Friday 1 February 2013

Impian Si Dia



Apabila si dia menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya , mampukah hati ini melepaskan si dia pergi berjauhan buat seketika waktu?

Hari ni Tyra dapat satu berita yang mungkin Tyra rasa gembira dan mungkin Tyra rasa sedih. Berita mengenai Boyfriend Tyra nak menyambung pelajarannya di Universiti. Boyfriend Tyra sudah mempunyai kerjaya tetap di salah sebuah syarikat terbesar Malaysia.

Pada mulanya Tyra rasa sangat sedih , menangis sebab terpaksa berjauhan selama 2 tahun ½ bulan. Rasa sayang dan tak sampai hati nak lepaskan si dia pergi jauh dari Tyra. Sedangkan kami sudah 1 bulan lebih tidak berjumpa kerana si dia sibuk dengan kerjaya , apatah lagi jika si dia sambung belajar, 2 tahun tidak berjumpa. Mampukah bertahan menunggu? Dalam tempoh 2 tahun , macam-macam dugaan boleh melanda. Hilang kasih sayang, hilang kepercayaan dan hilangnya kejujuran.

Tapi bila difikirkan semula, Tyra tak ada hak nak halang impian dia selama ini. Sebab Tyra bukan isteri dia tapi hanya kekasih. Kalau Tyra di tempat dia. Dan si dia menghalang impian Tyra, mesti Tyra akan fikir seperti apa yang dia fikirkan tentang sifat pentingkan diri sendiri.

Tyra pernah dengar kata-kata dari Beto Khusyairy dalam Telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah :

“Kalau dia betul-betul sayangkan awak, dia tak akan minta awak korbankan impian awak untuk dia”

Dan Tyra fikirkan lagi. Apa yang Beto Khusyairy cakap tu betul

“Kalau Tyra betul-betul sayang pada dia, Tyra tak akan minta dia korbankan impian dia untuk Tyra”

Sebab Kebahagiaan , kegembiraan dia adalah kegembiran dan kebahagiaan kita. Sanggup ke kita lihat orang yang kita sayang sedih kerana terpaksa korbankan impian dia untuk kita, sedangkan kita bahagia dan dia sedih. Dan kita  bukan ada apa-apa hubungan suami isteri tapi cuma kekasih.

Mr.J I love you

2 comments:

  1. tyra kena support dia realisasikan impian dia :)
    what u give, u'll get back..insyaAllah masa depan korang akn dtg lbih indah :)

    jemput terjah entri baru :) moga bermanfaat :)
    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/01/la-tahzan-innallaha-maana.html

    ReplyDelete
  2. Aqilah.. terima kasih untuk kata-kata semangat...

    ReplyDelete