Thursday, 6 June 2013

Nak Baby boleh tak?


Along , ila nak baby. Apa???

Apabila adik perempuan minta nak baby dari Tyra. Terkejut juga, apa kena dengan adik ni. Tertiba je minta baby. Tyra muda lagi. Tak kahwin lagi. Umur baru 21 tahun, masih terlalu awal nak kahwin.

Al-kisahnya, sesuatu malam tu , Tyra tidur sebilik dengan adik. Tiba-tiba dia cerita pasal anak-anak sepupu Tyra. Sepupu Tyra ramai yang dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak yang ramai. 2 hari lepas , family Tyra balik kampung kerana ada kenduri arwah. Tyra tak ikut balik sebab ada hal. Masa kat kampung, dia lah yang kena jaga anak-anak sepupu. Sebab dia je yang paling muda. Orang tua-tua sibuk kerja kat dapur. Sepanjang dia kat kampung , dia lah yang bagi mandi , makan dan main sama-sama. 

Kebetulan kawan-kawan sekolah dia ada kakak dan abang yang dah kahwin. Kawan-kawan dia selalu cerita pasal anak-anak buah. So, dia pun teringin anak ada anak buah juga.

Tyra cakap kat adik “Along muda lagi la nak kahwin. Ingat kahwin ni senang ke? Banyak tanggungjawab. Nak lahirkan baby pun susah. Kalau along ada anak, tak nak bagi adik jaga. Nanti apa la jadi kat anak along”. Lepas tu dia cakap “tak kira , nak juga jaga. Nanti ila ambil juga anak along. Cepat-cepat kahwin.”

Umur dia 16 tahun tapi keinginan macam budak tadika la pula. Pening layan kerenah dia. Bila cerita kat ibu, ibu gelak je. Lastly ibu cakap, bagi along habis belajar dulu , lepas tu kerja. Baru kahwin sekarang tengah muda lagi..

Suatu hari nanti. In Shaa Allah


7 comments:

  1. hahaha umo tyra sama dengan ena... hahaha, comel je gelagat adik tyra tu, dia nak baby.. eheks.. minta kat along dia pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar gila.... tiba-tiba je dia minta

      Delete
  2. hahaha... kira ok lagi.. saya lagilah minta kt mak nak adik lagi.. padahal umur saya dah 22 tahun.. patutnya kena bagi cucu kt mak.. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tyra pernah minta adik lagi kat ibu. tapi adik bongsu tak bagi. sebab nanti dia takut ibu lebih sayang baby daripada dia.. huhu

      Delete
  3. petanda suh cepat2 kawen tu,, haha

    ReplyDelete
  4. laaa, ingatkan adik tu umo 5 tahun, rupanya dah 16 tahun hahaha.

    ReplyDelete