Friday 6 April 2012

Gores dan Menang. Siapa yang menang?




Kita sudah sedia maklum bahawa kegiatan gores dan menang telah diharamkan pada 3 Disember 2007 oleh kerajaan. Tetapi masih ada segelintir masyarakat kita masih terus mempercayai aktiviti gores dan menang.
Kegiatan gores dan menang berselindung dengan pelbagai helah dan taktik licik yang sentiasa berubah-ubah untuk menyakinkan pengguna dan sukar dibanteras. Bukan sahaja syarikat-syarikat jualan langsung yang menjalankan aktiviti ini malahan juga orang perseorangan.


Penipuan gores dan menang berlaku adalah disebabkan oleh sikap tamak individu yang sentiasa inginkan sesuatu benda yang begitu lumayan dengan cara yang cepat dan mudah.


Tyra pernah berbual-bual dengan mangsa-mangsa gores dan menang. Pelbagai helah dan taktik yang diceritakan oleh mangsa sehingga mereka kehilangan berpuluh-puluh ribu ringgit. Yang paling kesiannya, apabila ada warga tua yang turut menjadi mangsa gores dan menang. Bukan setakat tua tetapi miskin dan sakit yang memerlukan rawatan doktor setiap bulan. Ada juga yang sanggup berhutang dengan kawan-kawan serta jiran-jiran untuk membayar wang pendahuluan gores dan menang. Maklumat yang disampaikan kepada mangsa agak mengelirukan sehingga mangsa mudah mempercayai kata-kata pihak Gores dan Menang.


Perbualan / Situasi antara pihak Gores dan Menang (GM) dan mangsa....

GM     :Kakak,..saya dari Company A to Z 123. Company saya ingin bagi boucer untuk pelanggan seperti diskaun dan hadiah lumayan percuma. Kakak,gores kad ini nanti baru kita tahu apa hadiah yang kakak menang.

Mangsa           :Betul ke percuma? Saya tak nak la...

GM     :Betul la percuma. Company saya jarang buat promosi macam ni. Memang susah sekali. Gores dulu baru tahu apa hadiah menang.

Mangsa           :Tak nak la...nanti awak tipu saya.

GM     :Saya tak tipu. Saya cari makan.Ini kad saya, ada alamat company,no.telefon, nama saya. Kalau saya tipu kakak boleh cari saya.Saya bagi kad pengenalan saya juga.Kakak pegang.

Mangsa           :Okey,saya gores...

GM     :Wow !!! Kakak menang sebuah kereta BMW, set katil dan microwave. Kakak guna menang Baucer RM 1000.00, kakak boleh pilih barang apa yang kakak suka dalam kedai kami yang bernilai RM 1000.00. Tahniah kakak, Company kami hanya mengeluarkan 5 baucer RM1000.00. Hanya 5 orang saja yang akan dapat.

Mangsa           :Betul ke  ni?

GM     :Betul kakak. Tahniah !! Jom kita pergi ke premis company saya.Nanti saya boleh cerita dengan lebih mendalam lagi pada kakak.

Sebaik sampai di premis Company A to Z 123. Mangsa sering gagal menepis gesaan, paksaan dan helah yang kononnya untuk menyemak baki akaun kad kredit atau kad ATM.


GM     :Tahniah,kakak sudah menang. Sebelum kami bagi hadiah, kakak perlu isi dokumen-dokumen ini untuk menyatakan kakak setuju menerima barangan kami. Kakak perlu membayar kepada kami sebanyak RM 2000.00 sebagai cukai barang dan wang pendahuluan.

Mangsa           :Okey...

GM     :Kakak baca isi kandungan dalam dokumen ini,kami mahu rakam suara kakak untuk menyatakan kakak setuju dengan syarat-syarat kami.

Si mangsa pun ikut cakap si GM tu tanpa berfikir panjang.....

GM     :Boleh bagi kad ATM kakak, kami nak check baki duit kakak dalam bank.

Mangsa        :Kenapa nak check kad ATM saya?

GM     :Kami nak tengok berapa baki duit kakak dalam bank supaya kakak tak ada masalah pembayaran dengan kami nanti. Kakak boleh bayar secara ansuran.

Si mangsa pun bagi Kad ATM....

GM     :Okey kakak..duit dalam bank kakak cukup untuk buat bayaran ansuran. Kami bagi microwave, dry iron dan water heater untuk kakak sebagai hadiah. Kereta BMW dan set katil kami akan beri sebaik sahaja segala dokumen dan pembayaran selesai.

Keesokkan hari.....

Bank   :Hello puan, saya dari Bank Z, saya ingin memaklumkan bahawa puan telah mentransaksi wang berjumlah RM 10,000.00 pada sebuah syarikat.

Mangsa           :Apa??? RM 10,000.00????

Bila si mangsa pergi ke company A to Z 123. Berbagai alasan yang diberi.Dokumen-dokumen dan rakaman suara di tunjukkan sebagai bukti bahawa mangsa telah bersetuju untuk menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh company A to Z 123.

Semua pengguna harus sedar bahawa secara realitinya, TIADA BARANGAN YANG AKAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA oleh mana-mana pihak tanpa sebab-sebab tertentu.

Kita harus berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan tawaran produk-produk percuma seperti baucer,rawatan kesihatan,tiket penerbangan,pakej pelancongan,pekej pelangsingan dan sebagainya.

2 comments: