Friday 25 January 2013

Hidup mesti diteruskan



Dalam hidup ini, banyak cubaan yang selalu datang menghampiri manusia. Cubaan-cubaan yang datang, pastinya diberikan oleh Allah dengan tujuan untuk menguji hamba-Nya. Mengeluh, kesal, marah, sedih, dan perasaan lainnya pasti kita pernah merasai ketika suatu masalah datang menghampiri, atau bahkan mungkin perasaan kecewa tidak mendapatkan menyelesaikan untuk masalah itu.

Tapi satu perkara yang perlu diingatkan “WHAT MATTER HAPPEN LIFE MUST GO ON, hidup ini perlu terus berjalan dan tanpa henti. Segala dugaan-dugaan  yang datang akan terus menghampiri, dan tugas kita adalah menyelesaikannya satu persatu kerana dengan adanya dugaan-dugaan tersebut kita akan semakin dewasa. Apapun yang ada di depan, apapun yang menghalangi kita, kita harus menghadapi kerana memang itulah jalannya.

Ingat, Allah akan selalu memberikan cubaan yang sesuai dengan kemampuan hamba-Nya untuk menyelesaikannya.

“Life must go on and never stop, but just try to enjoy it, then joyful will come to you”

Sekali kita pernah jatuh , tak bererti kita jatuh untuk selama-lamanya

1 comment:

  1. Yup. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Jangan pernah mengalah & berputus asa, Allah beri kita ujian, nak tengok setabah mana seseorang itu. :)

    ReplyDelete