Monday, 10 December 2012

Results Semester 5


Hari ni adalah hari yang paling mengembirakan dalam hidup Tyra. Untuk pertama kali dalam hidup Tyra , Tyra telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 5 Diploma Perniagaan Antarabangsa, Politeknik Melaka. Pointer Tyra 3.51 dan mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) atau lebih dikenali sebagai Anugerah Dekan di Universiti lain. Walaupun tak seberapa pointer Tyra , tapi Tyra tetap bersyukur dengan berkat dan usaha Tyra sepanjang sesi pengajian ini membuahkan hasil. InsyaAllah untuk semester akhir iaitu semester 6, Tyra akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan lagi Anugerah Ketua Jabatan dan menaikkan lagi pointer Tyra.

Hari ini Tyra dapat memberikan keputusan yang baik kepada ibu abah Tyra. Dan dapat membuktikan Tyra pun boleh berjaya seperti orang lain. Syukur Alhamdulillah.
 
 

Wednesday, 5 December 2012

Dedicated to my love


This song is dedicated to my love.

Who?

 It is secret..
 
1st – Never Be Replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced

I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time

From the day I met you
I knew we'd be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and I wanna have your kids
Thinking never compare to the feeling of your kisses

I can say I'm truly happy to this day
You make me thank God that I live my life every day
There's never been a doubt in my mind that I'd regret
Ever having you by my side.

But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know,
That everyday that I spent with you and
I won't miss you cause I'm happy that I had
You at all.

Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced

I love you , yes I do
I'll be with you as long as you want me too
Until the end of time
 

Monday, 3 December 2012

Budak Nakal


Tyra ada seorang adik lelaki yang berusia 11 tahun dan bersekolah di sekolah pendidikan khas. Adik Tyra seorang yang bijak , suka bertanya dan sangat hyper active. Adik Tyra baru bertukar ke sebuah sekolah di dalam kawasan kampung disekitar Ipoh,Perak. Sejak di ditukarkan ke sekolah kampung perangai adik lelaki Tyra mula pelik seperti kanak-kanak nakal yang mak ayah tak pernah nak bimbing.
 
Tyra memang tak tahu apa-apa yang jadi sepanjang Tyra belajar. Cuti semester baru Tyra balik dan dengar cerita buruk-buruk dari adik perempuan Tyra yang bersekolah menengah di sebelah sekolah rendah adik lelaki Tyra. Bila balik mesti adik perempuan akan cerita macam-macam pasal adik lelaki Tyra, pasal kawan-kawan dia, keadaan sekolah tu. Memamg sakit hati sangat-sangat bila dengar ada sekumpulan kanak-kanak nakal ajar budak pendidikan khas buat perkara jahat dan tak senonoh.
 
Tyra dulu pun pernah bersekolah di sebelah sekolah rendah tu. Memang budak-budak sekolah rendah kat situ nakal-nakal dan mungkin gila tapi tak semua la. Sedangkan di sekolah menengah Tyra pun , Tyra dah tak tahan. Memeningkan kepala dengan segelintir budak-budak lelaki yang berperangai tak senonoh , otak blue dan sangat stupid.
 
Yang paling Tyra geram, bila ada berberapa orang budak lelaki yang selalu kacau, call dan message adik perempuan Tyra. Bila Tyra tanya dia siapa dia jawab kawan. Bila Tyra tanya lagi Kawan ke Boyfriend, dengan kurang ajarnya dia jawab “ yang sibuk nak tahu kenapa? Ko siapa?”. Tyra dengan rasa marahnya pun jawab “Aku kakak dia la benggong. Ada hati nak mengorat adik aku. Adik aku mesti dapat lelaki yang terbaik tak macam ko”..hahaha.
 
Bila Tyra tengok gambar budak-budak lelaki yang selalu kacau adik Tyra, muka dia dah  la macam muka pecah rumah , berada di kelas belakang sekali. Ada hati hati nak mengorat.


