Thursday 1 March 2012

Adakah Masih Mahu Meneruskan Kehidupan Bersama Lelaki Kaki Pukul





Setiap wanita tidak mungkin mahu bertemankan lelaki yang panas baran, apatah lagi si kaki pukul. Bukan saja dijadikan teman jauh sekali untuk diterima sebagai suami.


Berdasarkan apa yang pernah Tyra dengar dan lihat , kebanyakkan kawan-kawan Tyra pernah menjadi mangsa lelaki kaki pukul. Bila ditanyakan kepada mereka “kenapa berdiam diri” alasannya sebab rasa sayang dan cinta.  Dalam hati Tyra rasa nak saja Tyra maki-hamun , sumpah serana pada dia. Ini kisah kawan di tempat kerja Tyra.

Perbualan bersama kawan :

Tyra       : Kenapa dia pukul kau?

Mangsa : Sebab aku tak nak ikut dia pergi tengok wayang dengan kawan-kawan dia

Tyra      : Sebab tak nak tengok wayang je, dia pukul kau? Logik dan patuh ke sebab asal
                kau tak tengok wayang , dia pukul kau??

Mangsa : Tak pe lah , aku bagi dia peluang untuk berubah.Aku sayang kat dia

Tyra       : Berapa banyak lagi kau nak bagi dia peluang. Dah 10 kali kena, nak bagi
                peluang lagi ke? Nak tunggu kena pukul sampai cacat , lumpuh dan mati ke
                baru tinggalkan dia.

Mangsa : Janganlah cakap macam tu. Kita sama-sama la berdoa supaya dia berubah.

Tyra     : Orang kalau nak berubah kena bagi pengajaran kat dia , baru dia tersedar semua
               salah dia. Masa tu baru dia nak insaf dan bertaubat.

Mangsa : Tapi AKU TAKUT !!  Nanti dia pukul aku lagi.



Nasihat dah diberi. Berbuih mulut ni cakap.Tapi sikit pun tak nak dengar. Bila sudah semakin teruk baru nak minta tolong . Masa tu dah terlambat dah. Alasan yang diberi ialah SAYANG dan TAKUT. Kenapa mesti takut untuk ambil tindakan?

Sedangkan orang yang lakukan jenayah pun , ada undang-undang yang tersabit. Inikan pula kes pukul-memukul.

Sebagai teman lelaki , dia tiada hak nak pukul-pukul , sepak teranjang teman wanita dia sebab teman wanita bukan isteri. Niat kawan Tyra memang betul kena banyak-banyak berdoa pada Tuhan agar dia berubah. Tapi kalau hanya berdoa tanpa ambil apa-apa tindakan , tak boleh juga.

Tyra pun faham tentang rasa sayang dan cinta. Mesti akan sedih kalau teman lelaki memperlakukan kita sebegitu tapi haruslah berpada-pada rasa sayang terhadap lelaki kaki pukul. Jangan kerana ikutkan rasa sayang tu , diri kita sendiri yang rosak. Kita sebagai perempuan ada hak untuk mempertahankan diri kita sendiri. Dalam perkahwinan pun si isteri masih mempunyai hak untuk mempertahankan diri dia dari terus menjadi mangsa pukul si suami.



Dalam Islam , memukul isteri hanyalah apabila isteri berlaku nusyuz (ingkar) pada suami.

Contoh Perbuatan Isteri Yang Dianggap Nusyuz.

  1. Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada tujuan yang mustahak
  2. Tidak layan suami tanpa suatu keuzuran
  3. Musafir tanpa izin suami
  4. Membantah atau ingkar perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
  5. Melahirkan reaksi yang tidak baik terhadap suami.

Cara Suami bertindak terhadap Isteri Nusyuz.
  1. Nasihat
a)      Memberi nasihat dengan lemah-lembut
b)      Memberitahu keluarga isteri untuk mencari jalan damai
c)      Mendapatkan khidmat nasihat pakar kauselor Muslim untuk menyelesaikan masalah.

  1. Mengasingkan diri dari tempat tidur
a)      Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga (3) hari

  1. Memukul
a)      Memukul isteri tanpa mencederakannya.

  1. Bertahkim
a)      Iaitu melantik jururunding untuk menyelesaikan perselisihan rumahtangga , seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak perempuan.




Tyra harap sangat kawan Tyra tu buka mata, berubahlah. Sampai bila nak jadi mangsa pukul teman lelaki dia. Kalaulah ahli keluarga kawan sekerja Tyra tahu teman lelaki dia selalu pukul, mesti keluarga patah hati dan kesal atas perbuatan teman lelaki dia. Sedih hati orang tua menjaga anak selama 25 tahun tanpa memukul, bila mempunyai teman lelaki tidak sampai bertahun, sudah berani memukul. Confirm kena reject dari jadi menantu.

Sebelum kahwin sudah ada keganasan apatah lagi selepas berkahwin, adakah ingin meneruskan membina rumahtangga sekiranya pernah berlaku keganasan seperti ini?




Sebagai teman wanita perlu tahu hak-hak mempertahankan diri. Seeloknya perempuan perlu tahu cara-cara mempertahankan diri seperti mempelajari taekwando , silat atau karate. Dan Tyra harap apa yang Tyra katakan akan menjadi teladan , pengajaran dan tahu hak-hak kita sebagai seorang wanita. Tidak semua lelaki jahat , ada yang baik. Cuma kita sebagai kaum wanita harus bijak memilih pasangan hidup kita untuk kebahagiaan kita nanti.


Salurkan aduan anda pada :



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No 55,Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
MALAYSIA.
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000



6 comments:

  1. Aku setuju dgn pendapat awak,
    even pun aku nie laki. Aku pun x suka
    keganasan terhadap wanita.
    Kalau org bt mcm tu kt kakak dgn adik
    aku.. tentu aku akn bengang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..
      Ramai perempuan tak sedar
      tentang hal ni..
      mereka selalu takut, sayang
      tapi mereka lupa hak-hak mempertahankan
      diri sebagai seorang perempuan.. ^_^

      Delete
  2. Kite harap boy kite x akn mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Memang bodohla perempuan yg mcm tu...xpaham..dah kena pukul,still syg lagi.

    ReplyDelete
  4. adoiii tergamak ke pukul isteri sendiri... =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang ramai yang sanggup..
      sebelum kahwin lain perangai ,
      selepas kahwin lain pula...
      Lelaki atau perempuan sama saja..
      Tapi tak semua lelaki kaki pukul perempuan
      ^_^

      Delete