Tuesday, 5 November 2013

Pengalaman Bekerja


Assalamualaikum.. Agak lama Tyra tak update blog ni. Macam mana nak updatenya. Asyik sibuk dengan kerja. Tyra baru je start kerja 21 October 2013 , hari Isnin. Baru 2 minggu kerja dah terasa penatnya.

Tyra sekarang kerja di Unisem Advanced Technologies Sdn Bhd atau pun nama syarikat tu Unisem (M) Berhad. Jawatan Tyra sebagai Assistant Supervisor je. Masa first time Tyra dapat jawatan ni. Sepupu Tyra ada tanya, macam mana nak kerja kalau tak tahu pasal Machine? Lastly Tyra jawapan, boleh belajar, perlahan-lahan, Pisau yang tumpul , kalau selalu diasah, tajam juga akhirnya.

1. Office & 2. Production Line
Tyra bukan Engineer ye. Masa first masuk kerja, ramai Technician dan Operator ingat Tyra seorang Engineer. Huhuhu... Bangganya ada orang ingat Tyra Engineer.

Baru 2 minggu kerja, kawan-kawan Tyra cakap muka Tyra tak nampak macam student dah. Nampak muka macam orang yang dah kerja. Mana tak nampaknya, stress dengan kerja. Kejap duduk dalam office , kejap duduk dalam Production Line , kena tengok Operator dan Machine. Kena pastikan operator jalankan Lot. Bila ada operator yang malas-malas nak kerja, masa tu la stress datang, ada la yang nak kena marah. Dalam Office, Tyra la yang paling muda, baru 21 tahun. Bila masuk Production Line, nasib baik ada mamat Technician yang sebaya dengan Tyra. Boleh kawan-kawan juga.

Inilah yang selalu terjadi

Masa belajar dulu ambil jurusan International Business. Bila dah kerja terpaksa belajar dan faham tentang Machine. Walaupun susah dan kadang-kadang rasa mengalah. Tapi bila fikirkan balik, Rezeki ALLAH akan bagi kat mana-mana je walaupun bekerja bukan dalam bidang yang kita belajar.

# Pengalaman yang amat berharga. Dapat dua ilmu pengetahuan. Business dan Machine. Kalau ada rezeki sambung Ijazah, boleh belajar bidang Kejuruteraan. Insya Allah...


Wednesday, 9 October 2013

MAKP Ke-16


Hari ni ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kali Ke-16. Tyra adalah salah seorang penerima Anugerah Dekan semester akhir. Rasa rugi bila tak pergi majlis tu.

Kalau pergi pun rasa rugi juga sebab jauh. Nak kena fikir transportation dan hotel. Majlis berlangsung beberapa jam je tapi cost yang kena keluarkan macam tak berbaloi. Dari Ipoh ke Melaka. Tiket pergi RM 36. Pergi dan balik Rm 72. Teksi dari station bus kat Melaka nak ke Politeknik RM 10. Nak kena beli baju baru ikut tema. Huhuhu...

Tyra ni dah la jenis yang berjimat-cermat sama dengan kategori “Kedekut”. Bab-bab duit ni memang fikir banyak kali sebab tak suka rugi terlalu banyak. Student Business la kata kan.
Tapi apa-apa pun still happy sebab dapat dekan. Tak sabar nak tunggu Convo tahun depan. Kenapalah lambat sangat nak convo. Habis study bulan May 2013. Convo bulan April 2014. Nasib baik dah mohon Transkrip Akademik awal-awal kat Politeknik. Senang sikit nak cari kerja bila dah ada transkrip.


To my friends yang masih lagi study and tengah tunggu exam final year ni, Good Luck ye. Study hard but  Smart. 


Monday, 19 August 2013

Bertolak-Ansur Itu Penting


Apabila kata-kata kasar dan kesat keluar sebelum kahwin , apatah lagi selepas kahwin. Agak-agak layak ke menjadi teman hidup?

Kalau sebelum kahwin dah berani maki hamun , dah dapat agak selepas kahwin macam mana. Mesti susah untuk berbincang apabila ditimpa masalah. Ibu selalu pesan , kalau nak cari pasangan , cari pasangan yang boleh bertolak-ansur dan berbincang cara baik. Kalau kita cari pasangan yang susah untuk dibawa berbincang , macam mana masalah rumahtangga nak selesai? Dalam rumahtangga mesti kena ada rasa hormat dan bertoleransi. Baru rumahtangga aman bahagia. Jangan guna kata-kata kasar dan kesat kerana kata-kata tu akan membuatkan keadaan akan menjadi lebih teruk.

p/s : Jadi , Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Berkomunikasi dan berbincang dengan cara yang baik dan berhemah.


Tuesday, 30 July 2013

Chocolate cake di bulan Ramadhan.


