Thursday 4 April 2013

Gastrik :( :(



Sakit Perut !!! Gastrik kembali. Bertambah lagi stock ubat Tyra. Pedih perut. Masih ingat lagi masa semester 3 , pertama kali kena gastrik , 4 hari kena tahan kat Wad Hospital Melaka. Sengsara sekejap hidup ni tahan sakit. Lepas tu sembuh juga akhirnya.

Sekarang sakit balik. Pada ahad malam hari tu perut rasa tak selesa, rasa tegang dan asyik sendawa je. Pagi hari ni baru nak pergi jumpa doktor selepas 4 hari rasa tak selesa. Doktor cakap jangan makan pedas , makan ikut waktu , makan 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit dan macam-macam lagi. Lepas je makan ubat doktor bagi terus sakit perut mendidih-didih. Dah berguling-guling atas katil.

Lepas balik dari Klinik , bagitahu ibu tentang gastrik kembali. Dah mula dah ceramah pemakanan dan kesihatan sampai letih nak dengar..huhu.. Memang betul , kasih seorang ibu dibawa sampai syurga. Risau betul apabila anak-anak dia tak sihat. Love ibu.

Harap-harap cepat sembuh ye Cik Nur Athirah ^_^


5 comments:

  1. ena pun ade gastrik yunk.. tp xde la kuat sgt smpai kne makan ubat.. memang terseksakan bila dtg penyakit ni... rse keras je perot.. huuuuurmmmm

    ReplyDelete
  2. betul tu.. Tyra kena teruk sangat3.. asyik keluar masuk tandas. Memang seksa dan sengsara... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tira sayangggg! Ingat tu pesan doktor. Jangan degil sangat hihihi Makan ikut time. Yang paling penting jangan makan pedas. Nanti tira masuk hospital lagi sekali, fiza jugak yang nanges. Eh? Hehehe btw Get well soon, dear ;)

    ReplyDelete
  4. Jom join! RM5000 dari BloggerWanita. Orang nak beri, kita ambik je..
    http://amgyver.blogspot.com/2013/04/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

    ReplyDelete