Bila dia message adik Tyra, bahasa message dia teruk teramat : mntx , bawu , cyg , bucuk , pew , AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk BeTOrl TowieE YerHh , HeY NuCk Tenal NuN AwaCK BolerH? AwaCK YerrH PowNG JunGUn ArHh SoRMBownG NuN TiTTEw. Bahasa Melayu pun tak betul. Sangat pening.

Wednesday, 28 November 2012

Impian Saya – Travel Part 1



Semua orang ada impian masing-masing termasuklah Tyra. Masa kecil-kecil dulu, Tyra selalu impikan ingin travel ke luar negara seperti Singapura , London , Australia , Eropah , Mesir dan Jepun.
 
Tyra baru sahaja tamat semester 5 dan akan mula semester 6 tidak lama lagi. Semenjak ni, Tyra selalu impikan nak ke Singapura. Sebab Singapura  adalah salah satu tempat yang Tyra ingin lawati. Kebetulan Tyra masih belajar dan hanya tinggal 1 semester saja lagi untuk tamat pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan Antarabangsa di IPTA Melaka. So, insyaAllah jika diizinkan Allah S.W.T, Tyra akan jejakkan kaki buat pertama kali di negara asing.


Kenapa Tyra memilih Singapore sebagai tempat pertama?
Sebab, Singapura adalah negara bersebelahan dengan Malaysia. Singapura merupakan sebuah bandaraya Global Metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Singapura juga mempunyai pelbagai pusat pelancongan yang menarik seperti Sentosa, Marina South. Sebelum Tyra travel ke negara yang lebih jauh seperti London, Australia, lebih baik Tyra travel Singapura dahulu untuk cari pengalaman dan pengetahuan tentang sesebuah negara seperti perbezaan iklim, culture , perbezaan bahasa dan mata wang dan lain-lain.


Tyra selalu baca mengenai Singapura di internet , surat khabar dan melalui TV. Bagi Tyra, sekadar membaca mengenai sesuatu buah negara tidak memadai jika kita tak jejakkan kaki kita di negara tersebut. Merasai pengalaman dan percutian yang menarik di tempat asing. Awesome....

Harap, dalam jangka masa yang terdekat atau suatu hari nanti, Tyra akan jejakkan kaki di luar negara. Amin....


Sunday, 9 September 2012

Tores Tangan Kerana Cinta



Bila kamu semua baca tajuk ni “Tores Tangan Kerana Cinta” mesti kamu semua rasa sesuatu yang negatif dan satu tindakan paling bodohkan. Tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang individu. Bila hangat dilamun cinta , tangan akan ditores ukir nama kekasih. Bila putus cinta , tores tangan nak bunuh diri.

Kalau tak silap , masa Tyra form 2 , tahun 2006 , Isu-isu remaja tores tangan kerana cinta memang sangat famous , hot dan meletup-letup masa tu. Tores tangan ukir nama boyfriend / girlfriend  seperti “Farid Forever” , “Ina sayang” dan “Ina love Farid”. Fuyoo... Romantikkan.. So sweet.. (tapi dalam hati orang yang lihat mesti akan cakap “asal bodohnya”)

Tak sangka pula masih ada segelintir individu yang masih mengamalkan hidup setia tak berpenghujung akhirnya jatuh tersungkur kerana cinta yang terlalu di agungkan dan masuk ke dalam sangkar perangkap maut sendiri. Zaman yang kian membangun dan semakin maju untuk mencapai masa depan yang cemerlang dalam semua bidang termasuklah pendidikan, masih ada lagi manusia yang ketinggalan zaman , berfikiran cetek dan kurang pandai.

