Wednesday 8 August 2012

Kelemahan Diri



Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Ada yang lemah dalam pelajaran, sukan , kerja , kepimpinan dan lain-lain. Dan ada yang mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri.
 



Ada diantara kita mempunyai kelemahan. Bila seseorang individu itu mempunyai kelemahan , dia akan rasa tersisih dan kurang berkeyakinan yang melakukan sesuatu. Contohnya kalau  kita tak pandai dalam mana-mata pelajaran , janganlah rasa malu untuk bertanya kepada cikgu dan kawan-kawan. Orang yang malu bertanya , lama-lama akan sesat jalan. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk mepelajari dan memahami sesuatu mata pelajaran. Falsafah pernah berkata “setiap usaha yang kita lakukan, pasti ada ganjarannya”. Apabila kita berusaha untuk mengubah corak hidup kita , memperbaiki setiap kelemahan yang ada, kemungkinan besar dengan niat dan usaha kita untuk menjadi seorang yang berkeyakinan dan berjaya akan tercapai. Apa yang penting ialah usaha.

Dan ada diantara kita mempunyai kelebihan. Kelebihan yang diberikan kita janganlah disalah gunakan seperti kianati orang lain , menzalimi dan sombong. Contohnya , jika pandai dalam pelajaran dan selalu mendapat anugerah Dekan, janganlah kedekut ilmu untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Ilmu yang ada tak semestinya kekal lama. Janganlah bila ada kawan bertanya tentang sesuatu perkara, kamu jawab “jangan tanya aku, aku tak tahu”. Nampak sangat kedekut ilmu. Apa salahnya berkongsi. Kalau kamu tak tahu, sekurang-kurangnya kamu boleh berbincang atau buat study group.

Kata-kata nasihat :Gunakan kelebihan yang ada untuk berbakti , membuat kebaikkan pada keluarga , kawan dan orang lain. Kelebihan yang ada pada kita sekarang, bila-bila masa saja Allah SWT akan ambil semula dari kita. Jadi gunakanlah kelebihan itu sebaik mungkin.


3 comments:

  1. nice post!
    ade bakat jd motivator nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wanie...
      InsyaAllah ,kalau ditakdirkan jadi Motivator

      Delete
  2. Salam perkenalan.. follow sini

    ReplyDelete