Monday 11 June 2012

Salah Siapa?




Kadang-kadang Allah berikan kita pelbagai masalah seperti masalah keluarga , percintaan , masalah di tempat kerja dan persahabatan. Kita sebagai manusia harus kuat untuk menempuhi segala dugaan yang diberi. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya untuk melihat ketaatan dan keimanan seseorang hambaNya. Semakin hambaNya diuji , semakin meningkat darjat seseorang hamba itu untuk berada disisi Allah.


Persahabatan.

Dalam sebuah persahabatan tak semuanya indah dan tenang. Ada juga yang keroh dan pahit. Kadang-kadang bila berkawan , ada salah dan silap yang kita lakukan secara senjaga dan tanpa kita sedari. Siapa yang tak pernah bergaduh dan berselisihan faham dengan kawan-kawan. Semua orang pernah alami bukan hanya sekali tapi mungkin lebih.

Bila ada perselisihan faham dan pergaduhan , kedua-dua belah pihak mempunyai ego yang tinggi. Masing-masing  tak nak mengaku kalah. Bila mengaku kalah nanti akan dianggap dirinya sendiri sebagai seorang yang bersalah walaupun itu bukan salah dia.


Tyra pun ada juga buat salah pada kawan-kawan Tyra secara senjaga dan tanpa tidak disedari. Tyra cuba untuk memperbetulkan semua salah dan silap Tyra dan memperbaiki hubungan baik Tyra dan kawan-kawan. Bila Tyra cuba berbuat baik , ada yang dapat menerima dan ada juga yang terus membenci dan berdendam.

Tyra sedar semua kesilapan yang pernah Tyra buat. Untuk berbaik dengan kawan-kawan , Tyra terima apa saja yang orang buat pada Tyra. Maki hamun , dicaci , disisihkan dan dilayan macam hamba abdi atau orang gaji. Semuanya Tyra terima. Dan Tyra sanggup tolong hantarkan musuh Tyra sendiri dengan niat hendak berbaik.

Bila baru-bari ini , Tyra terjumpa satu blog kawan (musuh) Tyra. Di blog dia , tertulis pelbagai kata-kata luahan hati dia. Tapi Tyra tak pernah salahkan dia. Mungkin ada perkara yang pernah Tyra lakukan pada dia dan kawan-kawan. Tapi satu saja yang Tyra tak faham. Bila orang tanya pasal Tyra dengan dia , baik atau tidak. Tyra jawap , Tyra dengan dia dan kawan-kawan okey , tak ada apa-apa masalah , baik. Tapi dia jawap belakang Tyra, Tyra dengan dia musuh. Kenapa mesti dibuka kisah lama dan mengaibkan sesama sendiri? Tyra terima apa saja kehendak dia. Mungkin dia ada bagi peluang kedua pada Tyra dan Tyra sendiri yang tidak sedar. Tyra minta maaf.

Dia pernah cakap dia bukan “baik sangat”  dan “lemah” macam Tyra , sanggup terima apa saja yang orang lakukan pada Tyra. Tyra faham apa maksud dia. Bagi Tyra lebih baik diam dan membiarkan apa orang kata dan lakukan pada Tyra. Selagi apa yang mereka lakukan tidak melebihi batas sebagai seorang manusia dan batas agama , Tyra akan membiarkan sahaja.


Lemah tidak bererti kita penakut atau pengecut. Tapi berdiam untuk mengelakkan pergaduhan yang pernah terjadi bertambah lebih buruk. Bila kita cuba melawan , syaitan akan sentiasa ada dengan kita , menghasut kita untuk membalas dendam. Dendam kesumat yang ada dalam diri kita amat mudah dihasut oleh syaitan. Dan hati kita akan bertambah menjadi lebih busuk.

Tapi dia juga patut sedar kesilapan dan kesalahan yang dia pernah buat pada orang lain walaupun bukan pada Tyra. Kalau ada sekali pun , Tyra sudah lupa dan tak nak ingat apa-apa lagi tentang dia. Orang  tak akan cakap apa salah kita tapi orang akan melihat dan mendengar apa kata-kata dan perlakuaan kita. Walaupun dia cakap dia bukan insan yang lemah tapi bagi Tyra , dia adalah seorang insan yang lemah. Lemah dengan godaan syaitan yang menghasut dia untuk terus berdendam dan saling membenci.

Tyra tahu Tyra bukan seorang yang warak dan mulia untuk bercakap soal agama , hukum-hukum Allah. Tapi Tyra tahu batas-batas untuk membenci seseorang , tidak membuat anayai seseorang dan mempergunakan seseorang yang lemah.

Kadang-kadang Tyra terfikir “SALAH SIAPA”  semua perkara ini terjadi?

Kalau salah Tyra , Tyra minta maaf banyak-banyak daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dan Tyra maafkan semua salah dan silap orang yang pernah melakukan salah pada Tyra juga. Walaupun dalam persahabatan akan terdapat pergaduhan tetapi itu tak bermakna persahabatan kita akan bertukar menjadi permusuhan.

 Ingatlah tak ada seorang manusia pun dalam dunia ini yang sempurna melainkan Nabi dan Rasul.

Written by : Nur Athirah Tyra
Luahan hati seorang gadis.

No comments:

Post a Comment