Sunday 20 May 2012

Orang Kurang Upaya – Dislexsia




Kelmarin 19 May 2012 hari sabtu , Tyra telah pergi ke McDonald sekitar ibu kota bersama kawan-kawan. Semasa berada di dalam McDonald, Tyra terlihat seorang krew McDonald memakai tag nama “KREW ISTIMEWA”. Tyra bertanyakan pada kawan “krew istimewa tu apa?” Kawan beritahu “krew istimewa tu Orang Kurang Upaya”.


Lantas Tyra berfikir sejenak. Tyra ada seorang adik lelaki bongsu yang baru sahaja berusia 11 tahun. Nama dia Aiman. Dia seorang kanak-kanak kurang upaya kategori Dislexsia atau masalah pembelajaran. Masa Tyra melihat Krew Istimewa tu , Tyra bayangkan adik Tyra, Aiman, kerja sebagai tukang bersih atau “cleaner” di McDonald. Tak sanggup Tyra lihat adik Tyra kemas meja makan , buang sampah , lap lantai dan cuci tandas. Rasa sedih dan menangis bila membayangkannya.

 Contoh tulisan tangan orang Dislexsia

Definisi Dislexsia
Dislexsia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Dislexsia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Dislexsia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai dislexsia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan

Ciri-ciri penghidapnya
1.     Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.     Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.     Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.     Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.     Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.     Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.     Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.     Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.     Masalah dislexsia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Dislexsia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

***Seingat Tyra sewaktu Aiman masih bayi , baru beberapa bulan. Aiman kerap kena demam panas dan tarik. Doktor mengatakan punca Aiman menjadi Dislexsia adalah disebabkan demam panas.
Mungkin punca-punca diatas tidak sama seperti yang dialami oleh kanak-kanak lain.

Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Contoh Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya

Semasa Aiman berusia 6 tahun , cikgu tadika memberi tahu ibu bahawa Aiman sukar membaca , lantaran ibu dan abah membawa Aiman berjumpa doktor pakar. Dokor pakar mengesahkan Aiman menghidap Dislexsia. Doktor dan cikgu menyarankan supaya Aiman bersekolah di sekolah pendidikan khas dan mendaftar kan diri sebagai “Orang Kurang Upaya”. Masa tu , ibu menangis memikirkan nasib yang bakal menimpa Aiman. Dan sering bertanya “kenapa mesti jadi macam ini pada Aiman” Aiman adalah satu-satunya anak lelaki dalam kelurga kami.
Akhirnya ibu redha Aiman dimasukkan ke Sekolah Pendidikan Khas dan mendaftarkan diri sebagai Orang Kurang Upaya.


Walaupun Aiman bukan seperti kanak-kanak cacat yang lain , tapi Aiman adalah seorang kanak-kanak yang cerdik , pandai , suka belajar dan manja. Aiman suka memeluk cium ibu dan selalu cakap “Aiman Sayang Ibu”. Setiap kali masuk waktu solat , Aiman selalu memanggil kami sekeluarga untuk menunaikan solat. Bila Tyra sengaja lambat-lambatkan menunaikan solat, Aiman selalu cakap “Along cepat sembahyang , nanti Tuhan marah”.

Untuk para ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya, janganlah bersedih , kuatkanlah semangat untuk menjaga mereka. Sesuatu yang di beri oleh Allah, pasti ada hikmahnya. Walaupun anak-anak mempunyai bermacam kerenah , suka menangis , marah dan agresif. Mereka adalah kanak-kanak yang bijak , pandai menjaga hati ibu bapa. Mereka ada kelebihan mereka sendiri seperti orang yang normal. Ada masanya mereka lagi pandai dan tahu berfikir dengan lebih baik dan rasional berbanding orang yang normal seperti kita dan orang lain.

Terima kasih kepada mana-mana restoran , hotel , butik dan kedai-kedai kerana memberi peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya. Jasa baik anda amatlah dihargai.

Inilah Aiman adik lelaki kesayangan

Menulis berdasarkan pengalaman
Dan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Write by : Nur Athirah Tyra

No comments:

Post a Comment