Wednesday 1 February 2012

Apabila Fesyen Menjadi Kegilaan Ramai



Zaman sekarang banyak fesyen dan trend baru di pasaran dari pelbagai pelusuk negara. Apabila fesyen menjadi kegilaan ramai bermacam-macam gaya yang kita dapat lihat. Tetapi apabila terlalu taksub, kita lupa menjaga imej dan penampilan diri kita.


Tyra ada terbaca artikel dari surat khabar Kosmo (Stailo) 31 Januari 2012 , hari selasa  muka surat 36 mengenai topik  Definisi Mangsa Fesyen.
Dalam artikel itu tertulis  “tak salah untuk mencabar kreativiti anda dalam fesyen tetapi usahlah terlalu obses sehinggakan anda kelihatan seperti badut fesyen”.

Pandangan Tyra adalah sama seperti penulis Sifu Gaya . Individu ini lebih cenderung menjadi mangsa fesyen kerana terlalu mencuba untuk berfesyen dan bergaya , sanggup membeli apa sahaja yang dianggap bergaya atau stailo.

Dalam artikel itu juga tertulis “mahal atau murah sesuatu barang tidak menjadi ukuran tetapi aspek penampilan”. Individu akan tampil hebat apabila mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan potongan badan, imej dan personaliti.

Kunci utama penampilan bukan bergantung kepada pakaian yang dipakai tetapi cara kita memakai pakaian itu.

1.Sentiasa jadi diri sendiri
·         Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikir menarik bukan semata-mata mengikut trend fesyen.
·         Memilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan umur, potongan badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.
·         Elakkan. Jika tidak selesa atau tidak biasa memakainya. Paling penting perlu jujur dengan diri sendiri


2.Usah berlebihan
·         Tidak perlu mengayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa.
·         Memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim.
·         Kemudian,suai padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari anda.

3.Jangan mudah terpengaruh
·         Jangan meniru bulat-bulat apa yang kita lihat dalam televisyen dan majalah. Kebanyakkan selebriti serta barisan model hanya bergaya semata-mata untuk menarik perhatian umum.
·         Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah cuma perlu disesuaikan dan di olah mengikut gaya hidup dan sesuai dengan latar belakang budaya masyarakat setempat.

Antara ciri-ciri mangsa fesyen
  •         i.            Gemar membeli barangan berjenama.
  •       ii.            Terlalu taksub atau kuat nafsu membeli-belah sehingga sebahagian kumpulan ini sanggup  menghabiskan ribuan ringgit.
  •     iii.            Hanya memakai pakaian atau aksesori trend terkini tanpa mengira sama ada ia sesuai dengan diri dan situasi.
  •      iv.            Membeli pakaian yang sempurna dari segi rekaan tetapi malangnya tidak secocok apabila membaluti tubuh sehinggan penampilan nampak kurang sempurna.



***Di ringkaskan dari artikel Kosmo

Apabila Tyra membaca artikel ini, Tyra memang dapati artikel ini menyatakan perkara yang benar. Trend fesyen masa sekarang memang pelik dan memeningkan  kepala apabila melihat.
Ada segelintirnya memakai terlalu banyak item menampakkan seperti pokok christmas.
Ada juga yang memakai pakaian yang begitu jarang sehingga menampakkan susuk tubuh.



Gwen Stefani dan Miley Cyrus pernah menjadi mangsa fesyen (Criminal Fashion)


Victoria Beckham pernah menjadi mangsa fesyen.


Kirsten Vangsness made a criminal fashion mistake


Paris Hilton(Criminal Fashion)


Miley Cyrus(Criminal Fashion)


Siti Nurhaliza juga pernah menjadi mangsa fesyen ketika di majlis pelancaran album



6 comments:

  1. fesyen pelik2 ni buat sakit mata aje. hoho

    btw, done folow kamu. feel free to visit mine :')

    ReplyDelete
  2. green.Papa.com: Skim Sara 1 Malaysia,banyak rakyat tak tahu,dideda... http://greenpapacom.blogspot.com/2012/02/skim-sara-1-malaysiabanyak-rakyat-tak.html?spref=tw

    ReplyDelete
  3. kalu ikot fesyen sangat, abeh la..
    tak terkata hah..hi3

    ReplyDelete
  4. haih haa.. tak faham fesyen2 gini,,haha

    ReplyDelete
  5. fesyen yang macam-macam ni lah, orang ramai suka nak ikut kan~

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. pakai baju yang selesa dipakai aje senang~ :)

    ReplyDelete