Pembuli !!! Kita sentiasa mendengar tentang pembuli di mana-mana sahaja. Di sekolah,
jalan raya mahu pun di pejabat. Dalam pejabat pun ada juga golongan pembuli
tetapi tak la sehebat pembuli di sekolah. Golongan pembuli ini tidak mengira
kedudukan dalam organisasi , asalkan mereka boleh menguasai seseorang itu untuk
melakukan tugas-tugas atau kerja-kerja yang sepatutnya mereka lakukan tetapi
diberi kepada kita.
Dalam
topik Tyra hari ini ialah Apabila Tugas Di Pejabat Bertukar Kepada Tugas
Peribadi. Tyra adalah seorang student
practical di sebuah company kecil. Baru-baru ini Tyra diminta tolong oleh
seorang pekerja yang boleh dikatakan seorang senior dan orang paling tua dalam
company.Nama dia Puan Z (bukan nama sebenar). Pangkat Kerani je. Dia minta Tyra
menyiapkan “resume” untuk anak
perempuan dia.RESUME ???
Waktu
itu waktu rehat pukul 1.30 petang. Waktu rehat,tak ada siapa yang nak buat
kerja melainkan hari tu kalau terlalu sibuk. Yang Tyra geramnya dia datang
minta tolong , cakap macam ni.......
Puan Z : Tyra, boleh saya tak?
Tyra sibuk tak? Banyak kerja?
Tyra :Tolong
apa?
Puan Z :Tolong buatkan resume untuk anak perempuan saya. Anak saya nak mohon
kerja kat tempat
lain, sekarang dia kerja kat hotel.
Tyra : Tengok la macam mana nanti, Tyra banyak kerja lagi tak
siap.
Puan Z :Kalau Tyra siap kerja-kerja,Tyra tolong
buatkan resume anak saya. Saya sibuk.
Tyra :Eemmmm.... InsyaAllah,tengok la macam mana nanti. Tapi
tak janji la.
(dalam hati, Harap-harap dia faham)
Pukul
3.30 petang. Boleh pula dia datang kat meja Tyra.
Puan Z : Siap tak lagi kerja? Nak minta tolong buatkan resume anak saya.
Tyra : Maaf, saya tengah sibuk sangat sekarang ni.CEO nak
tengok kerja-kerja Tyra
sebelum
pukul 5.00 petang.
Puan Z :Kalau dah siap,tolong
buatkan resume anak saya. Esok la
Tyra buatkan resume.
Sakitnya
hati !!! Apa kena-mengena kerja-kerja
pejabat dengan kerja-kerja peribadi? Tyra practical untuk buat kerja-kerja
pejabat. Tyra dibayar gaji atas tugas dan urusan pejabat bukan urusan peribadi
pekerja di company ni. Jangan harap Tyra nak buat.
Yang
Tyra hairan sangat, anak perempuan dia tu tak pandai buat resume ke? Umur dah 26
tahun kerja hotel,syarikat swasta pula tu. Yang paling Tyra hairannya kenapa
anak dia minta mak dia buatkan resume
dia. Bukan ke resume tu maklumat
peribadi kita ke? Sepatutnya diri sendiri yang tulis, bukan orang lain. Kalau
orang lain yang tulis, salah maklumat dan dia tak baca balik apa yang tukang
tulis tu buat. Bila pergi interview , interviewer tanya macam-macam pasal resume,tergagap nak jawab. Sebab resume melambangkan maklumat peribadi kita dan identiti kita.
Dia
duduk dalam pejabat goyang kaki, berjalan , bersembang. Alasannya boss tak ada,
tak ada kerja. Setiap kali lalu kat meja dia,tak ada langsung dia. Meja kemas
je tak berselerak macam orang yang tengah sibuk. Meja Tyra pula yang penuh
dengan file-file.
Kepada
pembuli : Berubahlah, setiap kali awak buli orang lain untuk kepentingan diri
awak sendiri. Lagi ramai orang akan benci pada awak. Hari ini awak buli orang.
Suatu hari nanti orang lain akan buli awak ataupun anak-anak awak. Jangan salah
guna kuasa nanti diri sendiri yang merana.
PEMBULI!! jgan biarkan diri anda dibuli ya Tyra =)
ReplyDeleteRight.. jgn biarkan diri kita di buli
ReplyDeletePerangi buli ...