Saturday 1 September 2012

Jangan HINA permulaan seseorang




Hari ini dia mungkin tidak bertudung ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut ,
 esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT ,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah
melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.
Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Tetapi
mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan.

Jangan HINA permulaan seseorang.
kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya..


Dalam dunia ini tak ada seorang manusia pun yang sempurna. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dalam hidup dia. Apabila seseorang itu mahu berubah dan bertaubat , terimalah dia seadanya. Bimbinglah dia kearah yang benar. Janganlah menghukum dia dan mensisihkan dia. 


"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu,maka dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.." (HR Tirmidzi)


1 comment: