar senior. 10 Julai 2012 adalah hari yang paling menakutkan sebab Tyra kena hantar report Latihan Industri pada pensyarah dan pensyarah penilaian. Rasa sangat menakutkan ! Bila Tyra check list name dekat papan kenyataan , Pensyarah penilaian Tyra ialah Ketua Jabatan Perdagangan ataupun Ketua Falkulti. Masa tengok tu “Alamak ! Ketua Jabatan la pula” takut rasanya. Bila nak hantar report pada Ketua Jabatan, tangan mengigil bila tengok muka Ketua Jabatan yang sangat serius. Masa tu sudah fikir “habislah aku lepas ini” Bila Tyra tanya pada Ex-student dan senior mengenai  Ketua Jabatan , mereka cakap , Ketua Jabatan Ok, tak ada apa-apa masalah. Jangan takut. Buat presentation baik-baik. Harap-harap apa yang senior cakap tu betul.
 
13 Julai 2012 Tyra kena buat pendaftaran modul dan dapat jadual kelas DPI 5B
(Diploma in International Business)

Jadual kelas Diploma in International Business 5B

Semester 5 , subject semakin berkurangan berbanding semester lepas. Dari 8 subject ke 6 subject. Tapi subject Final Exam makin banyak iaitu 5 subject. Semua subject teori , tak ada subject kira-kira.

Final Exam :
  1. FUNDAMENTAL OF MARINE & AVIATION INSURANCE
  2. INTERNATIONAL TRADE
  3. CUSTOMS PRACTISE
  4. INTERNATIONAL BUSINESS LAW
  5. HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

Nampaknya Tyra kena Study hard but smart. Semakin naik semester , semakin susah subject. Tyra akan cuba menaikkan pointer Exam lagi. Setiap semester akan semakin naik pointer dan tidak repeat mana-mana paper seperti kawan-kawan yang lain. Kena usaha bersungguh-sungguh.

Good Luck to Nur Athirah

Pada 18 Julai 2012 – Presentation dalam English bukan Bahasa Melayu. Harap , presentation Tyra berjalan dengan lancar.

Wednesday 11 July 2012

Playboy , Playgirl



Kalau sebut pasal playboy dan playgirl mesti kita akan rasa marah , geram , sakit hati dan kutuk-kutuk. Sebab playboy dan playgirl amat takut untuk kita dekati kerana mereka ini suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain.
 
Jenis playboy dan playgirl ni suka bertukar-tukar pasangan , keluar dengan orang yang berlainan , bermain ayat-ayat cinta. Jenis playboy dan playgirl ni dikategorikan sebagai curang , main kayu tiga dan bermacam-macam perkataan dan maksud.

Dalam dunia ini terdapat ramai playboy dan playgirl. Mereka ini berada dikelilingi dan diantara kita semua seperti adik ,abang , kakak , sepupu dan kawan-kawan kita. Kita pernah tanya tak kenapa mereka menjadi seorang playboy dan playgirl. Ada bermacam-macam jawapan yang akan mereka berikan seperti dulu pernah dikecewakan , dipermainkan oleh kekasih , dan ada yang akan beri jawapan “saja je suka-suka”.



<!--[endif]-->
Dalam update baru Tyra ni bukan nak ceritakan tentang ciri-ciri seorang playboy dan playgirl. Tapi “status digelar dan dicop mohor” sebagai playboy dan playgirl.

Tyra pernah digelar sebagai seorang playgirl sebabnya Tyra ramai kawan lelaki , suka berbual dan keluar menghabiskan masa seperti tengok wayang , photoshoot , main badminton , memanah , keluar makan , lepak-lepak kat kedai mamak dan buat aktiviti-aktiviti yang Tyra minat.

Bagi Tyra tak salah kalau nak habiskan masa dengan riadah dan aktiviti sukan yang kita minat dengan orang yang berlainan jantina. Ada sesetengah kawan perempuan tak suka buat aktiviti outdoor dan indoor. Kalau nak dapat kawan-kawan perempuan yang sama minat dengan kita cukup susah. Tak salah nak melakukan aktiviti yang kita minat dengan orang yang berlainan jantina asalkan pandai jaga diri dan tahu batas-batas agama.

Tak perlu nak nilai seseorang yang kita tak kenal siapa diri dia yang sebenar dan tak pernah berkawan rapat dengan dia. Tak payah dengar cerita-cerita dari mulut orang , boleh menjadi fitnah.

Don’t jugde a book by it’s cover.

Semua orang ada hak untuk berkawan dan melakukan aktiviti , minat dan hobi dengan sesiapapun walaupun berlainan jantina , umur , agama dan bangsa. Sekurang-kurangnya bila sudah tua nanti Tyra tak merasa menyesal bila melakukan aktiviti yang diminat. Sebab semua perkara kita pernah rasa dan lalui. Bila semua perkara kita pernah lakukan dan berjaya , kemungkinan besar anak-anak dan cucu kita akan merasa bangga dan teringin mengikut jejak langkah kita. Dan masa itu kita akan dipuji “You’re the best”


Tyra akan gembira bila telah cuba sesuatu yang baru , Sesuatu yang baru adalah pengalaman.
Tak menyesal kalau cuba sesuatu yang baru .