Sunday, 20 May 2012

Orang Kurang Upaya – Dislexsia




Kelmarin 19 May 2012 hari sabtu , Tyra telah pergi ke McDonald sekitar ibu kota bersama kawan-kawan. Semasa berada di dalam McDonald, Tyra terlihat seorang krew McDonald memakai tag nama “KREW ISTIMEWA”. Tyra bertanyakan pada kawan “krew istimewa tu apa?” Kawan beritahu “krew istimewa tu Orang Kurang Upaya”.

Tuesday, 8 May 2012

Hidup Ibarat Pentas Dunia




Hidup ini ibarat pentas drama
Kita sebagai pelakon yang akan melakonkan kisah kehidupan di dunia ini.
Kadang-kadang kisah kehidupan itu memberi kebahagiaan
Kadang-kadang memberi penderitaan
Kehidupan ini telah ditentukan.

Friday, 6 April 2012

Gores dan Menang. Siapa yang menang?




Kita sudah sedia maklum bahawa kegiatan gores dan menang telah diharamkan pada 3 Disember 2007 oleh kerajaan. Tetapi masih ada segelintir masyarakat kita masih terus mempercayai aktiviti gores dan menang.
Kegiatan gores dan menang berselindung dengan pelbagai helah dan taktik licik yang sentiasa berubah-ubah untuk menyakinkan pengguna dan sukar dibanteras. Bukan sahaja syarikat-syarikat jualan langsung yang menjalankan aktiviti ini malahan juga orang perseorangan.

Monday, 12 March 2012

Pembuli : Apabila Tugas Di Pejabat Bertukar Kepada Tugas Peribadi



Pembuli !!! Kita sentiasa mendengar tentang pembuli di mana-mana sahaja. Di sekolah, jalan raya mahu pun di pejabat. Dalam pejabat pun ada juga golongan pembuli tetapi tak la sehebat pembuli di sekolah. Golongan pembuli ini tidak mengira kedudukan dalam organisasi , asalkan mereka boleh menguasai seseorang itu untuk melakukan tugas-tugas atau kerja-kerja yang sepatutnya mereka lakukan tetapi diberi kepada kita.

Thursday, 1 March 2012

Adakah Masih Mahu Meneruskan Kehidupan Bersama Lelaki Kaki Pukul





Setiap wanita tidak mungkin mahu bertemankan lelaki yang panas baran, apatah lagi si kaki pukul. Bukan saja dijadikan teman jauh sekali untuk diterima sebagai suami.