Entri Tyra
hari ni adalah tentang Rumah Sewa Dan Asrama. Ada apa dengan rumah sewa dan
asrama? Sebenarnya Tyra nak barcakap pasal adab dan tingkah laku kita apabila
kita tinggal menyewa atau tinggal di asrama bersama kawan-kawan atau orang
asing.
Ramai
dikalangan kita tinggal menyewa atau tinggal di asrama bersama kawan-kawan
terutamanya students dan golongan yang sudah bekerja. Tyra sekarang tinggal di
asrama yang diberi oleh pihak pengurusan. Asrama Tyra adalah sebuah rumah
pangsapuri yang mempunyai 3 bilik , 1 bilik mandi , 1 tandas dan di diami
seramai 10 orang pelajar dari pelbagai Courses dan Semester. Setiap
semester kami diberi pilihan untuk pilih mana-mana rumah yang kami suka asalkan
rumah tu cukup 10 orang atau kami boleh pilih untuk keluar dari asrama dan
tinggal di rumah sewa.
Sudah hampir 3 tahun Tyra tinggal dirumah yang sama dari
awal semester 1 hinggalah semester akhir ni. Dah pelbagai jenis ragam penghuni-penghuni
rumah yang Tyra kenal. Ada yang
pembersih , pengemas , pengotor , pemalas dan kadang-kadang rasa geli nak
tinggal bersama dengab orang yang kurang pembersihannya. Macam dalam contoh-contoh gambar
dibawah ni.
 |
Bilik memang tak dinafikan, memang selalu berselerak sebab sibuk study |
 |
Sinki kotor , penuh dengan pinggan mangkuk yang tak dicuci |
 |
Sampah yang tak buang walaupun dah penuh
|
 |
Dapur yang kotor dan bersepah-sepah.. Eeeee..... !!!!
|
 |
Paling benci sekali , buka speaker kuat-kuat. |
Jadi kepada
sesiapa yang rasa diri dia selalu melakukan kerja-kerja macam dalam gambar ni.
Sila-sila berubah sebab tak semua orang suka akan kelakuan kita. Bila dirumah
sendiri , ada mak yang tolong kemaskan tapi di asrama atau rumah sewa , diri
sendiri yang kena lakukan. Jangan mengharap orang lain buatkan untuk kita.
Sama-sama la bersihkan tempat tinggal anda. Jangan sampai orang yang tinggal
serumah dengan kamu bertambah-tambah sakit hati.
 |
Baru la rasa happy tinggal bersama |
No comments:
Post a Comment