Kalau sebut pasal playboy dan playgirl mesti kita akan rasa
marah , geram , sakit hati dan kutuk-kutuk. Sebab playboy dan playgirl amat
takut untuk kita dekati kerana mereka ini suka mempermainkan hati dan perasaan
orang lain.
Jenis playboy dan playgirl ni suka bertukar-tukar pasangan ,
keluar dengan orang yang berlainan , bermain ayat-ayat cinta. Jenis playboy dan
playgirl ni dikategorikan sebagai curang , main kayu tiga dan bermacam-macam
perkataan dan maksud.
Dalam dunia ini terdapat ramai playboy dan playgirl. Mereka
ini berada dikelilingi dan diantara kita semua seperti adik ,abang , kakak ,
sepupu dan kawan-kawan kita. Kita pernah tanya tak kenapa mereka menjadi
seorang playboy dan playgirl. Ada bermacam-macam jawapan yang akan mereka
berikan seperti dulu pernah dikecewakan , dipermainkan oleh kekasih , dan ada
yang akan beri jawapan “saja je suka-suka”.
<!--[endif]-->
Dalam update baru Tyra ni bukan nak ceritakan tentang
ciri-ciri seorang playboy dan playgirl. Tapi “status digelar dan dicop mohor”
sebagai playboy dan playgirl.
Tyra pernah digelar sebagai seorang playgirl sebabnya Tyra
ramai kawan lelaki , suka berbual dan keluar menghabiskan masa seperti tengok
wayang , photoshoot , main badminton , memanah , keluar makan , lepak-lepak kat
kedai mamak dan buat aktiviti-aktiviti yang Tyra minat.
Bagi Tyra tak salah kalau nak habiskan masa dengan riadah
dan aktiviti sukan yang kita minat dengan orang yang berlainan jantina. Ada
sesetengah kawan perempuan tak suka buat aktiviti outdoor dan indoor. Kalau nak
dapat kawan-kawan perempuan yang sama minat dengan kita cukup susah. Tak salah
nak melakukan aktiviti yang kita minat dengan orang yang berlainan jantina
asalkan pandai jaga diri dan tahu batas-batas agama.
Tak perlu nak nilai seseorang yang kita tak kenal siapa diri
dia yang sebenar dan tak pernah berkawan rapat dengan dia. Tak payah dengar
cerita-cerita dari mulut orang , boleh menjadi fitnah.
Don’t jugde a book by it’s cover.
Semua orang ada hak untuk berkawan dan melakukan aktiviti ,
minat dan hobi dengan sesiapapun walaupun berlainan jantina , umur , agama dan
bangsa. Sekurang-kurangnya bila sudah tua nanti Tyra tak merasa menyesal bila melakukan
aktiviti yang diminat. Sebab semua perkara kita pernah rasa dan lalui. Bila
semua perkara kita pernah lakukan dan berjaya , kemungkinan besar anak-anak dan
cucu kita akan merasa bangga dan teringin mengikut jejak langkah kita. Dan masa
itu kita akan dipuji “You’re the best”
Tyra akan gembira bila telah cuba sesuatu yang baru , Sesuatu yang baru adalah pengalaman.
Tak menyesal kalau cuba sesuatu yang baru .
No comments:
Post a Comment