Thursday 25 July 2013

Kerenah nenek yang semakin uzur – Part 2


Beberapa hari lepas , Tyra ada update pasal Kerenah nenek yang semakin uzur.Sekarang Part 2 pula. Semakin hari  , semakin memeningkan. Antara Tyra 4 beradik.  Tyra jenis yang buat ignore je kalau nenek membebel. Kadang-kadang apa yang nenek tanya , Tyra bagi jawapan yang tak betul kat nenek. Kalau bagi jawapan yang betul dan jujur , nenek bukannya faham. Nak betul kat dia je. Sometimes Tyra pun rasa rimas juga tapi bukan rimas dengan nenek. Rimas dengan adik-adik yang merunggut-runggut pasal nenek. Semua yang nenek buat dan cakap , Tyra la yang tukang layan sebab adik-adik tahu Tyra jenis “IGNORE” pasal orang. Tak berperasaan... huhuhu

Macam hari ni. Memang niat nak bawa dia balik. Tetapi hujan lebat terpaksa tangguh sekejap. Mungkin akan balik selepas berbuka puasa ni. Bila dah nak raya ni bertambah-tambah bising pula. Dia cakap ibu tak faham dia , tak nak dengar cakap dia , dah pandai melawan. Dia nak balik kampung, nak kemas rumah. Lastly Tyra menjawab “selama ni pun ibu dengan kami yang kemas rumah tok”. Nenek jawap “Ya ka?” Nenek cakap kalau dah hantar dia , jangan ambil dia. Tinggalkan je dia kat rumah. Nampak sangat sudah pelupa , macam mana nak biar nenek seorang diri kat kampung?

Bukan niat nak kurang ajar tapi bila kesabaran dah kemuncak , hilang kesabaran tu. Kadang-kadang kerenah yang nenek buat selalunya pada masa orang semua tengah sibuk bekerja. Bila masa tengah free , baik je.

Bila kita semakin meningkat usia , menjadi makin tua. Sikap dan perangai kita semakin menjadi budak-budak.  Apa yang kita cakap dan buat , kita akan lupa. Cakap ikut suka hati je. Kadang-kadang bila Tyra tengok keadaan nenek yang macam tu. Sayu je hati. Kesian pun ada. Terfikir juga , apa la agaknya nanti jadi kat Tyra. Agak-agak anak Tyra nanti sabar tak dengan kerenah Tyra?

Ramai orang cakap senang jaga orang tua ni. Tapi itu pada orang yang tak pernah jaga orang tua. Bagi orang yang cakap macam tu , mereka fikir , bagi makan dan mandi sudah cukup. Tapi mereka tak melalui sikap marah-marah dan leteran orang tua. Senang bercakap , susah untuk lakukan.


Tyra harap , Allah sentiasa memberi kesabaran pada Tyra sekeluarga dalam melakukan amal dan pahala terutama di bulan ramadhan ni. Amin... Dan Tyra rasa suatu hari nanti Tyra akan rasa rindu saat-saat bersama nenek. Dan dari pengalaman dan pengetahuan yang Tyra dapat , Tyra dah bersedia untuk jaga ibu abah bila mereka sudah tua. In sha Allah...


No comments:

Post a Comment