Friday 13 January 2012

Anak Pungut


Maksud “Anak Pungut” ialah anak yang ditemukan terlantar di jalan, tidak diketahui siapa ayah dan ibunya. Seorang bayi yang dibuang oleh keluarganya kerana miskin atau untuk menghindari tuduhan telah berbuat aib.
Pandangan segelintir masyarakat kita hari ini terhadap anak pungut adalah satu perhinaan. Bagi segelintir masyarakat kita anak pungut ini adalah seorang yang dilahirkan dalam keadaan hina dan jijik.
Anak pungut sering dihina , dikutuk dan dicaci sehinggakan mereka dibuang dari bergaul dengan masyarakat.



Apa salah anak pungut sehingga mereka dizalimi dengan begitu kejam???



Bukan salah mereka. Mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan sebagai anak pungut. Semasa mereka dilahirkan , mereka adalah seorang bayi yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu dan bapanya. Kadang-kadang mereka tertanya-tanya apakah salah yang mereka lakukan sehingga mereka tak diterima oleh masyarakat?? Kenapa mereka mesti dihina???
Sepatutnya ibu bapanya yang patut disalahkan kerana melakukan dosa besar, membuang anaknya di tepi jalan ,di tong sampah dan di merata-rata tempat , bukan anaknya. Anak tidak akan menanggung segala dosa yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Tyra pernah mendengar cerita dari adik Tyra tentang kawan baik adik Tyra. Rupanya kawan baik adik Tyra (Julia) adalah seorang anak pungut. Julia ditemui di tong sampah oleh ibu bapa angkatnya. Semasa itu,Julia baru dilahirkan , masih merah. Ibu bapa angkatnya menjaga Julia seperti anak kandungnya sendiri. Pada pandangan segelintir masyarakat ,Julia dipandang dengan begitu hina. Dia disisihkan dari bergaul dengan masyarakat. Di sekolah pula ada seorang cikgu perempuan yang kami gelar “CIKGU JERK”(faham2 je la). Umur dah dekat 50 tahun,tak kahwin lagi.

Hampir setiap hari Julia dihina oleh cikgu tu. Apabila Julia tidak dapat menjawab soalan yang diberi, ayat yang keluar dari mulut Cikgu jerk tu “Dasar anak pungut !! Kalau dah anak pungut, memang pungut juga” Apabila dengar adik beritahu cikgu tu cakap begitu, terkilannya Tyra rasa, begitu hinanya anak pungut dihina. Tyra dapat membayangkan apa perasaan Julia ketika itu. Sedihnya , Tyra rasa nak menangis je bila mendengar cerita tentang Julia.

Sepatutnya masyarakat kita melayan mereka seperti orang biasa sama seperti kita. Walaupun mereka anak pungut , mereka sama seperti kita di sisi Allah SWT. Mereka dan kita adalah manusia biasa dan hamba Allah SWT. Allah SWT tidak membezakan hambaNya. Kenapa kita perlu membezakan status anak pungut dengan anak yang dilahirkan dengan ikatan nikah yang sah?  Sebab anak pungut dianggap keji dan anak yang sah dianggap suci??  Kita sama-sama manusia biasa. Tak ada seorang pun manusia yang sempurna.


Kepada mereka yang amat dikasihi, Pedulikan apa kata-kata masyarakat terhadap kamu. Allah SWT Maha Mengetahui. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Tidak setiap musibah bererti kemurkaan daripada Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauhmana keimanan manusia menerimanya, betulkah ia seorang mukmin sejati atau hanya beriman di mulut sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta"(Al-Ankabut: 2-3)

Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."(HR. Bukhari)



5 comments:

  1. sedihnya.. kenapa la orang hina dia macam tu..:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la...mungkin orang tu ingat dia sgt mulia. tak kotor.
      Tunggu la kat akhirat nanti...

      Delete
  2. cikgu apa macam tu. letak jawatan je lah -.- sepatutnya dia membimbing...

    ReplyDelete