Setiap wanita tidak mungkin mahu
bertemankan lelaki yang panas baran, apatah lagi si kaki pukul. Bukan saja
dijadikan teman jauh sekali untuk diterima sebagai suami.
Berdasarkan apa yang pernah Tyra dengar dan
lihat , kebanyakkan kawan-kawan Tyra pernah menjadi mangsa lelaki kaki pukul.
Bila ditanyakan kepada mereka “kenapa berdiam diri” alasannya sebab rasa sayang
dan cinta. Dalam hati Tyra rasa nak saja
Tyra maki-hamun , sumpah serana pada dia. Ini kisah kawan di tempat kerja Tyra.
Perbualan bersama kawan :
Tyra : Kenapa dia pukul kau?
Mangsa : Sebab aku tak nak ikut dia pergi tengok wayang dengan kawan-kawan
dia
Tyra : Sebab tak nak tengok wayang je, dia pukul
kau? Logik dan patuh ke sebab asal
kau tak tengok wayang , dia pukul
kau??
Mangsa : Tak pe lah , aku bagi dia peluang untuk berubah.Aku sayang kat dia
Tyra :
Berapa banyak lagi kau nak bagi dia peluang. Dah 10 kali kena, nak bagi
peluang lagi ke? Nak tunggu
kena pukul sampai cacat , lumpuh dan mati ke
baru tinggalkan dia.
Mangsa : Janganlah cakap macam tu. Kita sama-sama la berdoa supaya dia
berubah.
Tyra : Orang kalau nak berubah
kena bagi pengajaran kat dia , baru dia tersedar semua
salah dia. Masa tu baru dia nak
insaf dan bertaubat.
Mangsa : Tapi AKU TAKUT !! Nanti dia pukul aku lagi.
Nasihat dah diberi. Berbuih mulut ni
cakap.Tapi sikit pun tak nak dengar. Bila sudah semakin teruk baru nak minta
tolong . Masa tu dah terlambat dah. Alasan yang diberi ialah SAYANG dan TAKUT. Kenapa mesti takut untuk ambil tindakan?
Sedangkan orang yang lakukan jenayah pun ,
ada undang-undang yang tersabit. Inikan pula kes pukul-memukul.
Sebagai teman lelaki , dia tiada hak nak
pukul-pukul , sepak teranjang teman wanita dia sebab teman wanita bukan isteri. Niat kawan Tyra memang betul kena
banyak-banyak berdoa pada Tuhan agar dia berubah. Tapi kalau hanya berdoa tanpa
ambil apa-apa tindakan , tak boleh juga.
Tyra pun faham tentang rasa sayang dan
cinta. Mesti akan sedih kalau teman lelaki memperlakukan kita sebegitu tapi
haruslah berpada-pada rasa sayang terhadap lelaki kaki pukul. Jangan kerana
ikutkan rasa sayang tu , diri kita sendiri yang rosak. Kita sebagai perempuan
ada hak untuk mempertahankan diri kita sendiri. Dalam perkahwinan pun si isteri
masih mempunyai hak untuk mempertahankan diri dia dari terus menjadi mangsa
pukul si suami.
Dalam Islam , memukul isteri hanyalah
apabila isteri berlaku nusyuz (ingkar) pada suami.
Contoh
Perbuatan Isteri Yang Dianggap Nusyuz.
- Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada tujuan yang mustahak
- Tidak layan suami tanpa suatu keuzuran
- Musafir tanpa izin suami
- Membantah atau ingkar perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
- Melahirkan reaksi yang tidak baik terhadap suami.
Cara
Suami bertindak terhadap Isteri Nusyuz.
- Nasihat
a)
Memberi nasihat dengan
lemah-lembut
b)
Memberitahu keluarga isteri
untuk mencari jalan damai
c)
Mendapatkan khidmat nasihat
pakar kauselor Muslim untuk menyelesaikan masalah.
- Mengasingkan diri dari tempat tidur
a)
Memulaukan tempat tidur isteri
tidak lebih tiga (3) hari
- Memukul
a)
Memukul isteri tanpa
mencederakannya.
- Bertahkim
a)
Iaitu melantik jururunding
untuk menyelesaikan perselisihan rumahtangga , seorang dari pihak lelaki dan
seorang dari pihak perempuan.
Tyra harap sangat kawan Tyra tu buka mata,
berubahlah. Sampai bila nak jadi mangsa pukul teman lelaki dia. Kalaulah ahli
keluarga kawan sekerja Tyra tahu teman lelaki dia selalu pukul, mesti keluarga patah
hati dan kesal atas perbuatan teman lelaki dia. Sedih hati orang tua menjaga
anak selama 25 tahun tanpa memukul, bila mempunyai teman lelaki tidak sampai
bertahun, sudah berani memukul. Confirm kena reject dari jadi menantu.
Sebelum
kahwin sudah ada keganasan apatah lagi selepas berkahwin, adakah ingin
meneruskan membina rumahtangga sekiranya pernah berlaku keganasan seperti ini?
Sebagai teman wanita perlu tahu hak-hak
mempertahankan diri. Seeloknya perempuan perlu tahu cara-cara mempertahankan
diri seperti mempelajari taekwando , silat atau karate. Dan Tyra harap apa yang
Tyra katakan akan menjadi teladan , pengajaran dan tahu hak-hak kita sebagai
seorang wanita. Tidak semua lelaki jahat , ada yang baik. Cuma kita sebagai
kaum wanita harus bijak memilih pasangan hidup kita untuk kebahagiaan kita
nanti.
Salurkan aduan anda pada :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
No
55,Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
MALAYSIA .
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000
Aku setuju dgn pendapat awak,
ReplyDeleteeven pun aku nie laki. Aku pun x suka
keganasan terhadap wanita.
Kalau org bt mcm tu kt kakak dgn adik
aku.. tentu aku akn bengang
Betul tu..
DeleteRamai perempuan tak sedar
tentang hal ni..
mereka selalu takut, sayang
tapi mereka lupa hak-hak mempertahankan
diri sebagai seorang perempuan.. ^_^
Kite harap boy kite x akn mcm tu..
ReplyDeleteMemang bodohla perempuan yg mcm tu...xpaham..dah kena pukul,still syg lagi.
ReplyDeleteadoiii tergamak ke pukul isteri sendiri... =.='
ReplyDeleteZaman sekarang ramai yang sanggup..
Deletesebelum kahwin lain perangai ,
selepas kahwin lain pula...
Lelaki atau perempuan sama saja..
Tapi tak semua lelaki kaki pukul perempuan
^_^