Monday, 21 January 2013

Penerimaan Kad Diskaun Siswa



Pada 20 Januari 2013 , hari ahad , jam 8.30 malam , bertempat di Politeknik Melaka telah diadakan satu Program Sesi Kopi Tarik Laman Sosial Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Warga Politeknik Melaka & Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam



Ramainya pelajar
Pelajar berasak-asak
Sudah keletihan berebut-rebut
Pelajar yang sedang relax, tak nak beratur lagi
Cuba teka dalam kotak ni ada apa?
Berbungkus nasi lemak
Nasi lemak hanya untuk Tyra saja. Banyak. Kuat makan betul ni

Saturday, 19 January 2013

Window Shopping At Kuala Lumpur



Date : 19 Jan 2013
Place : Kuala Lumpur
Window Shopping : Jalan Tunku Abd Rahman, Jalan Masjid India , Jalan Bunus , Kompleks SOGO & Kompleks Sukan Negara

Penat seharian window shopping bersama room mate Nuridayu Tuhid. Dari Melaka ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Ke Melaka semula. Rasa tak puas , tak dapat nak shopping banyak sebab naik bas.

Tujuan hari ini sebenarnya hendak ke Pustaka Buku bersama lecturer dan students Politeknik Melaka tapi disebabkan degil , masuk pustaka buku tak sampai 1 jam terus lari. Pergi jalan-jalan window shopping kat Jalan Tunku Abd Rahman, Jalan Masjid India , Jalan Bunus , Kompleks SOGO. Selepas selesai jalan-jalan, Lecturer bawa pergi Komplek Sukan Negara melawat pameran Booth Karnival Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 sebelum balik ke Melaka.






Sale !!!!
Ramainya orang



Rehat jap. Tangkap gambar with room mate

Di Kompleks Sukan Negara


Bukan buah plastik. Buah betul.
Kalau makan , mesti sedap ni
I love KL


Monday, 7 January 2013

Rumah Sewa Dan Asrama



Entri Tyra hari ni adalah tentang Rumah Sewa Dan Asrama. Ada apa dengan rumah sewa dan asrama? Sebenarnya Tyra nak barcakap pasal adab dan tingkah laku kita apabila kita tinggal menyewa atau tinggal di asrama bersama kawan-kawan atau orang asing.

Ramai dikalangan kita tinggal menyewa atau tinggal di asrama bersama kawan-kawan terutamanya students dan golongan yang sudah bekerja. Tyra sekarang tinggal di asrama yang diberi oleh pihak pengurusan. Asrama Tyra adalah sebuah rumah pangsapuri yang mempunyai 3 bilik , 1 bilik mandi , 1 tandas dan di diami seramai 10 orang pelajar dari pelbagai Courses dan Semester. Setiap semester kami diberi pilihan untuk pilih mana-mana rumah yang kami suka asalkan rumah tu cukup 10 orang atau kami boleh pilih untuk keluar dari asrama dan tinggal di rumah sewa. 

Sudah hampir 3 tahun Tyra tinggal dirumah yang sama dari awal semester 1 hinggalah semester akhir ni. Dah pelbagai jenis ragam penghuni-penghuni rumah yang Tyra kenal. Ada yang pembersih , pengemas , pengotor , pemalas dan kadang-kadang rasa geli nak tinggal bersama dengab orang yang kurang pembersihannya. Macam dalam contoh-contoh gambar dibawah ni.

Bilik memang tak dinafikan, memang selalu berselerak sebab sibuk study

Sinki kotor , penuh dengan pinggan mangkuk yang tak dicuci

Sampah yang tak buang walaupun dah penuh

Dapur yang kotor dan bersepah-sepah.. Eeeee..... !!!!

Paling benci sekali , buka speaker kuat-kuat.

Jadi kepada sesiapa yang rasa diri dia selalu melakukan kerja-kerja macam dalam gambar ni. Sila-sila berubah sebab tak semua orang suka akan kelakuan kita. Bila dirumah sendiri , ada mak yang tolong kemaskan tapi di asrama atau rumah sewa , diri sendiri yang kena lakukan. Jangan mengharap orang lain buatkan untuk kita. Sama-sama la bersihkan tempat tinggal anda. Jangan sampai orang yang tinggal serumah dengan kamu bertambah-tambah sakit hati.

Baru la rasa happy tinggal bersama

Wednesday, 2 January 2013

No Money , No Worry

 
 

Today maybe my bad day because my BSN card is expired. I have RM 10 only in my purse. Now I don’t have money but I don’t worry because sometimes we need to learn live without money and learn how difficult to gain money.

Expired 12/12
 
I'm still thinking



Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year 2013 !

 



Selamat Tahun Baru kawan-kawan. Apa azam dan harapan korang untuk Tahun Baru ni? Mesti semuanya menarik kan.

Azam dan harapan Tyra untuk Tahun 2013 ni ialah

1.    Tyra nak jadi insan yang baik dan berhati mulia. Menjadi anak yang solehah. Tak nak buat jahat dah. Huhu.

2.    Tyra akan cuba dapatkan Anugerah Dekan untuk kali kedua dan kali terakhir sebab bulan May 2013 Tyra akan graduated. Akan tamat lah sesi pengajian untuk Diploma of International Business di Politeknik Melaka. Tak sabarnya nak habis belajar !!

3.    Kemungkinan akan terus bekerja atau sambung belajar ambil Ijazah dimana-mana Universiti. Mana yang dapat dahulu , Tyra akan pergi. Ada rezeki untuk sambung belajar, teruskan. Kalau tak ada, kerja pun okey je la. Boleh beli kereta dan lepas tu kahwin. (Kahwin? Dah ada green light ke?..hehe)

Itu je azam dan harapan Tyra untuk Tahun 2013. Apa azam dan harapan korang share la bersama. Semoga apa yang kita azamkan untuk tahun ni menjadi kenyataan.

Wishing you good health, happiness, and success in the coming year and always. Happy New Year !


 

Tuesday, 18 December 2012

Kura-Kura Bersiar-siar (Aya dan Ayis)


Hari : Selasa

Tarikh : 18 Disember 2012

Masa : 9.45 hingga 10.20 pagi
Aya = betina , Ayis = jantan

Hari ni untuk pertama kalinya Tyra memberanikan diri melepaskan kura-kura kesayangan Tyra “Aya dan Ayis” bermain di atas rumput setelah memelihara Aya dan Ayis selama 55 hari. Aya dan Ayis sangat comel ketika berjalan-jalan di atas rumput. Aya yang paling aktif berbanding Ayis.
Tyra nak share gambar-gambar Aya dan Ayis bersiar-siar di rumput dengan kamu semua. Aya lebih besar dari Ayis. Masa pertama kali Tyra pelihara Aya dan Ayis, mereka sama saiz. Tapi sejak berberapa minggu ni, Ayis seperti sakit dan tidak mahu makan. Pembesaran badan Ayis seperti terbantunt dan sebab itu Aya lagi besar dari Ayis.
Semasa Tyra membiarkan Aya Ayis bermain di atas rumput , tiba – tiba Mr.Meow Meow datang dan hampir – hampir mahu menerkam Aya. Terkejut Tyra masa tu !! Jahat sungguh Mr.Meow Meow. Bila Mr.Meow Meow datang kembali, Tyra dah siap sedia air dalam baldi untuk menyimbah Mr.Meow Meow dengan air.. haha..