Saturday 14 July 2012

Pendaftaran semester baru – Semester 5


10 Julai 2012 (Selasa) - Lapor diri pelajar praktikal
13 Julai 2012 (Jumaat) - Pendaftaran modul semester 5
18 Julai 2012 (Rabu) - Presentation Final Report


Pada sesi akademik Julai ini Tyra telah masuk semester 5 dan sudah bergelar pelajar senior. 10 Julai 2012 adalah hari yang paling menakutkan sebab Tyra kena hantar report Latihan Industri pada pensyarah dan pensyarah penilaian. Rasa sangat menakutkan ! Bila Tyra check list name dekat papan kenyataan , Pensyarah penilaian Tyra ialah Ketua Jabatan Perdagangan ataupun Ketua Falkulti. Masa tengok tu “Alamak ! Ketua Jabatan la pula” takut rasanya. Bila nak hantar report pada Ketua Jabatan, tangan mengigil bila tengok muka Ketua Jabatan yang sangat serius. Masa tu sudah fikir “habislah aku lepas ini” Bila Tyra tanya pada Ex-student dan senior mengenai  Ketua Jabatan , mereka cakap , Ketua Jabatan Ok, tak ada apa-apa masalah. Jangan takut. Buat presentation baik-baik. Harap-harap apa yang senior cakap tu betul.
 
13 Julai 2012 Tyra kena buat pendaftaran modul dan dapat jadual kelas DPI 5B
(Diploma in International Business)

Jadual kelas Diploma in International Business 5B

Semester 5 , subject semakin berkurangan berbanding semester lepas. Dari 8 subject ke 6 subject. Tapi subject Final Exam makin banyak iaitu 5 subject. Semua subject teori , tak ada subject kira-kira.

Final Exam :
  1. FUNDAMENTAL OF MARINE & AVIATION INSURANCE
  2. INTERNATIONAL TRADE
  3. CUSTOMS PRACTISE
  4. INTERNATIONAL BUSINESS LAW
  5. HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

Nampaknya Tyra kena Study hard but smart. Semakin naik semester , semakin susah subject. Tyra akan cuba menaikkan pointer Exam lagi. Setiap semester akan semakin naik pointer dan tidak repeat mana-mana paper seperti kawan-kawan yang lain. Kena usaha bersungguh-sungguh.

Good Luck to Nur Athirah

Pada 18 Julai 2012 – Presentation dalam English bukan Bahasa Melayu. Harap , presentation Tyra berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment