Wednesday 1 August 2012

Obses Kurus



Sekarang ni ramai kaum-kaum wanita sibuk mencari ubat kurus. Walaupun badannya hanya sedikit tembam , montel dan berisi. Katanya, “kalau tembam tak comel , kawan-kawan suka mengusik , malu la” Kalau orang yang berbadan besar , kita memang akan tahu apa yang dia akan cakap “aku gemuk”.

 
Ada kawan-kawan Tyra yang berbadan besar. Mereka juga nak kuruskan badan. Ada yang sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit untuk membeli ubat kurus, tahan makan , mengeluarkan balik makanan yang telah dimakan (ANOREXIA NERVOSA dan BULIMIA). Bila Tyra tengok keadaan mereka yang macam tu. Rasa takut nak berkawan sebab ada pendapat doktor berkata “orang anorexia dan bulimia ini adalah penyakit gila tahap ketiga”. Mungkin mendapat itu dikeluarkan kerana melihat orang yang terlalu obses untuk kurus tanpa berfikir panjang.


Setiap tindakan kita ada kesannya, seperti menahan lapar dan mengeluarkan semula makanan yang telah dimakan. Petikan dibawah ini Tyra dapat dari satu laman sesawang :



ANOREXIA NERVOSA 

Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat. 

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual. 

Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup. 

BULIMIA 

Jika penderita anoreksia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia. Pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anoreksia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza. 

Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. Mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudiannya mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. Dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk, tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan. 




APAKAH KESANNYA 

Penderita atau penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut: 

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan. 
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.

3. Lemah, tidak bertenaga. 
4. Sukar berkonsentrasi. 
5. Gangguan menstruasi. 
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga. 
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah. 
3. Mudah merasa bersalah. 
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain. 
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai. 
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya. 
7. Minta perhatian orang lain. 
8. Depresi (sedih terus menerus).



Pemakanan seimbang

Pengambilan pil kurus keterlaluan


Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru, jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah.

Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.




Pembelian ubat kurus melalui ejen jualan langsung pula terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira sejarah perubatan atau keperluan dan harganya pula mencecah beratus-ratus ringgit. Lebih teruk, si jurujual juga tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perubatan.

Perkara paling mudah, jika  menjadi gemuk pun dalam tempoh dua atau tiga tahun bukankah tidak logik untuk  kurus dalam masa tiga bulan?


Jenis ubat kurus dan kesan sampingan

* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010





Kes pengambilan ubat pelangsing

* 2002

Seorang pelakon warga Singapura, Andrea De Cruz, nyaris maut garagara mengambil pil pelangsing keluaran syarikat dari China. Penggunaan pil pelangsing menyebabkan hatinya rosak dan gagal berfungsi secara tiba-tiba. Andrea terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya. Andrea memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi Singapura.

* 2007

Seorang suri rumah berusia 33 tahun meninggal dunia di Hospital Alor Setar, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dan teh herba buatan China. Mangsa dilaporkan tidak berpuas hati dengan berat badannya yang naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga.

Dia membeli sekotak ubat pelangsing mengandungi 60 kapsul dan teh herba mengandungi 30 sachet yang berharga RM350.

Selepas hampir tiga bulan, berat badannya menurun namun dia mula mengadu sakit pinggang dan menjalani rawatan di HAS sebelum doktor mengesahkan buah pinggangnya rosak.

http://anizyn.blogspot.com/2010/08/akibat-buruk-pil-kurus.html#ixzz21b7alJP6




No comments:

Post a Comment