Wednesday 28 November 2012

Impian Saya – Travel Part 1



Semua orang ada impian masing-masing termasuklah Tyra. Masa kecil-kecil dulu, Tyra selalu impikan ingin travel ke luar negara seperti Singapura , London , Australia , Eropah , Mesir dan Jepun.
 
Tyra baru sahaja tamat semester 5 dan akan mula semester 6 tidak lama lagi. Semenjak ni, Tyra selalu impikan nak ke Singapura. Sebab Singapura  adalah salah satu tempat yang Tyra ingin lawati. Kebetulan Tyra masih belajar dan hanya tinggal 1 semester saja lagi untuk tamat pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan Antarabangsa di IPTA Melaka. So, insyaAllah jika diizinkan Allah S.W.T, Tyra akan jejakkan kaki buat pertama kali di negara asing.


Kenapa Tyra memilih Singapore sebagai tempat pertama?
Sebab, Singapura adalah negara bersebelahan dengan Malaysia. Singapura merupakan sebuah bandaraya Global Metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Singapura juga mempunyai pelbagai pusat pelancongan yang menarik seperti Sentosa, Marina South. Sebelum Tyra travel ke negara yang lebih jauh seperti London, Australia, lebih baik Tyra travel Singapura dahulu untuk cari pengalaman dan pengetahuan tentang sesebuah negara seperti perbezaan iklim, culture , perbezaan bahasa dan mata wang dan lain-lain.


Tyra selalu baca mengenai Singapura di internet , surat khabar dan melalui TV. Bagi Tyra, sekadar membaca mengenai sesuatu buah negara tidak memadai jika kita tak jejakkan kaki kita di negara tersebut. Merasai pengalaman dan percutian yang menarik di tempat asing. Awesome....

Harap, dalam jangka masa yang terdekat atau suatu hari nanti, Tyra akan jejakkan kaki di luar negara. Amin....


No comments:

Post a Comment