Sunday 16 June 2013

Tentang Abah


Abah Tyra seorang yang pendiam , selalu sibuk dan kurang meluangkan masa bersama keluarga. Hari sabtu dan ahad belum tentu abah ada dirumah kerana sibuk bertugas.

Bila ada masa ibu selalu ajak kami adik beradik dengan abah keluar jalan-jalan pergi tesco , mydin atau shopping complex supaya abah ada masa untuk diluangkan bersama. Sepanjang Tyra hidup , agak susah la juga nak dengar abah cakap abah sayang anak-anak dia.

Kasih seorang ayah selalunya sukar ditunjuk dan diluahkan. Tapi kita sebagai anak akan tahu dengan sendirinya. Contohnya , abah Tyra. Ada suatu hari tu , Tyra marah-marah sebab baju dan kasut Tyra hilang. Tiba-tiba abah datang ,  cakap “Pergi siap , kita pergi kedai beli kasut dengan baju”. Tengok tu. Seorang ayah sukar menunjukkan kasih sayang tapi dia akan tunjuk melalui perbuatan dia.

Ucapan : Abah.. terima kasih untuk sebuah keluarga yang bahagian ini. Ia bukan sahaja kasih antara abah bersama anak tapi lebih erat di katakan sebagai abah adalah sahabatku sewaktu aku suka mahupun duka. I Love You Dad !


SELAMAT HARI BAPA

2 comments:

  1. abah memnag macam itu.. selalu cool tak selalu mengelabah..diam2 tapi sayang..selamat hari abah. :)

    ReplyDelete
  2. kasih sayang bapa tiada penghujung... selamat hari bapa kepada ur dad... =D

    ReplyDelete