Monday 12 March 2012

Pembuli : Apabila Tugas Di Pejabat Bertukar Kepada Tugas Peribadi



Pembuli !!! Kita sentiasa mendengar tentang pembuli di mana-mana sahaja. Di sekolah, jalan raya mahu pun di pejabat. Dalam pejabat pun ada juga golongan pembuli tetapi tak la sehebat pembuli di sekolah. Golongan pembuli ini tidak mengira kedudukan dalam organisasi , asalkan mereka boleh menguasai seseorang itu untuk melakukan tugas-tugas atau kerja-kerja yang sepatutnya mereka lakukan tetapi diberi kepada kita.


Dalam topik Tyra hari ini ialah Apabila Tugas Di Pejabat Bertukar Kepada Tugas Peribadi. Tyra adalah seorang student practical di sebuah company kecil. Baru-baru ini Tyra diminta tolong oleh seorang pekerja yang boleh dikatakan seorang senior dan orang paling tua dalam company.Nama dia Puan Z (bukan nama sebenar). Pangkat Kerani je. Dia minta Tyra menyiapkan “resume” untuk anak perempuan dia.RESUME ???



Waktu itu waktu rehat pukul 1.30 petang. Waktu rehat,tak ada siapa yang nak buat kerja melainkan hari tu kalau terlalu sibuk. Yang Tyra geramnya dia datang minta tolong , cakap macam ni.......

Puan Z             : Tyra, boleh saya tak? Tyra sibuk tak? Banyak kerja?
Tyra                 :Tolong apa?
Puan Z             :Tolong buatkan resume untuk anak perempuan saya. Anak saya nak mohon
                         kerja kat tempat lain, sekarang dia kerja kat hotel.
Tyra                 : Tengok la macam mana nanti, Tyra banyak kerja lagi tak siap.
Puan Z             :Kalau Tyra siap kerja-kerja,Tyra tolong buatkan resume anak saya. Saya sibuk.
Tyra                 :Eemmmm.... InsyaAllah,tengok la macam mana nanti. Tapi tak janji la.
                         (dalam hati, Harap-harap dia faham)

Pukul 3.30 petang. Boleh pula dia datang kat meja Tyra.

Puan Z              : Siap tak lagi kerja? Nak minta tolong buatkan resume anak saya.
Tyra                  : Maaf, saya tengah sibuk sangat sekarang ni.CEO nak tengok kerja-kerja Tyra
                          sebelum pukul 5.00 petang.
Puan Z              :Kalau dah siap,tolong buatkan resume anak saya. Esok la Tyra buatkan resume.


Sakitnya hati !!!  Apa kena-mengena kerja-kerja pejabat dengan kerja-kerja peribadi? Tyra practical untuk buat kerja-kerja pejabat. Tyra dibayar gaji atas tugas dan urusan pejabat bukan urusan peribadi pekerja di company ni. Jangan harap Tyra nak buat.

Yang Tyra hairan sangat, anak perempuan dia tu tak pandai buat resume ke? Umur dah 26 tahun kerja hotel,syarikat swasta pula tu. Yang paling Tyra hairannya kenapa anak dia minta mak dia buatkan resume dia. Bukan ke resume tu maklumat peribadi kita ke? Sepatutnya diri sendiri yang tulis, bukan orang lain. Kalau orang lain yang tulis, salah maklumat dan dia tak baca balik apa yang tukang tulis tu buat. Bila pergi  interview ,  interviewer  tanya macam-macam pasal resume,tergagap nak jawab. Sebab resume melambangkan maklumat peribadi kita dan identiti kita.

Dia duduk dalam pejabat goyang kaki, berjalan , bersembang. Alasannya boss tak ada, tak ada kerja. Setiap kali lalu kat meja dia,tak ada langsung dia. Meja kemas je tak berselerak macam orang yang tengah sibuk. Meja Tyra pula yang penuh dengan file-file.


Kepada pembuli : Berubahlah, setiap kali awak buli orang lain untuk kepentingan diri awak sendiri. Lagi ramai orang akan benci pada awak. Hari ini awak buli orang. Suatu hari nanti orang lain akan buli awak ataupun anak-anak awak. Jangan salah guna kuasa nanti diri sendiri yang merana.

2 comments:

  1. PEMBULI!! jgan biarkan diri anda dibuli ya Tyra =)

    ReplyDelete
  2. Right.. jgn biarkan diri kita di buli
    Perangi buli ...

    ReplyDelete