21
Feb 2013 , jam 7.30 petang , bertempat di Asrama Politeknik Melaka telah diadakan
Program Sambutan Maulidur Rasul bersama
Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
Pencermah jemputan Ustaz Hairol Amin Bin Haji Madan.
Program
berlangsung dengan jayanya walaupun Ketua Menteri Melaka tidak dapat menghadiri
program ni kerana ada urusan yang lebih penting tetapi mesej dan amanat yang
disampaikan oleh wakil beliau amat memberi makna dan kata-kata yang sangat
berguna untuk masa hadapan.
Ceramah
yang disampaikan oleh Ustaz Hairol juga boleh dijadikan iktibar , pengajaran
dan pedoman pada remaja-remaja zaman sekarang. Gegala sosial , tingak laku dan
akhlak yang kurang sopan boleh merosakkan institusi kekeluargaan , agama dan
negara. Ustaz juga ada menyampaikan tentang Hati dan Mata sempena tema Sambutan
maulidur Rasul.
Contoh : Bila orang beli kereta, kita pun nak juga.
Maksud
: Bersederhanalah dalam kehidupan ini. Tingkatkan amal bukannya harta.
Ada
Mata tapi tak nak melihat
Contoh
: Tidak mahu melihat perkara kebaikan.
Maksud
: Orang zaman sekarang hanya mahu melihat perkara yang melalaikan, zina, sosial
dan sebagainya. Tetapi tidak mahu melihat kebesaran Allah, ciptaan Allah.
Walaupun
ceramah yang disampaikan sekejap sahaja tetapi banyak manfaat yang dapat Tyra
dan kawan-kawan perolehi. Semoga ceramah ini dapat dijadikan pedoman dan
pengajaran buat kita semua.
ramai juga yang hadir |
![]() |
Suci nye muka saya ni.. haha |
Selepas program dapat makan |
Bestlaa tajuk ceramah tu...Hati dan mata mmg memainkan peranan yg penting kan..siap dpt kupon makan lg eyh..hee :) Very nice event...byk ilmu yg kita dpt kalo join majlis ilmu ni kan..
ReplyDelete