Akhirnya
tamat juga sesi pembelajaran peringkat Diploma dalam jurusan Perniagaan
Antarabangsa. Alhamdulillah. Syukur. Keputusan Exam keluar hari ni.
Setelah
bertungkus-lumus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Akhirnya
usaha Tyra berbaloi juga. Kali pertama kerjayaan Tyra untuk mendapatkan pointer
yang terbaik adalah semester 5. Tyra ingatkan Tyra hanya dapat sekali saja
Anugerah Ketua Jabatan (Politeknik) atau lebih dikenali dia IPT lain sebagai “Dekan”.
Tapi Tyra dapat juga untuk semester akhir.
Masih ingat
lagi pahit, perit dan jatuh untuk dapat keputusan cemerlang. Macam-macam
halangan. Kesukaran belajar, memahami, masalah sosial...hahaha... Masalah sosial
masalah diri sendiri. Malas belajar, asyik nak relax dan main je. Asyik keluar
tengok wayang. Akhirnya berkat usaha dan doa, berjaya juga akhirnya.
Results Exam Sepanjang Diploma
Semester 1 : 2.74
Semester 2 :
2.94
Semester 3 :
3.31
Semester 4 :
Latihan Industri / Practical
Semester 5 :
3.51 (Dekan)
Semester 6 :
3.87 (Dekan)
Results
Semester 1 dan 2 tu teruk sikit sebab pertama kali dapat belajar, tak tahu
macam mana nak bawa diri. Banyak sangat main-main, asyik nak bercinta
je..huhuhu.. Semester 3 terpaksa cover balik semua, masa ni baru ingat masa
depan. Baru nak fikir belajar. Lagi pun Tyra bukannya pandai sangat. Kena study
smart dan study hard. Kalau esok nak exam , malam ni baru nak study , alamatnya
memang cari bala la tu.
Walaupun dah
dua kali Tyra dapat Dekan, tapi Tyra masih tak dapat tandingi adik perempuan
Tyra. Beza umur kami cuma 1 tahun je. Sejak dari kecil dia lagi pandai dan
cerdik dari Tyra. Selepas habis SPM , Tyra masuk ke Politeknik. Dia masuk Asasi
UiTM dalam jurusan Undang-undang dan terus sambung Ijazah dalam Perniagaan
Antarabangsa. Sekarang dia semester 2 dan dia berdekan. Tyra pula tengah tunggu
sambung Ijazah pula. Last kali Tyra fikir, kalau Tyra cuba tandingi dia sekali
pun memang tak dapat. Biarlah Tyra usaha sendiri. Kalau cuba lawan pun confirm
kalah. Biar berjaya untuk diri sendiri. Anggap itu semua cabaran.
Planning
selepas tamat belajar Tyra, kerja part-time dulu, kumpul duit banyak-banyak
sambil tunggu panggilan dari Universiti untuk sambung Ijazah pula. Kalau tak
dapat sambung, kerja dulu sementara waktu. Resume Tyra dah terbang merata tempat.
Harap dapat 1 pun jadi la. In Shaa Allah. Yang penting tak payah bayar PTPTN..hahaha.. Nasib baik tak pinjam..
Usaha Tangga Kejayaan |
yg pntg smangat n usaha k..gud luk!:)
ReplyDeleteassalamualaium, apa beza jurusan business study dengan perniagaan antarabangsa eh? susah tak pernigaan antarabangsa ni? kerjaya nanti apa eh kalau ambik course ni? luas tak? sy lepasan spm and perlukan pencerah hmm harap akak bolleh repky :(((
ReplyDelete