29 Julai 2013 , Isnin. Pertama kali dalam hidupku ini buat Chocolate cake sendirian tanpa bantuan family. Ni buat pun sebab adik paksa buat. Bahan-bahan buat kek Tyra beli sebelum puasa. Ingat nak buat sebelum puasa tapi sibuk dan malas , tak juga buat. Lepas tu ingat nak buat masa raya. Lastly adik cakap tak payah nak tunggu raya sebab memang tak akan buat pun. Tyra ni bukan rajin sangat nak masak-masak dan buat kek. Ikut hati malas je. Tapi bila masak semua kata sedap. Pelik sungguh. Mungkin bakat terpendam kot..huhuhu


Adik-adik cakap chocolate cake Tyra nama “Kek Gunung Berapi” sebab gelap. Mana tak gelapnya. Nama pun chocolate cake. Topping pun chocolate memang la gelap. Tu pun Tyra tabur milo. Baru meriah sikit warnanya. Lepas ni kalau rajin nak cuba buat kek lain pula la. “Kalau rajin la”. In sha Allah ^_^


Sunday, 28 July 2013

Iklan Raya Untuk Adikku

Baju Jersi Merah , My Little Brother Aiman. Purple , My cousin

Iklan raya yang paling best dan kelakar yang dikeluarkan Oleh TM di TV3. Budak Man yang sama character dengan my little brother Aiman.

(1) Ibu nak Aiman puasa penuh.

(2) Aiman pernah terminum air ketika sedang mengambil wuduk. Katanya “terminum”.

(3) Bila berbuka , jelojoh je adik Aiman makan.

(4) Berat badan adik naik. Dapat tahu masa adik jumpa doktor dalam bulan puasa.
“Orang dalam bulan puasa turun berat badan”

(5) Tiba je raya nanti , rasa nak kena paksa adik diet la.. huhuhu


Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013


Thursday, 25 July 2013

Kerenah nenek yang semakin uzur – Part 2


Beberapa hari lepas , Tyra ada update pasal Kerenah nenek yang semakin uzur.Sekarang Part 2 pula. Semakin hari  , semakin memeningkan. Antara Tyra 4 beradik.  Tyra jenis yang buat ignore je kalau nenek membebel. Kadang-kadang apa yang nenek tanya , Tyra bagi jawapan yang tak betul kat nenek. Kalau bagi jawapan yang betul dan jujur , nenek bukannya faham. Nak betul kat dia je. Sometimes Tyra pun rasa rimas juga tapi bukan rimas dengan nenek. Rimas dengan adik-adik yang merunggut-runggut pasal nenek. Semua yang nenek buat dan cakap , Tyra la yang tukang layan sebab adik-adik tahu Tyra jenis “IGNORE” pasal orang. Tak berperasaan... huhuhu

Macam hari ni. Memang niat nak bawa dia balik. Tetapi hujan lebat terpaksa tangguh sekejap. Mungkin akan balik selepas berbuka puasa ni. Bila dah nak raya ni bertambah-tambah bising pula. Dia cakap ibu tak faham dia , tak nak dengar cakap dia , dah pandai melawan. Dia nak balik kampung, nak kemas rumah. Lastly Tyra menjawab “selama ni pun ibu dengan kami yang kemas rumah tok”. Nenek jawap “Ya ka?” Nenek cakap kalau dah hantar dia , jangan ambil dia. Tinggalkan je dia kat rumah. Nampak sangat sudah pelupa , macam mana nak biar nenek seorang diri kat kampung?

Bukan niat nak kurang ajar tapi bila kesabaran dah kemuncak , hilang kesabaran tu. Kadang-kadang kerenah yang nenek buat selalunya pada masa orang semua tengah sibuk bekerja. Bila masa tengah free , baik je.

Bila kita semakin meningkat usia , menjadi makin tua. Sikap dan perangai kita semakin menjadi budak-budak.  Apa yang kita cakap dan buat , kita akan lupa. Cakap ikut suka hati je. Kadang-kadang bila Tyra tengok keadaan nenek yang macam tu. Sayu je hati. Kesian pun ada. Terfikir juga , apa la agaknya nanti jadi kat Tyra. Agak-agak anak Tyra nanti sabar tak dengan kerenah Tyra?

Ramai orang cakap senang jaga orang tua ni. Tapi itu pada orang yang tak pernah jaga orang tua. Bagi orang yang cakap macam tu , mereka fikir , bagi makan dan mandi sudah cukup. Tapi mereka tak melalui sikap marah-marah dan leteran orang tua. Senang bercakap , susah untuk lakukan.


Tyra harap , Allah sentiasa memberi kesabaran pada Tyra sekeluarga dalam melakukan amal dan pahala terutama di bulan ramadhan ni. Amin... Dan Tyra rasa suatu hari nanti Tyra akan rasa rindu saat-saat bersama nenek. Dan dari pengalaman dan pengetahuan yang Tyra dapat , Tyra dah bersedia untuk jaga ibu abah bila mereka sudah tua. In sha Allah...