Monday 16 April 2012

Rasa Hati Seorang Wanita Terhadap Ciri-Ciri Lelaki Idaman dan Calon Suami



Amalan
Solat jangan tinggal, boleh menjadi imam, bersedekah, mengeluarkan zakat dan boleh membimbing isteri dan anak-anak ke syurga.

Rupa paras
Wanita suka lelaki yang terima seadanya keadaan seseorang wanita itu. Cantik atau tidak itu tak penting. Yang penting adalah hati. Zaman sekarang, kebanyakkan lelaki mencari wanita yang cantik, hanya memandang rupa. Bagi lelaki yang mementingkan paras rupa, mereka akan berasa bangga apabila mempunyai teman wanita yang cantik. Tapi tidak ada rasa tanggungjawab untuk menjaga dengan baik. Lelaki yang sebegini adalah lelaki buaya darat, “playboy”. WOMAN HATE PLAYBOY!!


Prihatin / Pendengar setia
Lelaki prihatin adalah lelaki yang sangat mengambil berat tentang seseorang wanita. Setiap apa yang dikatakan oleh seorang wanita didengari dengan baik. Buka hanya “masuk telinga kanan,keluar telinga kiri”. Kaum wanita sangat rumit “complicated”. Kaum wanita ni senang mendengar dan senang meluahkan. Sebab itu,kaum wanita ini memerlukan seorang lelaki yang prihatin dan pendengar setia.

Penawar / tempat mengadu
Apabila seseorang wanita itu jatuh sakit, dia sentiasa mahukan perhatian dan rawatan dari lelaki yang dia sayang. Bila si dia yang dicintai sentiasa ada disisi sewaktu dia sakit, semangat untuk pulih semakin kuat. Demam panas yang teruk sekali pun boleh cepat sembuh. Apabila seorang wanita ditimpa masalah dan dugaan, dia memerlukan tempat mengadu dan tempat bergantung untuk dia meluahkan rasa hati yang terbuku. Meluahkan semua masalah yang dihadapi , memerlukan kata-kata semangat dari seseorang yang dicintai agar dia kuat menghadapi semua masalah.

Jujur
Apa yang kaum wanita mahukan adalah kejujuran dari seseorang lelaki. Hati wanita amat mudah terguris walaupun perkara itu adalah perkara remeh ibarat sekecil semut. Wanita  tidak suka orang yang di sayanginya menyimpan apa-apa rahsia kecil atau besar.

Setia
Kaum wanita amat takut apabila orang yang dia sayangi berlaku curang. Apabila seseorang wanita itu benar-benar mencintai seseorang lelaki itu, dia akan menyayangi dan menjaga si dia dengan sepenuh jiwa raga. Sekali terguris hati wanita, susah sekali untuk diubati. Mungkin senang memaafkan tetapi sukar untuk menerima si dia kembali. Bagi kaum wanita, sekali berlaku curang berkemungkinan akan berlaku buat kali kedua dan ketiga.

Pandai ambil hati dan menjaga hati
Wanita amat suka pada lelaki yang pandai mengambil hati dan menjaga hati. Contohnya, apabila si wanita merujuk , si dia akan membelikan sekuntum atau sejambak bunga, membeli ice-cream atau chocolate kesukaannya. Apabila seorang wanita berpakaian dan make up kurang cantik, si lelaki mesti perlu berhati-hati menegur dan memberi nasihat dengan baik.

Contoh (betul): Sayang, make up dengan pakaian sayang tak sesuai la. Cuba tukar baju lain dan make up tu biar kurang sikit. Mesti lagi cantik.
Contoh (salah):Sayang, make up buruk, pakaian over sangat macam model terlampau je. Pergi la tukar. Sakit mata tengok. (Jangan cakap macam ni !! Confirm boleh kena penampar)

Murah dengan senyuman
Wanita suka dengan lelaki yang murah dengan senyum. Senyum pada semua orang, tidak sombong dan berlagak. Bukan senyuman gatal. Walaupun si dia mempunyai masalah, si dia tetap senyum seperti orang yang tidak pernah mempunyai apa-apa masalah.

Simple tapi kemas
Wanita suka lelaki yang simple tetapi kemas. Tak kisahlah baju atau kasut berjenama atau tidak asalkan kemas. Kalau berjenama tapi tak kemas dan tak pandai bergaya , tak ada guna juga. Yang paling penting pembersih bukan pengotor. Kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan.

Penyabar dalam semua perkara
Wanita tak suka lelaki yang kuat melenting dan marah-marah. Begitu juga kaum lelaki tak suka wanita yang suka membebel dan melenting. Setiap masalah yang dihadapi mestilah dihadapi dengan sabar. Janganlah apabila menghadapi masalah, si lelaki melepaskan rasa marah dan geram pada wanita,kerana wanita ini berjiwa sensitive. Dalam apa-apa hubungan, mesti akan ada masalah. “In relationship should be simple but it’s hard”. Kalau bergaduh, sama-samalah meminta maaf dan jangan ego. Wanita suka lelaki yang sanggup bersabar apabila mendengar bebelan wanita sebab kaum wanita membebel kerana dia selalu risau dan mengambil berat tentang sesuatu yang dilakukan oleh si dia. Setiap bebelan kaum wanita mempunyai maksud tersurat dan tersirat seperti seorang ibu. Ibu kita pun suka memebebel setiap kali kita memlakukan kesalahan.

Rajin
Wanita suka lelaki yang rajin bekerja, kemas rumah dan memasak. Sebabnya , apabila sudah berumahtangga, si suami boleh membantu si isteri menyelesaikan kerja-kerja rumah. Tolong sidai baju , lap lantai atau cuci bilik air. Tidak meletakkan semua kerja-kerja rumah pada si isteri sahaja. Berkongsi rasa tanggngjawab bersama.


Bijak
Wanita suka lelaki yang bijak menguruskan kewangan Bukan kedekut tapi bijak membezakan keperluan atau kehendak. Sikap boros amat tidak disukai oleh wanita, terutama wanita yang suka memikirkan perkara penting dalam hidupnya. Terutamanya kepentingan wang pada masa hadapan. Lelaki yang berjimat cermat menguruskan kewangannya dengan bijak adalah lelaki yang sudah bersedia menghadapi realiti masa hadapan , memikirkan untuk berumahtangga , membiayai pendidikan anak-anak hingga ke universiti, nafkah isteri dan anak-anak dan membeli rumah untuk isteri dan anak-anak hidup selesa.

Tidak memaksa
Wanita tidak suka lelaki yang suka memaksa. Dalam dunia ni, ada perkara yang kita suka buat dan tidak suka buat. Contoh yang mudah difahami : si wanita suka bermain bowling tapi si lelaki suka main badminton. Janganlah dipaksa untuk bermain bersama kalau salah seorangnya tidak mahu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

Bukan kaki pukul
Wanita tidak suka lelaki kaki pukul. Bagi wanita,lelaki kaki pukul adalah seorang yang kejam dan keji. Sanggup berbuat apa sahaja untuk melepaskan rasa marah dan geram walaupun pada orang yang dia sayangi. Wanita akan menjauhi lelaki kaki pukul, berkawan pun tidak,apa entah lagi dijadikan suami. Memang jauh sekali.



Tiada seorang manusia yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. Perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. Yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment