Maksud “Anak Pungut” ialah anak yang ditemukan terlantar di jalan, tidak
diketahui siapa ayah dan ibunya. Seorang bayi yang dibuang oleh keluarganya kerana miskin atau
untuk menghindari tuduhan telah berbuat aib.
Pandangan segelintir masyarakat
kita hari ini terhadap anak pungut adalah satu perhinaan. Bagi segelintir masyarakat
kita anak pungut ini adalah seorang yang dilahirkan dalam keadaan hina dan
jijik.
Anak pungut sering dihina ,
dikutuk dan dicaci sehinggakan mereka dibuang dari bergaul dengan masyarakat.
Apa salah anak pungut sehingga mereka dizalimi dengan begitu kejam???
Apa salah anak pungut sehingga mereka dizalimi dengan begitu kejam???
Bukan salah mereka.
Mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan sebagai anak pungut. Semasa mereka
dilahirkan , mereka adalah seorang bayi yang suci dan bersih dari sebarang dosa
ibu dan bapanya. Kadang-kadang mereka tertanya-tanya apakah salah yang mereka
lakukan sehingga mereka tak diterima oleh masyarakat?? Kenapa mereka mesti
dihina???
Sepatutnya
ibu bapanya yang patut disalahkan kerana melakukan dosa besar, membuang anaknya
di tepi jalan ,di tong sampah dan di merata-rata tempat , bukan anaknya. Anak
tidak akan menanggung segala dosa yang dilakukan oleh ibu bapanya.
Tyra pernah mendengar cerita dari adik Tyra tentang kawan baik adik Tyra. Rupanya
kawan baik adik Tyra (Julia) adalah seorang anak pungut. Julia ditemui di
tong sampah oleh ibu bapa angkatnya. Semasa itu,Julia baru dilahirkan , masih
merah. Ibu bapa angkatnya menjaga Julia seperti anak kandungnya sendiri. Pada
pandangan segelintir masyarakat ,Julia dipandang dengan begitu hina. Dia
disisihkan dari bergaul dengan masyarakat. Di sekolah pula ada seorang cikgu
perempuan yang kami gelar “CIKGU JERK”(faham2 je la). Umur dah dekat 50 tahun,tak
kahwin lagi.
Hampir
setiap hari Julia dihina oleh cikgu tu. Apabila Julia tidak dapat menjawab soalan
yang diberi, ayat yang keluar dari mulut Cikgu jerk tu “Dasar anak pungut !! Kalau dah anak pungut, memang pungut juga”
Apabila dengar adik beritahu cikgu tu cakap begitu, terkilannya Tyra rasa, begitu
hinanya anak pungut dihina. Tyra dapat membayangkan apa perasaan Julia ketika
itu. Sedihnya , Tyra rasa nak menangis je bila mendengar cerita tentang
Julia.
Sepatutnya
masyarakat kita melayan mereka seperti orang biasa sama seperti kita. Walaupun
mereka anak pungut , mereka sama seperti kita di sisi Allah SWT. Mereka dan
kita adalah manusia biasa dan hamba Allah SWT. Allah SWT tidak membezakan
hambaNya. Kenapa kita perlu membezakan status anak pungut dengan anak yang
dilahirkan dengan ikatan nikah yang sah?
Sebab anak pungut dianggap keji dan anak yang sah dianggap suci?? Kita sama-sama manusia biasa. Tak ada seorang
pun manusia yang sempurna.
Kepada
mereka yang amat dikasihi, Pedulikan apa kata-kata masyarakat terhadap kamu.
Allah SWT Maha Mengetahui. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Tidak setiap musibah
bererti kemurkaan daripada Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian
daripada Allah. Ini terserah kepada sejauhmana keimanan manusia menerimanya,
betulkah ia seorang mukmin sejati atau hanya beriman di mulut sahaja. Firman
Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan
dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi
cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan
orang-orang yang berdusta"(Al-Ankabut: 2-3)
Allah telah menjadikan
musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus
menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran
pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya
tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana
sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Semua yang
menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan
dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan
sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."(HR. Bukhari)
hmmmm.. kesian ;(
ReplyDeleteMemang kesian... hope dia tabah..
Deletesedihnya.. kenapa la orang hina dia macam tu..:'(
ReplyDeleteEntah la...mungkin orang tu ingat dia sgt mulia. tak kotor.
DeleteTunggu la kat akhirat nanti...
cikgu apa macam tu. letak jawatan je lah -.- sepatutnya dia membimbing...
ReplyDelete