Kerana cinta , sanggup tores tangan dengan pisau dan jarum semata-mata nak membuktikan rasa sayang dan cinta pada sang kekasih yang belum pasti menjadi teman hidup kita di dunia dan di akhirat.
Individu yang tores tangan kerana cinta dan kecewa adalah seseorang yang kurang siuman atau lebih bagus kalau kita kata GILA. Individu yang tak mampu berfikiran panjang , cetek , tak berfikirkan kesan dan sanggup mencederakan diri sendiri tanpa sebab yang munasabah. Individu yang hanya memikirkan keseronokkan , emosi dan hanya mengAgungkan cintanya pada seorang manusia bukannya pada Allah S.W.T.


Sebenarnya apa faedah dan kelebihan yang akan kita dapat kalau kita buat macam tu? Adakah dapat duit , rumah , hantaran , kereta dan apa-apa sahaja? Tak dapat semua tu kan. Hanya dapat sakit  dan terbukti kata setia dan cinta sementara waktu. Bila putus cinta , kesan tores tu masih kekal dan menjadi parutkan? Bila menjadi parut , macam mana nak hilangkannya? Bila dah putus cinta , kemudian berkenalan dengan orang lain , parut tu masih ada. Cara nak hilangkan parut tu kena tores semula tangan tu untuk padam nama yang terukir abadi. Bila sudah sembuh luka tu , tores semula nama kekasih baru. Agaknya , kalau kedua-dua belah tangan sudah habis ditores dan sudah tak ada tempat untuk ditores lagi. Dimana agaknya nak tores lagi? Di peha , di kaki , di leher , di dada ataupun di perut? Agaknya kalau bercinta dengan 10 orang , berapa agaknya darah yang mengalir keluar dan di sia-siakan begitu saja. Kan lebih baik darah yang mengalir keluar tu didermakan pada orang-orang yang memerlukan. Dapat juga pahala daripada dapat dosa.

Yang membuatkan Tyra hairan , bila diminta tores tangan ukir nama ALLAH S.W.T tak nak pula. Tapi bila suruh ukir nama kekasih , cepat je dia tores. Apa nak jadi ni? Paling ramai peminat setia tores-menores tangan ni adalah dari kalangan budak-budak sekolah rendah dan menengah (perempuan). Budak sekolah? Kepada adik-adik, belajar dulu , cinta kemudian. Umur baru sebatang jagung , cinta masa zaman sekolah tak boleh bawa kemana. Setialah macam mana sekali pun , kalau sudah ditakdirkan dan tertulis jodoh kita bukan dengan dia. Terimalah hakikat. Zaman sekolah dah mula berbual-bual pasal kahwin , cinta sejati , rindu-rindu , Tolonglah berhenti. Kalau bercinta bagai nak sehidup semati tapi pelajaran tak ada. Bila kahwin nanti , nak makan apa? Makan pasir ke? Pakaian berjenama atau koyak rabak? Rumah bungalow atau rumah gelandangan? Memang rezeki itu datang dari Allah , tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan terjamin.


Tak salah nak bercinta , tapi jangan abaikan pelajaran. Jangan terlalu mengikut nafsu cinta sampai sanggup tores tangan , janji kata setia. Bercintalah dengan orang yang mampu meningkatkan prestasi pelajaran dan semangat untuk berjaya. Jangan bercinta dengan orang yang akan membuatkan kita leka , lupa dan lalai dalam mengingati Allah SWT dan pelajaran , merosakkan diri kita dan maruah kita sebagai seorang wanita.



Kata-kata nasihat :
Jangan lakukankan suatu perkara bodoh dan akan mensia-siakan hidup anda. Hanya penyesalan yang akan dirasai akibat kesilapan yang pernah dilakukan oleh kita pada masa lalu. Cinta yang lebih baik dan setia adalah cinta pada Allah SWT , keluarga dan cinta suami isteri.

Saturday, 1 September 2012

Jangan HINA permulaan seseorang




Hari ini dia mungkin tidak bertudung ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut ,
 esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah
melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.
Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Tetapi
mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan.

Jangan HINA permulaan seseorang.
kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya..