Kita sudah sedia maklum bahawa kegiatan gores dan
menang telah diharamkan pada 3 Disember 2007 oleh kerajaan. Tetapi masih ada
segelintir masyarakat kita masih terus mempercayai aktiviti gores dan menang.
Kegiatan gores dan menang berselindung dengan
pelbagai helah dan taktik licik yang sentiasa berubah-ubah untuk menyakinkan
pengguna dan sukar dibanteras. Bukan sahaja syarikat-syarikat jualan langsung
yang menjalankan aktiviti ini malahan juga orang perseorangan.
Penipuan gores dan menang berlaku adalah disebabkan
oleh sikap tamak individu yang sentiasa inginkan sesuatu benda yang begitu
lumayan dengan cara yang cepat dan mudah.
Tyra pernah berbual-bual dengan mangsa-mangsa gores dan menang. Pelbagai
helah dan taktik yang diceritakan oleh mangsa sehingga mereka kehilangan
berpuluh-puluh ribu ringgit. Yang paling kesiannya, apabila ada warga tua yang
turut menjadi mangsa gores dan menang. Bukan setakat tua tetapi miskin dan
sakit yang memerlukan rawatan doktor setiap bulan. Ada juga yang sanggup
berhutang dengan kawan-kawan serta jiran-jiran untuk membayar wang pendahuluan
gores dan menang. Maklumat yang disampaikan kepada mangsa agak mengelirukan sehingga mangsa mudah mempercayai kata-kata pihak Gores dan Menang.
Perbualan / Situasi antara pihak Gores dan Menang
(GM) dan mangsa....
GM :Kakak,..saya dari Company
A to Z 123. Company saya ingin bagi boucer untuk pelanggan seperti diskaun dan hadiah
lumayan percuma. Kakak,gores kad ini nanti baru kita tahu apa hadiah yang
kakak menang.
Mangsa :Betul
ke percuma? Saya tak nak la...
GM :Betul la percuma.
Company saya jarang buat promosi macam ni. Memang susah sekali. Gores dulu baru
tahu apa hadiah menang.
Mangsa :Tak
nak la...nanti awak tipu saya.
GM :Saya tak tipu. Saya
cari makan.Ini kad saya, ada alamat company,no.telefon, nama saya. Kalau saya
tipu kakak boleh cari saya.Saya bagi kad pengenalan saya juga.Kakak pegang.
Mangsa :Okey,saya
gores...
GM :Wow !!! Kakak menang
sebuah kereta BMW, set katil dan microwave. Kakak guna menang Baucer RM 1000.00,
kakak boleh pilih barang apa yang kakak suka dalam kedai kami yang bernilai RM
1000.00. Tahniah kakak, Company kami hanya mengeluarkan 5 baucer RM1000.00.
Hanya 5 orang saja yang akan dapat.
Mangsa :Betul
ke ni?
GM :Betul kakak. Tahniah !!
Jom kita pergi ke premis company saya.Nanti saya boleh cerita dengan lebih
mendalam lagi pada kakak.
Sebaik
sampai di premis Company A to Z 123. Mangsa sering gagal menepis gesaan, paksaan dan
helah yang kononnya untuk menyemak baki akaun kad kredit atau kad ATM.
GM :Tahniah,kakak sudah
menang. Sebelum kami bagi hadiah, kakak perlu isi dokumen-dokumen ini untuk
menyatakan kakak setuju menerima barangan kami. Kakak perlu membayar kepada
kami sebanyak RM 2000.00 sebagai cukai barang dan wang pendahuluan.
Mangsa :Okey...
GM :Kakak baca isi
kandungan dalam dokumen ini,kami mahu rakam suara kakak untuk menyatakan kakak
setuju dengan syarat-syarat kami.
Si
mangsa pun ikut cakap si GM tu tanpa berfikir panjang.....
GM :Boleh bagi kad ATM
kakak, kami nak check baki duit kakak dalam bank.
Mangsa :Kenapa nak check kad ATM saya?
GM :Kami nak tengok berapa
baki duit kakak dalam bank supaya kakak tak ada masalah pembayaran dengan kami
nanti. Kakak boleh bayar secara ansuran.
Si
mangsa pun bagi Kad ATM....
GM :Okey kakak..duit dalam
bank kakak cukup untuk buat bayaran ansuran. Kami bagi microwave, dry iron dan
water heater untuk kakak sebagai hadiah. Kereta BMW dan set katil kami akan
beri sebaik sahaja segala dokumen dan pembayaran selesai.
Keesokkan
hari.....
Bank :Hello puan, saya
dari Bank Z, saya ingin memaklumkan bahawa puan telah mentransaksi wang
berjumlah RM 10,000.00 pada sebuah syarikat.
Mangsa :Apa??? RM
10,000.00????
Bila
si mangsa pergi ke company A to Z 123. Berbagai alasan yang diberi.Dokumen-dokumen dan
rakaman suara di tunjukkan sebagai bukti bahawa mangsa telah bersetuju untuk
menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh company A to Z 123.
Semua
pengguna harus sedar bahawa secara realitinya, TIADA BARANGAN YANG AKAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA oleh mana-mana
pihak tanpa sebab-sebab tertentu.
Kita
harus berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan tawaran produk-produk
percuma seperti baucer,rawatan kesihatan,tiket penerbangan,pakej
pelancongan,pekej pelangsingan dan sebagainya.
Gores lg..gores la byk2
ReplyDeleteKecian nyer....
ReplyDelete